Ahad, 27 Mac 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Rakyat kecewa Sulihh belum dilaksana

Posted:

Rakyat kecewa Sulihh belum dilaksana

Rakyat kecewa Sulihh belum dilaksana

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@yahoo.com

ALOR SETAR 26 Mac - Rakyat negeri ini kecewa kerana projek Hab Hidrokarbon Sungai Limau (Sulihh) di Yan dekat sini yang ingin dibangunkan oleh kerajaan Pas Kedah belum dapat dilaksanakan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, penduduk Kedah sepatutnya sudah dapat melihat pelaksanaan projek berkenaan yang dianggar melibatkan pelaburan RM35 bilion.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat terus diselubungi tanda tanya mengenai status projek itu dan punca sebenar penangguhannya kerana sehingga kini tiada jawapan yang konkrit dapat dikemukakan oleh kerajaan negeri.

"Apakah benar dakwaan bahawa pelabur hilang keyakinan dalam projek itu? Jika ada masalah teknikal atau dengan pelabur, kenapa sehingga sekarang ia masih belum dapat diselesaikan?

"Penangguhan Sulihh merupakan satu kerugian besar kepada rakyat kerana projek itu dapat menjana pendapatan lumayan kepada negeri ini termasuk mewujudkan peluang pekerjaan," katanya selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya-Kawasan Bandar: Kuih Tradisional Kedah, di sini hari ini.

Projek Sulihh yang dulunya dikenali sebagai Zon Industri Petroleum Yan diumumkan pada 2007 hasil perancangan rapi kerajaan BN semasa memerintah negeri ini.

Selepas pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-12, kerajaan negeri bersetuju meneruskan projek itu dengan menggunakan kaedah lain iaitu menambak laut bagi memberikan laluan kepada pelaksanaannya.

Menurut laporan akhbar, projek itu dijangka siap pada 2013 dan apabila beroperasi nanti ia dapat menjana pendapatan RM400 juta setahun kepada kerajaan negeri.

Ahmad Bashah percaya pembangunan projek berkenaan sudah dapat dimulakan jika BN yang memerintah negeri ini kerana mempunyai perancangan yang tersusun.

Malah, katanya, sewaktu berada di bawah perancangan kerajaan BN, pelabur juga mempunyai keyakinan tinggi terhadap potensi projek itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pandu Puteri disaran guna media baru

Posted:

Pandu Puteri disaran guna media baru

Pandu Puteri disaran guna media baru


Tuanku Bainun (tengah), Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan Sharifah Zulkifli bersama ahli Persatuan Pandu Puteri Perak di Taiping, semalam.


TAIPING 26 Mac - Persatuan Pandu Puteri Perak yang menyambut ulang tahun ke-90 penubuhannya hari ini disaran bergerak seiring dengan peningkatan penggunaan teknologi dan media baru pada masa kini.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun bertitah, perubahan itu perlu dilakukan seiring dengan keperluan dunia tanpa sempadan.

"Pandu Puteri mesti menjadi sebuah persatuan bukan kerajaan yang bergiat cergas memelihara kesejahteraan dan merapatkan jurang masyarakat," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis Perayaan Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Treacher Methodist di sini hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan itu, Raja Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan isteri Menteri Besar, Datin Seri Sharifah Zulkifli.

Sementara itu, Raja Nor Mahani yang juga Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertitah, Perak kini mempunyai 7,000 ahli daripada jumlah keseluruhan ahli Pandu Putri di seluruh negara yang berjumlah 70,000 orang.

Titah baginda, dalam usia 90 tahun, persatuan itu mengalami pelbagai perubahan dan transformasi.

"Apa pun perubahan dilalui, nilai-nilai murni yang menjadi teras persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri tetap tidak berubah," titah Tuanku Bainun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki ditahan simpan daging babi dalam premis berbeza

Posted:

Lelaki ditahan simpan daging babi dalam premis berbeza

Lelaki ditahan simpan daging babi dalam premis berbeza

PADANG BESAR 26 Mac - Tindakan seorang lelaki yang menyimpan sejumlah lapan tan daging babi hutan dalam premis yang berlainan, mengundang padah apabila dia ditahan oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di sini hari ini.

Lebih malang buat lelaki berkenaan apabila dia terpaksa menanggung rugi apabila daging babi hutan yang telah diproses bernilai RM40,000 itu turut dirampas dan akan dilupuskan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Komander UPP Padang Besar, Asisten Supritendan Noor Janihan Nanyan berkata, dalam kejadian pukul 3 petang itu, sepasukan anggota UPP diketuai Cif Inspektor Noor Hisham Jaafar membuat pemeriksaan di sebuah premis di Kampung Kolam di sini.

"Ketika pemeriksaan dilakukan lelaki berusia 57 tahun itu sedang memunggah sejumlah daging babi ke dalam bilik beku di premis berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki tempatan itu memiliki lesen menyimpan daging babi namun alamat premis yang tertera pada lesen itu adalah berbeza.

"Lesen yang dimiliki lelaki itu membenarkan dia menyimpan daging babi di Kampung Baru di sini tetapi dia menyalahgunakan lesen tersebut," katanya.

Menurutnya, bekalan daging babi hutan itu dibawa dari Lenggong, Perak untuk pasaran tempatan dan negara jiran.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Perhilitan Perlis, Hamidi Jamaludin berkata, lelaki itu ditahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Seksyen 64 (2) kerana menyimpan hidupan liar di alamat premis lain.

"Jika didapati bersalah, lelaki itu boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan