Harian Metro: Setempat |
Posted: 03 Jul 2011 11:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Lebih 80 peratus Pusat Asuhan Kanan-kanak (taska) di ibu negara ini belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disebabkan pelbagai faktor antaranya kerenah birokrasi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak mendapat kebenaran jiran. Daripada 285 taska membabitkan institusi, rumah, tempat kerja dan komuniti, hanya 30 yang berdaftar, sementara itu 18 masih dalam proses mendapatkan permohonan berlesen.
Menurutnya, kebanyakan taska bukan sengaja tidak mahu mendaftar, tetapi terpaksa berdepan pelbagai kerenah birokrasi PBT untuk meluluskan permohonan lesen selain masalah kebenaran daripada jiran untuk wujudkan taska di rumah.
Noormah berkata, JKM tidak dapat memberi sokongan kepada pengusaha sekiranya taska yang tidak berdaftar mengalami kemalangan dan keadaan ini menyukarkan mereka menangani masalah itu.
"Sehingga kini, JKM menutup sebuah taska dan dua pusat jagaan kanak-kanak di WPKL," katanya.
|
12 kesal MPAJ tolak lesen niaga Posted: 03 Jul 2011 11:15 AM PDT KUALA LUMPUR: "Sudah bertahun-tahun kami memohon untuk mendapatkan lesen dan tapak perniagaan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), namun permohonan kami sehingga sekarang tidak diluluskan," kata peniaga makanan di bawah Pangsapuri 700, Pandan Perdana, Ali Hashim, 67. Menurutnya, dalam tahun ini tiga kali gerai mereka dirobohkan MPAJ kerana berniaga tanpa lesen dan ingkar dengan notis supaya memberhentikan perniagaan.
"MPAJ suruh kami untuk berniaga di gerai makanan bersebelahan gelanggang futsal, namun sewa terlalu tinggi dan kebanyakan daripada kami tidak mampu menyewa di situ," katanya selepas menerima sumbangan khemah daripada Parti Progresif Penduduk (PPP) dan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), kelmarin.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan