Isnin, 28 Mac 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Lelaki tikam anak lepas ditegur

Posted: 28 Mar 2011 05:07 AM PDT

SERDANG: Seorang operator kilang maut akibat ditikam di bahagian dada oleh bapanya sendiri selepas dia menegur tingkah laku bapanya yang mabuk di Bandar Sungai Mas, Banting, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam apabila lelaki berumur 20 tahun itu dikatakan menegur bapanya yang berbogel dalam keadaan mabuk di depan rumah mereka sebelum itu.


"Berang dengan teguran itu, bapanya yang berumur 40-an terus mencapai pisau di dapur sebelum bertindak menikamnya di dada, dia mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata selepas menikam anaknya, suspek yang tidak bekerja melarikan diri sebelum berjaya dikesan di sebuah stesen minyak Petronas Teluk Panglima Garang dekat sini pada kira-kira pukul 11 pagi ini.


Katanya polis menahan suspek untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan kerana membunuh, dan mayat anaknya dihantar ke Hospital Banting untuk dibedah siasat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bot nelayan pecah tersadai

Posted: 28 Mar 2011 02:07 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Sebuah bot nelayan yang pecah dipukul ombak besar ditemui terdampar di Pantai Tok Jembal berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata empat nelayan asing yang berada dalam bot milik warga tempatan yang didaftar di Johor itu sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai pada kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam.


"Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan empat orang nelayan asing berenang ke darat dan terus menghilangkan diri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya polis menahan seorang daripada nelayan itu yang berasal dari Kemboja di sebuah kedai kopi di Kampung Tok Jembal sejurus selepas kejadian itu.


"Tiga lagi rakannya yang berasal dari Kemboja dan Thailand ditahan berdekatan sebuah sekolah di kampung berkenaan kira-kira pukul 12 malam tadi.


"Hasil siasatan mendapati keempat-empat nelayan yang berusia 23 hingga 27 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Kes disiasat mengikut Sekyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan