Ahad, 6 Mac 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


DUN Merlimau: BN raih 46 undi pos, PAS 2

Posted: 06 Mar 2011 03:00 AM PST

[unable to retrieve full-text content]JASIN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Roslan Ahmad, memperoleh 46 undi pos manakala lawannya dari PAS, Yuhaizad Abdullah, mendapat dua undi.

Pemilik ladang lembu ditemui mati ditetak

Posted: 06 Mar 2011 02:44 AM PST

Mutakhir

JOHOR BAHRU: Mayat seorang pemilik ladang lembu ditemui di sebuah ladang getah berhampiran Sungai Tiram, Ulu Tiram, kira-kira 20 kilometer dari sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin, berkata polis menerima laporan mengenai penemuan mayat R Nithyananthan, 38, oleh orang ramai yang melalui kawasan ladang berkenaan pada kira-kira 2.40 petang.

"Dia ditemui dengan beberapa kesan tetakan pada bahagian leher serta badan, dan kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini. Roslan berkata, polis percaya lelaki itu mati 24 jam sebelum mayatnya ditemui di ladang itu, hanya beberapa meter dari motosikalnya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi polis dengan menghubungi talian 07-2212999 bagi membantu siasatan.

"Keluarga Nithyananthan sudah dimaklumkan mengenai kes itu dan mayat lelaki berkenaan akan dibedah siasat esok," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan