Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 01 Jul 2011 03:28 PM PDT MukaDepan PENGERUSI Persatuan Suara Anak-Anak Malaysia Pulau Pinang, Mohamed Ghani Abdul Jiman ditahan polis ketika cuba memasuki Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) dalam demonstrasi, di Georgetown, semalam. KUALA LUMPUR: Polis semalam menutup pintu rundingan dengan penganjur perhimpunan haram 9 Julai ini dan bersedia mengambil tindakan tegas termasuk kemungkinan menahan mereka lebih awal bagi memastikan perhimpunan tanpa permit itu tidak diadakan. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, menegaskan pihaknya akan menggunakan semua peruntukan undang-undang termasuk tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang terus berdegil mahu meneruskan perhimpunan haram itu. Katanya, polis sudah mengambil pelbagai langkah dengan memanggil semua pihak terbabit termasuk secara bersemuka dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, tetapi mereka didapati tidak berganjak dengan pendirian untuk terus menganjurkan perhimpunan itu."Dalam tempoh dua hari lalu, Ketua Polis Negara dan saya sendiri jemput penganjur termasuk BERSIH, PAS, Pemuda UMNO dan PERKASA ke Bukit Aman. Kami beritahu mereka kebimbangan polis dan implikasi perhimpunan itu termasuk kekhuatiran peniaga, pengusaha pelancong dan orang ramai. "Namun hasil pertemuan itu, mereka ingin juga meneruskannya, jadi kita akan gunakan apa juga peruntukan undang-undang untuk memastikan ia tidak diteruskan, kita sudah beri amaran sebelum ini yang kita tidak akan benarkan perhimpunan 9 Julai," katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam. Rabu lalu, Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali mewakili Presidennya, Datuk Ibrahim Ali serta Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, dipanggil bersemuka dengan Ketua Polis Negara di Bukit Aman untuk diberi penerangan berhubung perancangan mereka mengadakan perhimpunan menentang BERSIH. Ditanya sama ada polis akan menahan penganjur lebih awal dan menggunakan ISA jika mereka tetap mahu meneruskan perhimpunan itu, Khalid berkata, "Saya tidak menolaknya... saya tidak menolak untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang yang ada." Mengenai kenyataan Ambiga yang beliau akan berjumpa sekali lagi dengan Ketua Polis Negara sebelum 9 Julai, Khalid berkata, pintu rundingan sudah tertutup. "Tak payah... kita tak mahu buat rundingan lagi. Kita sudah memutuskan tidak membenarkan apa juga perhimpunan pada 9 Julai. Tidak ada rundingan lagi," katanya. Khalid berkata, sehingga semalam, 115 individu ditahan di seluruh negara mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis kerana cuba mengadakan perhimpunan haram dengan 30 daripadanya masih direman di Pulau Pinang selain 2,136 laporan polis diterima berhubung bantahan terhadap penganjuran perhimpunan haram itu. Ditanya sama ada polis akan menahan individu memakai baju merah tertera perkataan PATRIOT yang digunakan Pemuda UMNO untuk mengajak orang ramai menyertai perhimpunan menentang BERSIH, Khalid berkata, "Apa saja yang menunjukkan sokongan terhadap perhimpunan 9 Julai, baik kuning, merah, hijau atau kelabu, kita akan ambil tindakan." Mengulas penemuan gambar mempunyai unsur komunis yang dirampas daripada 30 individu yang ditahan di Pulau Pinang serta di pejabat Sekretariat BERSIH di Petaling Jaya, Khalid berkata, polis sedang menjalankan siasatan lebih mendalam berhubung perkara itu memandangkan ia jelas mempunyai elemen fahaman komunis. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenABDUL MANAF BOHARI Malaysia sedang diperhatikan oleh dunia luar. Jadi, polis perlu bertindak ikut keperluan semasa, iaitu ISA jika perlu. Polis juga perlu menahan sesiapa sahaja yang buat perhimpunan haram, tanpa mengira parti politik atau NGO kerana masyarakat dunia sedang memerhatikan kredibiliti polis malaysia. Ayuh PDRM, inilah masa terbaik untuk membuktikan PDRM adalah berbaik untuk masyarakat Malaysia. Kami rakyat biasa hanya menyokong keamanan untuk semua. Government Servant Sudah tiba masanya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mengganggu gugat ketenteraman awam denngan cara perhimpunan HARAM ini. memang menyusahkan orang sahaja.dah takde benda lain nak buat....hidup kat dunia ni kalo tak mangacau orang memang tak sah bagi mereka....dah cukup aman la hidup kat malaysia ni....kalo dah cakap pun dah tak reti lagi...termasukla yg bergelar peguam (konon2nya pandai sangat la tu), hantar je ISA kat diaorang Suhaimi Orang ramai perlu menyokong tindakan polis untuk keselamatan semua. Untuk peringatan semua orng ramai orang-orang yg diatas 'BERSIH' serta penyokong utama pelajar universiti kami akan tolak keganasan!!!!
brian ungggong kalauu penganjjur perhempunan degil, tak payah tunggu lagi, dan kenakan undang2 yg ada, (ISA) pu tepat sekali. charliedelta Saya menyokong penuh apa saja tindakan polis utk menahan dan menangkap semua pihak yg menyokong dan menentang perhimpunan Bersih itu nanti. Jalankan tugas anda dgn dedikasi. Cukup lah dgn kesan dari demo tahun 98 dulu. Ia tidak menguntung kan sesiapa pun kecuali mereka yg ada agenda tersendiri utk melihat kita hancur sesama sendiri. Jangan beri muka lagi kepada mereka. Sebagai rakyat yg cintakan keamanan saya sudah bosan dgn tindak tanduk kumpulan sebegini yg cuba menjatuhkan kerajaan pilihan majoriti rakyat melalui jalan kotor dan bukan di dalam pilihanraya. Sidek Ibrahim Sudah terang bersuluh lagi.Sudah banyak pendapat2 rakyat menyuarakan "membantah". kandar selamat Tindakan pihak berkuasa keselamatan adalah wajar. Mereka nak menguji KEPALA SIAPA YANG KERAS! Jangan kuathir FRU sedia dengan halmet merah! Tahniah; jangan terlambat. BCA Trend subersif sebergini mesti dibendung habis-habisan. Kalau ada kekalutan sepatutnya diselesaikan secara beradap di meja rundingan, bukannya di jalanan! hanifz gunakan sahaja ISA terhadap orang yang mengancam keselamatan dan ketenteraman negara. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan