Harian Metro: Mutakhir |
Kadar inflasi makanan negara masih rendah Posted: 03 Jul 2011 11:32 PM PDT KUALA LUMPUR: Kadar inflasi makanan negara dicatatkan menurun ke paras 4.6 peratus pada Mei lepas berbanding 4.9 peratus pada bulan sebelumnya, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe. Tan berkata bagaimanapun kadar inflasi itu masih lebih rendah berbanding beberapa negara asing seperti Thailand (8.4 peratus), Indonesia (10.2 peratus), China (11.7 peratus) dan Korea Selatan (6.2 peratus).
Beliau berkata inflasi merupakan isu yang memerlukan tindakan bukan sahaja dari kerajaan, malah ia perlu ditangani secara bersama oleh semua pihak terutama pengguna.
|
Inkues kematian Ahmad Sarbani bermula Posted: 03 Jul 2011 11:31 PM PDT KUALA LUMPUR: Prosiding inkues untuk menyiasat punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed bermula di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Prosiding itu yang didengar di hadapan koroner Aizatul Akmal Maharani, dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abas dan Hanim Mohd Rashid.
Selain itu, peguam Salim Bashir, Roger Than dan Halim Asghar daripada Majlis Peguam turut bertindak sebagai peguam pemerhati.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan