Rabu, 30 Mac 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Peniaga terkejut kalimah Allah pada daun pisang

Posted:

Peniaga terkejut kalimah Allah pada daun pisang

Peniaga terkejut kalimah Allah pada daun pisang


Perkataan Allah yang tertera pada daun pokok pisang ditanam Siti Marsitah Sito di Tingkat Paya Terubong, Pulau Pinang, baru-baru ini,


PULAU PINANG 29 Mac - Seorang peniaga di Tingkat Paya Terubong di sini terkejut apabila mendapati daun pada sebatang pokok pisang yang ditanamnya tertera perkataan Allah.

Siti Marsitah Sito, 44, memberitahu, seorang pelanggan yang sedang menikmati hidangan di gerai makannya minggu lalu memaklumkan penemuan itu kepadanya.

"Pelanggan itu pada mulanya berjalan-jalan melihat suasana di luar kedai.

"Ketika melalui sebatang pokok pisang bunga yang ditanam di dalam pasu, pelanggan berkenaan terkejut apabila mendapati terdapat perkataan Allah pada daunnya," katanya ketika ditemui di gerainya, di sini baru-baru ini.

Menurut Siti Marsitah, dia menganggap kejadian itu sebagai rezeki berikutan gerainya semakin ramai dikunjungi orang ramai yang mahu melihat sendiri keajaiban tersebut.

"Bukan penduduk di kawasan ini saja yang datang, malah penduduk dari kawasan lain turut datang untuk melihat," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

JPS buka 4 pintu air Empangan Timah Tasoh

Posted:

JPS buka 4 pintu air Empangan Timah Tasoh

JPS buka 4 pintu air Empangan Timah Tasoh

PADANG BESAR 29 Mac - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri telah membuka empat pintu air Empangan Timah Tasoh di sini berikutan hujan lebat yang berterusan sejak pukul 6 petang semalam sehingga hari ini.

Pengarahnya, Ir. Nishad Mohamed Mohd. Shaffy berkata, tindakan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga ekoran paras air mulai naik di empangan tersebut secara perlahan-lahan.

Menurutnya, dua pintu air dibuka pada pukul 1 petang, manakala dua lagi pintu air telah dibuka pada pukul 8 pagi.

"Sehingga tengah hari ini, hujan lebat masih berterusan dengan catatan paras air di empangan ialah 29.34 meter berbanding 29.27 meter pada sebelah pagi.

"Walaupun paras air empangan berada di bawah paras normal iaitu 29.4 meter, kita melepaskan air di empangan sebagai langkah berjaga-jaga ekoran hujan lebat berterusan di semua daerah di negeri ini," katanya kepada para pemberita di sini hari ini.

Menurut Nishad, air yang dilepaskan itu akan dialirkan ke sungai-sungai utama di negeri ini terus ke laut namun beliau memberi jaminan ia tidak akan menyebabkan banjir terutama di bandar Kangar.

"Bagaimanapun, kita meminta orang ramai supaya berwaspada berikutan hujan lebat beserta angin kencang yang boleh menyebabkan pokok tumbang dan jika ia memasuki sungai akan menyebabkan aliran air tersekat," katanya.

Beliau berkata, semua langkah keselamatan akan diambil terutama setelah laporan awal daripada Jabatan Kaji Cuaca memaklumkan hujan akan berterusan sehingga malam ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perak pelbagai aktiviti pelaburan

Posted:

Perak pelbagai aktiviti pelaburan

Perak pelbagai aktiviti pelaburan

IPOH 29 Mac - Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak (SADC) telah mengenal pasti beberapa projek pertanian yang memberikan pulangan tinggi dalam usaha mempelbagaikan aktiviti pelaburannya, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (gambar).

Satu daripadanya ialah projek tanaman 'rock melon' yang akan dilaksanakan di Batu Gajah dan Tanjung Tualang dengan kepakaran teknologi tinggi bersama sebuah syarikat tempatan, katanya.

"Kita meletakkan sasaran untuk menjadikan Perak sebagai pengeluar terbesar 'rock melon' bagi pasaran dalam dan luar negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah SADC, di sini hari ini.

Zambry berkata, SADC juga merancang mengadakan kerjasama dengan sebuah syarikat perikanan dari Norway bagi menceburi bidang akuakultur yang akan dilaksanakan di Tasik Temenggor.

"Aktiviti lain yang dikenal pasti adalah penanaman sayur-sayuran," katanya.

Zambry berkata, SADC telah membuka ladang getah di tiga kawasan seluas 1931.7 hektar sebagai alternatif kepada tumpuan penanaman kelapa sawit sebelum ini.

— BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan