Jumaat, 25 Mac 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Tertekan lif sering rosak

Posted: 24 Mar 2011 11:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penduduk di Blok 62, Perumahan Awam Sri Sabah 3B, di sini, tertekan berikutan satu daripada dua lif utama di blok itu sering rosak dan tidak berfungsi.

Penduduk flat 17 tingkat itu bertambah runsing apabila mereka yang sepatutnya menikmati dua kemudahan lif pada setiap blok terpaksa berebut untuk menggunakan satu lif.


Tinjauan Harian Metro di kawasan terbabit mendapati satu daripada lif yang disediakan di pangsapuri terbabit rosak.

Penduduk, Bahari Saidin, 45, berkata walaupun pihak pengurusan membaiki lif itu, namun ia bagaikan 'melepaskan batuk di tangga' kerana ia kembali rosak selang beberapa hari selepas itu.


"Setiap satu atau dua hari, kerosakan lif berulang dan penduduk tidak sanggup turun dan naik tangga kerana ia memenatkan selain menyukarkan urusan seharian kami.

"Keadaan itu menimbulkan banyak masalah kepada penghuni blok ini terutama wanita mengandung, warga emas dan pesakit yang terpaksa mendapatkan rawatan doktor setiap hari, malah menyusahkan penduduk ketika kecemasan serta pengurusan jenazah," katanya ketika ditemui, semalam.


Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Sri Sabah 3B, Zainal Abidin Abd Wahab, berkata ada kalanya lif di blok berkenaan rosak bukan disebabkan gangguan teknikal, namun ia juga berpunca kerana terlalu kerap digunakan.

"Setiap masa lif ini digunakan dan mustahil jika lif terbabit tidak akan rosak. Selain rosak, kebersihan di dalam lif amat mengecewakan dengan sampah-sarap bertaburan hingga mendatangkan bau busuk serta meloyakan," katanya.


Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Anwar Mohd Zain, berkata pihaknya akan menyemak semula laporan lif di kawasan perumahan berkenaan.

"Kami akan menyiasat perkara terbabit sebelum mengambil tindakan.


"Sekiranya laporan sudah diterima daripada pihak pengurusan perumahan itu, DBKL akan ke sana bagi menyelesaikan masalah berkenaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

183 penghuni pindah sementara

Posted: 24 Mar 2011 11:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana proses perpindahan ini berjalan lancar," kata Fairuz Othman, 52, yang ditemui di Majlis Cabutan Undi Kali Kedua Projek Perumahan Rakyat (PPR), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.

Dia seorang daripada 183 penghuni Kuarters Kerajaan Jalan Cochrane yang dipindahkan ke PPR Seri Alam buat sementara waktu ekoran kerja menaik taraf yang akan mula dijalankan di kuarters berkenaan dalam tempoh terdekat.


Fairuz berkata, wang sagu hati RM2,000 yang diberikan kerajaan kepada setiap penghuni selain kemudahan pengangkutan seperti lori untuk mengangkut barang ke rumah baru secara percuma menyenangkan hati semua penghuni.

"Alhamdulillah, semuanya mudah dan kami berbesar hati menerima bantuan ini. Saya dan keluarga bercadang masuk ke rumah baru beberapa hari selepas ini iaitu sebelum tarikh akhir notis perpindahan, 31 Mac ini," katanya.


Seorang lagi penghuni, Maznah Che Ros, 46, berkata walaupun mengalami sedikit kesukaran untuk mengemas semua barangan rumah sebelum dibawa berpindah, namun dia akur arahan untuk mengosongkan rumah itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen