Ahad, 6 Mac 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Pilihan raya Sarawak 9 April?

Posted:

Pilihan raya Sarawak 9 April?

Pilihan raya Sarawak 9 April?

Oleh SOPI SAMAILE
utusansarawak@utusan.com.my


ABDUL Taib Mahmud dan barisan pemimpin BN pada Konvensyen Barisan Nasional Sarawak 2011 di Kuching, semalam. – MINGGUAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN


KUCHING 5 Mac – Adakah pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung pada 9 April ini?

Tanda tanya itu tercetus apabila Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak mengiakan atau menolak spekulasi mengenai tarikh berkenaan yang bertiup kencang di negeri ini.

"Ikut spekulasi itu dululah," katanya ringkas apabila diasak wartawan mengenai spekulasi tarikh berkenaan selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sarawak 2011 di sini hari ini.

Kenyataan berkenaan amat berbeza dengan jawapannya yang menolak spekulasi tarikh 26 Mac ini untuk pilihan raya negeri bersempena ulang tahun ke-30 beliau memegang jawatan Ketua Menteri.

"Tiada kena mengena dengan ulang tahun ke-30" tegasnya.

Abdul Taib sebelum itu mengakui sudah mempunyai ilham berhubung tarikh pilihan raya Sarawak, namun menegaskan beliau hanya akan membuat pengumuman apabila tiba masanya.

Ditanya sama ada ia akan berlangsung bulan ini atau bulan depan, Abdul Taib berkata: "Saya tidak tahu. Terpulang kepada anda (media), saya tidak akan memberitahu anda (sekarang)."

Pada masa ini, BN Sarawak yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) menguasai 62 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mandat itu akan berakhir 24 Julai ini.

Pemerhatian Mingguan Malaysia hari ini mendapati mood Abdul Taib cukup berbeza dan beliau kelihatan amat bersemangat dan bertenaga sewaktu menyampaikan ucaptamanya kepada 5,300 perwakilan dari seluruh negeri.

Dalam ucapan selama 55 minit itu, Abdul Taib seakan-akan memalu gendang 'perang' apabila meminta ahli BN tidak lagi defensif sebaliknya menyerang pembangkang habis-habisan.

Beliau turut membakar semangat ahli-ahli BN apabila menegaskan tiada yang perlu ditakutkan untuk menentang pembohongan pembangkang di negeri ini.

Beliau juga memukul gong sebanyak tujuh kali disahut dengan sorakan perwakilan setiap kali ia dibunyikan sebagai simbolik perasmian konvensyen itu.

Menurut tradisi masyarakat Iban, memukul gong sebanyak tujuh kali membawa maksud sesuatu perkara itu semakin hampir dan serius.

Ramalan pilihan raya Sarawak akan diadakan pada 9 April ini cukup popular di kalangan penganalisis politik tempatan termasuk seorang pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr. Jeniri Amir.

Turut menguatkan spekulasi ialah kunjungan serentak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri ini pada pertengahan bulan ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

1Malaysia masih membara

Posted:

1Malaysia masih membara

1Malaysia masih membara

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak mendapat sambutan hangat daripada penduduk pelbagai kaum pada Majlis Pelancaran Logo Kepolisan Masyarakat Selangor di Taman Puchong Utama, malam tadi.


KUALA LUMPUR 5 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengharamkan penggunaan simbol 1Malaysia, hakikatnya rakyat negeri itu tidak menghiraukan larangan tersebut malah tetap menghayati semangat gagasan berkenaan.

Menurut Perdana Menteri, semangat 1Malaysia masih hidup dan membara di kalangan rakyat walau penggunaan simbolnya telah mendapat tentangan pihak terbabit.

''Walaupun Selangor (kerajaan PKR) kata simbol 1Malaysia tidak boleh dinaikkan (digunakan), ia tidak jadi halangan.

''Yang penting bukan simbol tetapi semangat itu tetap tersemat dan membara di hati rakyat. Mereka cuba halang tetapi rakyat tak hiraukan dan menerimanya dengan baik.

''Gagasan 1Malaysia cukup kuat dan kita memastikan semua rakyat, tidak mengira kaum, bersama mengecap kejayaan. Apabila kita berfikir atas semangat 1Malaysia, kita akan bersama mampu untuk menempuh apa jua cabaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Persatuan Kepolisan Masyarakat Selangor di Puchong, dekat sini malam ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kerajaan PKR Selangor baru-baru ini melarang penggunaan logo 1Malaysia di papan iklan dan kain rentang seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor kerana mendakwa logo itu mempunyai unsur politik.

Mengulas lanjut, Najib berkata, dalam memastikan Malaysia mampu mencapai negara maju, ia akan lebih berjaya jika ada kerjasama antara kaum yang bersandarkan semangat 1Malaysia.

''Sebagai sebuah negara, kita bercita-cita untuk terus meningkatkan kualiti hidup dari segi ekonomi, pendapatan atau peluang perniagaan.

''Kita juga inginkan negara, masyarakat dan kawasan kediaman yang aman, harmoni serta bebas daripada jenayah," ujarnya.

Mengenai usaha memerangi jenayah, katanya, kerajaan telah merangkumkan elemen itu dalam satu daripada enam inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Tambah Najib, untuk tahun pertama pelaksanaan inisiatif berkenaan, usaha memerangi jenayah telah mencapai kejayaan yang di luar jangkaan dengan penurunan sebanyak 15 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu lima peratus.

''Jenayah jalanan pula dapat dikurangkan sebanyak 35 peratus daripada sasaran asal iaitu 20 peratus. Untuk menjayakan usaha tersebut, kita akan menambah sejumlah 14,000 lagi anggota polis.

''Di Selangor sendiri, kadar jenayah dapat kita kurangkan sebanyak 10 peratus dengan jenayah jalanan menurun 35 peratus. Saya amat berbangga dengan pencapaian ini.

''Namun, usaha ini tidak akan berjaya jika masyarakat tidak bersama-sama dengan polis dan kerajaan. Memerangi jenayah adalah tanggungjawab kita bersama," tegas beliau.

Najib memberitahu, usaha memerangi jenayah adalah melangkaui sempadan politik dan ia memerlukan sokongan semua peringkat masyarakat.

Beliau sebelum itu mengumumkan Balai Polis Puchong Jaya, Puchong sebagai pemenang Liga Balai bagi kategori A atas keberkesanan dalam memerangi jenayah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fikirlah masa depan negara - TPM

Posted:

Fikirlah masa depan negara - TPM

Fikirlah masa depan negara - TPM

JASIN 5 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau terpaksa mengingatkan pakatan pembangkang supaya tidak melakukan provokasi keterlaluan untuk menang pilihan raya kerana ia melibatkan soal masa depan negara.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, beliau juga mahu rakyat memikirkan semasak-masaknya apakah betul cara pembangkang mengaitkan pergolakan politik di Tunisia, Mesir dan Libya dengan suasana politik di Malaysia.

Sedangkan, tegas beliau, rakyat cukup sedar dan maklum dengan suasana negara yang aman damai dengan hidup masyarakat majmuknya yang bersatu padu.

"Kadang-kadang ada hikmahnya sesuatu pilihan raya itu diadakan di mana rakyat sendiri boleh menilai apa perjuangan Barisan Nasional (BN) dan apa perjuangan DAP, Pas dan parti pembangkang yang lain.

"Kita boleh bandingkan apa yang baik," kata beliau ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama petani, penternak dan nelayan di Dewan Datuk Ahmad Ithnin di Merlimau Pasir di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin memberi amaran kepada pakatan pembangkang supaya jangan bermain api dengan terus melakukan provokasi terhadap rakyat.

Ingatan itu dikeluarkan berikutan tindakan agresif pembangkang menggunakan isu pergolakan politik di beberapa negara Asia Barat sebagai modal kempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau.

Sementara itu, Muhyiddin juga meminta semua pengundi di kawasan DUN Merlimau dan Kerdau keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka mengundi esok.

Katanya, beliau yakin seluruh pengundi di kedua-dua kerusi itu telah mendapat penjelasan dan maklumat penting bagi membantu mereka membuat keputusan tepat memilih calon pilihan.

"Di Kerdau dan Merlimau umumnya, masyarakat sudah faham dan mula yakin pada kemampuan parti Barisan Nasional (BN) untuk laksanakan amanah dan tanggungjawab negara," katanya.

Sejumlah 10,679 pengundi berdaftar di Merlimau akan membuang undi esok manakala di Kerdau melibatkan 8,999 pengundi.

Pilihan raya kecil di kedua-dua kerusi itu melibatkan pertembungan tradisi BN dan Pas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen