Ahad, 6 Mac 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Projek teksi air diteruskan

Posted:

Projek teksi air diteruskan

Projek teksi air diteruskan

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my


NOR Mohamed Yakcop bersalaman dan bermesra dengan guru-guru selepas merasmikan Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.


TASEK GELUGOR 5 Mac – Cadangan pelaksanaan projek perkhidmatan teksi air yang bakal menjadi antara nadi utama sektor pelancongan di Pulau Pinang akan diteruskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, setakat ini kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk membatalkan projek berkenaan yang kini dalam peringkat perincian oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

"Pada dasarnya kajian awal oleh NCIA pada peringkat ini menunjukkan perkhidmatan teksi air boleh memberi impak yang baik bukan sahaja dari segi pengangkutan tetapi juga sektor pelancongan.

"Jadi kita akan teruskan, lainlah kalau laporan mengatakan ia tidak sesuai. Setakat ini saya dimaklumkan projek ini akan diteruskan," katanya selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas perkembangan rancangan penyediaan perkhidmatan teksi air Pulau Pinang yang dicetuskan pada 2009 selaras dengan komitmen kerajaan untuk menjadi negeri ini sebagai hab logistik.

Berdasarkan penyelidikan fasa pertama yang dijalankan sebelum ini, pengangkutan itu dijangka meliputi lokasi tertentu seperti di Tanjung Bungah, Teluk Bahang, Georgetown, Pulau Jerejak serta Batu Maung.

Di kawasan perairan tanah besar pula, perkhidmatan itu dijangka meliputi kawasan Bagan Ajam, Butterworth dan Batu Kawan.

Bagaimanapun, perkhidmatan teksi air turut menimbulkan isu mengenai kemungkinan ia akan menjejaskan peranan feri sebagai pengangkutan alternatif terpenting di Pulau Pinang.

Nor Mohamed berkata, usaha mewujudkan perkhidmatan teksi air bukan sahaja akan menjadi alternatif dalam sektor pengangkutan awam tetapi juga mampu meningkatkan imej pelancongan negeri.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, kerajaan akan terus menyalurkan peruntukan pembangunan kepada Pulau Pinang walaupun ia bukan di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Tidak timbul isu kita hendak pinggirkan Pulau Pinang, kalau kita pinggirkan sesuatu tempat hanya kerana mereka tidak undi kita, maka sampai bila negara hendak maju?

"Dari segi moral, rakyat Pulau Pinang berhak menikmati pembangunan. Dari sudut ekonomi pula, kita perlu menjana ekonomi semua negeri kerana hanya dengan cara itu kita boleh pastikan ekonomi negara secara keseluruhan dapat terus berkembang," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 buah rumah rosak akibat ribut di Arau

Posted:

13 buah rumah rosak akibat ribut di Arau

13 buah rumah rosak akibat ribut di Arau

KANGAR 5 Mac - 13 buah rumah di tiga buah kampung rosak terutama di bahagian bumbung dalam kejadian ribut yang melanda kawasan Arau, semalam.

Penolong Pengarah Unit Ekonomi Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, Wan Shuhairee Wan Salim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, tujuh rumah di Kampung Guar Sanji, empat di Kampung Belakang Stesen dan dua buah di Kampung Titi Besi mengalami kerosakan.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Guar Sanji, Jafperi Othman melawat tempat kejadian hari ini manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat bancian mangsa ribut itu.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu yang berlaku semasa hujan lebat. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Henti bayar air di pejabat pos susahkan rakyat

Posted:

Henti bayar air di pejabat pos susahkan rakyat

Henti bayar air di pejabat pos susahkan rakyat

ALOR SETAR 5 Mac - Kerajaan Pas Kedah diminta menarik semula keputusan menamatkan kemudahan perkhidmatan pembayaran bil Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) di pejabat pos kerana ia menyusahkan rakyat terutama di kawasan pedalaman.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, tindakan berkenaan jelas menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan negeri dalam mendahulukan kepentingan rakyat.

Ini kerana katanya, sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab tidak mudah untuk melepaskan bebanan kos yang ditanggung dengan membuat satu keputusan yang akhirnya menyusahkan penduduk.

"Tindakan itu yang berkuat kuasa kelmarin merupakan satu lagi dasar kerajaan negeri yang menyusahkan rakyat selepas menaikkan tarif air sehingga 100 peratus pada tahun lepas.

"Alasan bahawa keputusan berkenaan terpaksa diambil untuk menjimatkan kos berikutan caj komisen yang dikenakan adalah satu sikap yang sangat tidak bertanggungjawab," katanya di sini kelmarin.

Beliau mengulas tindakan kerajaan Pas Kedah yang tetap tidak berganjak dengan keputusan menamatkan peranan Pos Malaysia sebagai ejen kutipan bil SADA, meskipun terdapat banyak rungutan daripada rakyat mengenai keputusan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi alasan, keputusan itu diambil untuk bersikap adil kepada pengguna supaya tidak dibebani dengan kos bayaran komisen yang dikenakan Pos Malaysia kepada syarikat air berkenaan.

Ahmad Bashah berkata, kerajaan Pas Kedah harus belajar daripada kerajaan Pusat bagaimana ia terus menanggung subsidi minyak yang besar walaupun harganya di pasaran dunia meningkat semata-mata kerana tidak mahu rakyat terbeban dengan peningkatan kos sara hidup.

Beliau berkata, kerajaan negeri mendakwa dapat melakukan penjimatan dengan menamatkan perkhidmatan pembayaran bil air di pejabat pos tetapi hakikatnya pengguna yang terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk berulang alik ke agensi lain yang berkaitan termasuk pejabat atau kaunter SADA bagi menjelaskan bil mereka.

"Saya yakin selepas ini kita akan menyaksikan banyak kes bayaran tertunggak kerana pengguna terbeban untuk pergi ke pekan dan bandar semata-mata hanya untuk membayar bil air sekitar RM8 hingga RM10," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen