Selasa, 29 Mac 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Usah lengahkan perbicaraan

Posted:

Usah lengahkan perbicaraan

Usah lengahkan perbicaraan


Raja Dr. Nazrin Shah (tengah) ketika menghadiri majlis Konvokesyen Keenam Belas Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Tahun 2010 Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Peguam Negara yang juga Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Patail (dua dari kiri). - BERNAMA


KUALA LUMPUR 28 Mac - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menasihatkan pengamal undang-undang supaya tidak mempersendakan mahkamah selain membantu untuk tidak melengahkan perbicaraan.

Baginda juga mengingatkan bahawa profesion undang-undang adalah profesion yang dipandang mulia dan elit serta mempunyai peradaban, kesopanan dan etika tersendiri.

Baginda bertitah salah satu tonggak utama profesion undang-undang adalah etika dan moraliti; memastikan integriti undang-undang dan keadilan terhadap mahkamah dan begitu juga terhadap anak guam, dapat disempurnakan.

"Dalam melaksanakan tanggungjawab, mahkamah jangan sesekali dipersendakan, para peguam seboleh-bolehnya wajib membantu untuk memastikan perbicaraan tidak dilengahkan dan para peguam juga tidak harus dengan cara yang tidak profesional sengaja menyusahkan pihak lawan," titah baginda.

Raja Nazrin menjelaskan demikian ketika bertitah pada Majlis Konvokesyen Keenam Belas Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Tahun 2010 Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia di sini hari ini.

Baginda turut mengingatkan kepada para pengamal undang-undang bahawa mereka wajib menjadi tauladan dengan menjauhi perbuatan yang mengabaikan keadilan.

"Sedarilah bahawa tingkah laku para peguam turut diadili oleh masyarakat," titah baginda.

Raja Nazrin Shah bertitah kecekapan mahkamah mengurangkan kes tertunggak bukan sahaja dapat memastikan keadilan dilaksanakan secara segera tetapi turut meningkatkan peraturan pengurusan mahkamah di kaca mata umum.

Baginda bertitah bahawa negara memerlukan barisan profesional yang kompeten di bidang undang-undang antarabangsa untuk membantu mempertahankan kepentingan negara di peringkat global.

"Diramalkan evolusi dalam profesion undang-undang sepuluh tahun akan datang bakal berlaku lebih hebat daripada kadar yang berlaku sejak seratus tahun lalu.

"Kesediaan melakukan perubahan dan merintis langkah pembaharuan adalah satu kemestian kepada semua profesion dalam dunia global yang semakin terangkai ini," titah baginda.

Baginda bertitah bahawa evolusi tersebut akan terus berlaku dalam menghadapi gelombang-gelombang baru, antaranya ialah penemuan pesat di bidang sains dan kemajuan pesat teknologi serta pengaruh globalisasi yang semakin meningkat sekali gus membawa perubahan bentuk persaingan.

"Perubahan demografi penduduk dari segi usia beserta kebangkitan media sosial, perubahan sosial, serta perubahan persekitaran intelek juga merupakan antara evolusi yang menghadapi gelombang baru," titah baginda.

Baginda juga bertitah bahawa setiap gelombang baru ini memerlukan peraturan baru dan akan meningkatkan keperluan interaksi perundangan di peringkat antarabangsa. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemandu wanita berbahaya?

Posted:

Pemandu wanita berbahaya?

Pemandu wanita berbahaya?

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini 'hangat' apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.

Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.

Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.

''Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.

''Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.

''Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum," katanya.

Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

''Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.

''Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu," katanya.

Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tubuh Fakulti Industri Pertahanan

Posted:

Tubuh Fakulti Industri Pertahanan

Tubuh Fakulti Industri Pertahanan

KUALA LUMPUR 28 Mac - Universiti Teknologi Mara (UiTM) dicadang menubuhkan Fakulti Industri Pertahanan bagi melahirkan tenaga kerja terlatih dalam memperkukuhkan industri pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan menerusi Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan (MIDES) itu adalah atas pertimbangan bahawa UiTM mempunyai kemampuan mengembangkan skop fakulti dalam pelbagai bidang.

Skop itu, menurut beliau, melibatkan industri penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pertahanan, pembuatan kapal, industri untuk peralatan atau aset tentera darat serta bahan-bahan guna sama.

''Kita tidak menafikan lain-lain universiti tetapi secara khusus, UiTM paling sesuai. Industri pertahanan negara semakin berkembang dan kita tidak cukup tenaga kerja. Adalah mustahil jika negara mengambil tenaga luar untuk industri pertahanan kita.

''Sebagai contoh, Boustead Holdings Bhd. memerlukan sekurang-kurangnya 2,000 tukang kimpal kapal tetapi kini hanya ada 200 orang pekerja bahagian itu.

''Oleh itu, kita minta UiTM dan Kementerian Pengajian Tinggi proaktif dengan kehendak pasaran dalam merealisasikan penubuhan fakulti terbabit,'' katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MIDES Bilangan 1/2011 membabitkan Kumpulan Kerja Persenjataan, Kumpulan Kerja Barangan Guna Sama dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, UiTM dan Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini pernah dimaklumkan mengenai hasrat MIDES supaya diwujudkan fakulti tersebut.

''Dalam mesyuarat hari ini, kita perkukuhkan lagi cadangan tentang pentingnya penubuhan fakulti terbabit,'' ujarnya.

Ditanya mengapa penubuhan fakulti itu tidak dicadangkan di UPNM, beliau berkata, UPNM merupakan sebuah universiti berkonsepkan butik dengan pengambilan penuntut yang kecil berbanding UiTM.

Sementara itu, katanya, selain cadangan penubuhan fakulti berkenaan, MIDES turut mencadangkan agar diwujudkan sebuah unit penilaian bersama bagi penggunaan barang-barang persenjataan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguat kuasa lain.

''Ini supaya tidak ada agensi-agensi yang menggunakan peralatan persenjataan yang berbeza kecuali unit-unit penguatkuasaan yang khusus,'' jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan