Sabtu, 26 Mac 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


170 kompaun dikeluarkan

Posted:

170 kompaun dikeluarkan

170 kompaun dikeluarkan

Oleh NOREHAN SALEH
utusanpahang@utusan.com.my


PEGAWAI Perkeso menjalankan pemantauan di salah sebuah restoran di Jalan Beserah, Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 26 Mac - Sebanyak 170 notis kompaun telah dikeluarkan terhadap majikan yang didapati gagal mendaftarkan caruman pekerja kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pahang sejak 15 Mac lalu.

Timbalan Pengarahnya, Rosmasita Mohamed berkata, notis tersebut dikeluarkan apabila pihaknya melancarkan Operasi Kesan bagi mengesan majikan yang gagal berbuat demikian terhadap caruman keselamatan pekerja mereka.

Menurutnya, operasi yang dijalankan selama 10 hari di sekitar negeri ini bertujuan menyedarkan mereka tentang kepentingan caruman pekerja supaya terdapat jaminan keselamatan di tempat kerja.

"Malangnya, rata-rata majikan kurang mengetahui kepentingan itu menyebabkan mereka enggan berbuat demikian terhadap pekerja," katanya pada sidang akhbar selepas operasi tersebut di Jalan Beserah, di sini semalam.

Dalam tempoh operasi itu, Rosmasita berkata, pihaknya membuat pemantauan di dua lokasi di bandar ini melibatkan restoran dan kedai makan yang didapati tidak mencarum kepada pekerja.

Tambahnya, Perkeso mengenakan kompaun sebanyak RM114,000 kepada majikan yang gagal berbuat demikian dan RM11,120 berjaya dilunaskan oleh majikan terlibat dalam tempoh seminggu ditetapkan.

Jelasnya, pada tahun lalu, pihaknya mengeluarkan 111 notis kompaun kepada majikan yang gagal mencarumkan pekerjanya dalam operasi sama dan diharap akan berkurangan pada masa akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan pandang remeh mesyuarat PIBG

Posted:

Jangan pandang remeh mesyuarat PIBG

Jangan pandang remeh mesyuarat PIBG

TEMERLOH 26 Mac - Ibu bapa diingatkan supaya tidak memandang remeh terhadap mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) yang diadakan di sekolah masing-masing.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, banyak keputusan yang dibuat dalam mesyuarat PIBG mendapat perhatian serius oleh kerajaan.

''Jangan pandang ringan mesyuarat PIBG. Banyak dasar yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran selepas mengambil kira pandangan atau idea yang dilontarkan ibu bapa dan guru dalam mesyuarat itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkarak, dekat sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberitahu, mesyuarat PIBG diadakan bertujuan menambah baik sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) di peringkat sekolah.

Mesyuarat itu juga, jelas beliau, mempertingkatkan lagi sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah.

''Anak-anak juga akan lebih bersemangat untuk bersekolah jika ibu bapa melibatkan diri dalam program sekolah termasuk mesyuarat PIBG," katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu, Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk menangani masalah bekalan air termasuk di sekolah-sekolah di seluruh daerah ini.

Menurut beliau, pihaknya menyedari banyak sekolah di daerah ini menghadapi masalah bekalan air berikutan keadaan paip yang uzur dan sering berlaku kebocoran.

''Kita menjangkakan masalah bekalan air yang sering berlaku di sekolah-sekolah daerah ini dapat diselesaikan dalam tempoh setahun dua ini," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua nelayan terselamat bot terbalik

Posted:

Dua nelayan terselamat bot terbalik

Dua nelayan terselamat bot terbalik

KUANTAN 26 Mac - Dua nelayan nyaris maut apabila bot yang mereka naiki terbalik akibat dipukul ombak besar di persisiran pantai Kuantan, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, dalam kejadian itu, mangsa, Mohd. Zaini Omar, 39, dan Mat Roni Pakcik Na, 25, dikatakan terjatuh ke dalam laut berhampiran Kampung Balok di sini awal pagi sebelum dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, kata beliau, kedua-dua mangsa itu ditemui di persisiran pantai Kampung Pasir Panjang, Pekan, kira-kira 25 batu nautika dari Kampung Balok kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

"Kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesihatan mereka adalah baik," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan