Rabu, 30 Mac 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Rampas semula 9 kerusi DUN

Posted:

Rampas semula 9 kerusi DUN

Rampas semula 9 kerusi DUN

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Mac – Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan kepada usaha merampas semula sembilan kerusi yang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi membolehkan parti itu membentuk kerajaan di Selangor.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN sedar ia bukan satu perkara mudah kerana pihak pembangkang sudah tentu bermati-matian mempertahankan kemenangan mereka di negeri tersebut.

Sehubungan itu, beliau meminta setiap kepimpinan di peringkat parti-parti komponen khususnya di Selangor bekerja keras dengan mendekati rakyat secara konsisten.

''Kita tahu di mana kedudukan kita sekarang dan sebab itu saya peringatkan kepada rakan-rakan kita di Selangor supaya bekerja keras turun ke bawah berjumpa dengan rakyat.

''Usaha ini perlu dilakukan secara berterusan, sepanjang masa oleh semua parti komponen BN dan bukan setakat satu parti sahaja. Saya yakin jika itu berkekalan sehingga pilihan raya akan datang, kita berpeluang untuk menebus kekalahan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan dialog bersama penduduk Ampang sempena lawatan seharinya ke Selangor di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik, dekat sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed dan Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, BN memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi pada pilihan raya akan datang bagi membolehkan parti itu membentuk kerajaan di Selangor.

Dalam perkembangan sama, beliau percaya perubahan rakyat dalam konteks sokongan kepada BN pasti akan berlaku sekiranya kepimpinan parti tidak jemu-jemu mendampingi mereka.

''Selain itu, kita juga telah mengenal pasti beberapa strategi yang harus diambil dalam usaha menebus kembali kekalahan di Selangor,'' katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai reaksi serta penerimaan rakyat Selangor terhadap lawatannya hari ini, Muhyiddin berkata, sambutan yang diterimanya sungguh menggalakkan.

Beliau percaya sambutan hebat yang diterima itu merupakan manifestasi sokongan mereka terhadap kerajaan BN selain sebagai bukti penerimaan kepada corak pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah gagasan 1 Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM jumpa rakan online di P. Pinang

Posted:

PM jumpa rakan online di P. Pinang

PM jumpa rakan online di P. Pinang

KUALA LUMPUR 29 Mac - Selepas bertemu dengan rakan online di Johor, Sabtu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan meneruskan sesi "Mari Berjumpa, Mari Berhubung" (MBMB) di Pulau Pinang, Sabtu ini.

"Seronok apabila dapat berjumpa rakan-rakan online Sabtu lepas di Johor. Tidak sabar untuk MBMB Penang Sabtu ini," katanya dalam laman Facebook beliau.

Program MBMB merupakan program terbaru yang digariskan oleh Perdana Menteri bagi membolehkan beliau bersemuka dan berinteraksi dengan rakan online.

Sebelum ini, Najib telah mengadakan sesi MBMB di tiga lokasi iaitu Seri Perdana, Putrajaya, Sarawak dan Johor. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peruntukan RM43.3j kepada sekolah agama

Posted:

Peruntukan RM43.3j kepada sekolah agama

Peruntukan RM43.3j kepada sekolah agama

KUALA LANGAT 29 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan RM43.4 juta kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh negeri ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada tahun ini, Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan mengurus SABK di seluruh negara berjumlah RM120.7 juta dengan RM29.2 juta daripadanya diagihkan kepada Selangor.

"Peruntukan tersebut meliputi bantuan persekolahan, perkhidmatan kawalan keselamatan, kebersihan dan utiliti.

"Sebanyak 23 buah sekolah di negeri ini dengan seramai 15,586 pelajar akan mendapat manfaat daripada peruntukan tersebut," katanya.

Beliau mengumumkan peruntukan tersebut ketika berucap pada perjumpaan dengan guru-guru dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seluruh negeri ini di Sekolah Menengah Agama (Tinggi) Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, daripada RM95 juta yang diperuntukkan kepada SAR di seluruh negara dalam Bajet 2011, sebanyak RM9.6 juta akan diagihkan kepada SAR di negeri ini.

''Bantuan tersebut akan ditumpukan kepada bantuan pembinaan dan pembaikan kecil," katanya.

Selain itu, beliau berkata, daripada RM4.9 juta peruntukan bantuan pengurusan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) SAR, sejumlah RM1.4 juta disalurkan kepada 188 sekolah di negeri ini bagi manfaat 90,620 pelajar.

Pada majlis tersebut, Muhyiddin turut menyampaikan cek berjumlah RM3.22 juta kepada 23 SABK di negeri ini dengan masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM140,000.

Terdahulu, dalam lawatannya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jenjarum di sini, Muhyiddin menyampaikan cek berjumlah RM1.2 juta bagi membantu pembinaan bangunan tambahan sekolah tersebut.

Selain itu, SJKC Yoke Kuan, Sekinchan juga menerima cek RM1.5 juta bagi tujuan yang sama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan