Jumaat, 25 Mac 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Lima rumah rosak dipukul ribut

Posted:

Lima rumah rosak dipukul ribut

Lima rumah rosak dipukul ribut

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


Mohammad Nazir Jaffar melihat bumbung rumahnya diterbangkan angin ribut di Melaka, semalam.


MELAKA 24 Mac - Sebuah rumah rosak teruk dan empat lagi mengalami kerosakan kecil dalam kejadian ribut yang melanda Taman Pandan Jaya, Jalan Pandan di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi dan ketika angin kuat dan hujan lebat itu, sebuah rumah tercabut bumbung dan selebihnya sekadar mengalami kerosakan kecil pada dinding.

Mohammad Nazir Jaffar, 28, berkata, ketika kejadian, dia, isteri dan dua anak berusia dua tahun dan 10 bulan sedang tidur di ruang tamu rumah berkenaan.

"Tiba-tiba saya terkejut daripada tidur apabila terdengar bunyi letupan kuat dan saya panik apabila melihat bahagian bumbung hadapan rumah terangkat diterbangkan angin.

"Saya terus memeluk anak dan membawa membawa mereka menyelamatkan diri dengan lari ke arah dapur," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, dia turut meminta adiknya yang menetap di sebelah rumah untuk membantu menyelamatkan beberapa barang daripada ditimpa hujan lebat.

''Kejadian ini amat mengejutkan saya sekeluarga dan ini merupakan kali pertama ia berlaku sejak menyewa di sini sejak tiga tahun lalu," ujarnya.

Kejadian itu turut merosakkan beberapa perabot rumah berkenaan seperti almari, katil, tilam dan tikar getah dengan kerugian dianggarkan melebihi RM1,000.

Seorang lagi mangsa, Mohamed Rassed YS Mastan, 51, berkata, ketika kejadian, dia sedang tidur bersama isteri dan dua anaknya.

"Saya terbangun daripada tidur apabila air hujan masuk ke ruang tamu dan bilik akibat siling rosak dipukul ribut," ujarnya.

Katanya, mujurlah isteri dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, setelah diperiksa, tiga keping bumbung rumahnya tercabut diterbangkan angin kuat akibat ribut yang melanda.

Sementara itu, Sani Norwachi, 64, berkata, air memasuki bilik tidur utama rumahnya setelah beberapa keping bumbung rumahnya pecah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bangunkan ekopelancongan jadi tarikan di NS

Posted:

Bangunkan ekopelancongan jadi tarikan di NS

Bangunkan ekopelancongan jadi tarikan di NS

KUALA PILAH 24 Mac - Sektor ekopelancongan mampu menjadi tarikan para pelancong ke negeri ini memandangkan berpotensi untuk dimajukan dan dikembangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohamad Razi Kail berkata, ia bukan sahaja lokasi untuk melihat keindahan flora dan fauna, tetapi boleh dijadikan tempat kajian bagi tujuan ilmiah.

Untuk itu, kata beliau, sudah pastinya pelbagai usaha telah dan akan dilakukan kerajaan dan agensi-agensi berkaitan untuk memastikan hutan-hutan lipur di negeri ini sentiasa dipantau dalam segenap aspek termasuk dari segi kebersihannya.

''Jika kita lihat setakat ini negeri ini sahaja mempunyai lebih daripada 10 hutan lipur yang mana kesemuanya mempunyai keunikan tersendiri dan kita melihat amat penting sekali untuk memelihara dan memulihara kawasan seperti ini.

''Justeru kebersihan sesebuah hutan lipur ini perlu diberikan keutamaan sekiranya kita mahu melihat ekopelancongan di negeri ini dapat dimajukan dan dikembangkan," katanya.

Mohamad Razi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Hari Perhutanan Sedunia Ke-40 Peringkat negeri dan Pelancaran Tahun Hutan Antarabangsa 2011 di Hutan Lipur Ulu Bendol di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Roslan Ariffin.

Dalam pada itu Mohamad Razi berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihaknya, seramai 360,000 pelancong dicatatkan ke kawasan Hutan Lipur Ulu Bendol sepanjang tahun lalu.

Tambahnya, berdasarkan jumlah kedatangan yang dicatatkan ini sudah pastinya pelbagai usaha akan dijalankan bagi menarik lebih ramai para pengunjung ke lokasi ini.

Jelasnya, ini termasuk memperkenalkan daya tarikan terbaru seperti Taman Ular Sawa menerusi pertunjukkan percuma pada setiap hujung bulan selain aktiviti sukan lasak seperti flying fox dan sebagainya

''Malah kita jangkakan jumlah kedatangan pengunjung ke sini dijangka bertambah dengan program baru, Rainforest Food Festival yang akan diadakan pada September tahun ini.

''Kita berharap dengan program yang diadakan ini ia sekali gus dapat membantu usaha kerajaan dalam menjadikan sektor pelancongan menyumbang kepada 30 peratus dari Keluaran Dalam Negeri Kasar negeri menjelang 2020," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Yadim buka cawangan baru di Melaka

Posted:

Yadim buka cawangan baru di Melaka

Yadim buka cawangan baru di Melaka


MOHD. Ali Rustam bersalaman dengan orang ramai pada majlis perasmian Rumah Yadim cawangan Melaka di Peringgit Jaya, Melaka, semalam. Turut kelihatan Yang Dipertua Yadim, Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir.


MELAKA 24 Mac - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) cawangan negeri ini akan memberi tumpuan kepada golongan Orang Asli untuk berdakwah dan memantapkan akidah mereka.

Pengerusinya, Datuk Abd. Haziz Ghani berkata, tumpuan itu diberikan kepada Orang Asli kerana sebahagian daripada mereka yang telah memeluk agama Islam tetapi masih gagal menghayati Islam dalam kehidupan mereka.

Menurutnya, dengan tertubuhnya sekretariat Yadim cawangan negeri ini, ia akan lebih memudahkan sebarang aktiviti berorientasi kepada seruan Islam kepada mereka yang baru memeluk agama Islam.

''Yadim berperanan memberi intipati dakwah dan kesedaran serta memantapkan akidah mereka yang telah memeluk agama Islam.

''Tumpuan kita bukan sahaja berdakwah kepada orang Islam tetapi juga bukan Islam serta mereka yang baru memeluk agama Islam terutamanya orang Asli di negeri ini," katanya berucap pada majlis pembukaan cawangan baru Yadim di Taman Peringgit Jaya di sini hari ini.

Majlis perasmian pembukaan cawangan baru Yadim itu telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Pembukaan cawangan baru Yadim di negeri ini merupakan ketujuh selepas Sungai Petani (Zon Utara), Kuala Terengganu (Zon Timur), Johor Bahru (Zon Selatan), Kota Kinabalu (Zon Sabah), Kuching (Zon Sarawak) dan Kota Bahru (Zon Kelantan).

Abd. Haziz berkata, langkah utama Yadim ialah melakukan aktiviti dakwah kepada masyarakat orang Asli di 14 buah perkampungan di negeri ini iaitu lapan di Alor Gajah dan enam lagi di Jasin.

Di samping itu, katanya, Yadim juga akan mengatur pelbagai aktiviti dan program dakwah kerana ia merupakan matlamat penubuhannya di negeri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen