Jumaat, 25 Mac 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Frasa rasis gugur

Posted: 24 Mar 2011 03:22 PM PDT

MukaDepan

pix_gal0
Penulis setuju diganti 'golongan yang sama'

KUALA LUMPUR: Kontroversi mengenai novel Interlok selesai apabila frasa sensitif bagi kaum India dalam novel yang dijadikan teks komponen sastera (Komsas) Bahasa Malaysia Tingkatan 5 itu diganti dengan frasa 'golongan yang sama.'

Kata sepakat itu dicapai oleh Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok dan cadangan menyunting frasa berkenaan dari novel itu dipersetujui oleh penulisnya, Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain, selaku pemegang hak cipta.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan itu menyelesaikan isu pokok berhubung penggunaan perkataan yang merujuk kasta kaum India yang didakwa bersifat rasis dan menyinggung perasaan mereka sehingga menimbulkan bantahan beberapa kumpulan sejak itu dibangkitkan pada Disember tahun lalu. Katanya, dalam mesyuaratnya kelmarin, panel berkenaan juga mengenal pasti hanya 19 perkara daripada 106 cadangan pindaan dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India di negara ini.

Beliau juga berkata, semua cadangan pindaan yang dikemukakan kepada kerajaan oleh wakil masyarakat India dalam panel berkenaan tiada kaitan dengan isu pokok tetapi meliputi perkara mengenai fakta, bahasa dan tatabahasa, termasuk koma, noktah dan tanda soal.

"Ini bermakna 87 perkara lagi tidak berkaitan dengan isu pokok. Ini termasuk cadangan supaya nama penulis dipaparkan pada kulit hadapan novel, ejaan `tali' dipinda kepada `taali', `papa' ditukarkan `appa', dan `cawat' diganti `dhoti'.

"Justeru, semua ahli panel, termasuk wakil masyarakat India, bersetuju untuk menyerahkan perkara ini kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penerbit membuat suntingan wajar kepada novel itu dalam cetakan akan datang," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abd Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.
Muhyiddin berkata, panel bebas yang dipengerusikan Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, sudah bersidang empat kali dan mengadakan dua pertemuan dengan beliau.

Mengenai 19 perkara dalam Interlok yang boleh dianggap sensitif, beliau berkata, tiga daripadanya adalah berkaitan penggunaan perkataan kasta yang kini selesai selepas penulis bersetuju menggugurkannya.

Tiga perkara lagi berkaitan fakta lembu sebagai binatang suci Hindu, keselamatan isteri Maniam di India dan upacara perkahwinan yang digambarkan sebagai meletihkan juga selesai selepas panel dengan persetujuan wakil masyarakat India, memutuskan ia tidak menyentuh sensitiviti kaum itu.

"Daripada 13 perkara berbaki, tujuh sudah dapat diselesaikan apabila panel bebas mencapai kata sepakat untuk memasukkan errata (senarai kesalahan dan pembetulan) dalam novel itu bagi membuat pembetulan dan pengguguran terhadap beberapa frasa yang dianggap sensitif dalam amalan kebudayaan serta keagamaan masyarakat India.

"Enam perkara lain juga dapat diselesaikan kerana penulis bersetuju meminda perkataan `tuhan' kepada `dewa' dan menggugurkan frasa `orang berkulit hitam'," katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran akan menyediakan satu glosari untuk memperjelas beberapa frasa serta konsep dalam Interlok bagi memudahkan pelajar memahami teks dan konteks novel berkenaan.

Katanya, penyelesaian secara baik isu Interlok, terutama kesediaan penulisnya membuat pindaan menunjukkan tiada isu yang tidak boleh diselesaikan melalui meja rundingan dengan semangat musyawarah, muafakat serta kesediaan untuk mendengar dan menerima.

Berikutan itu, beliau mengingatkan pihak yang ada kepentingan politik sempit jangan sesekali cuba menangguk di air yang keruh atau mengeksploitasi isu itu untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan mencetuskan porak-peranda di negara ini.

"Ini adalah perbuatan sia-sia yang pasti akan ditolak oleh rakyat. Saya yakin majoriti rakyat adalah rasional dan akan menerima keputusan yang adil dan munasabah," katanya sambil menyifatkan keputusan penulis membantu kerajaan menyelesaikan kontroversi Interlok adalah sumbangan amat besar kepada negara.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rahim, Shazryl serah video seks kepada polis

Posted: 24 Mar 2011 03:19 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, semalam tampil ke Bukit Aman menyerahkan rakaman video seks lelaki yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita muda warga asing.

Turut diserahkan jam tangan yang dikatakan milik Ketua Pembangkang yang didakwa ditemui dalam bilik perlakuan itu dirakamkan.

Mereka tiba di Bukit Aman kira-kira jam 5 petang secara berasingan sebelum Abdul Rahim dilihat keluar jam 10 malam selepas polis selesai mengambil keterangan hampir lima jam bagi membantu siasatan. Difahamkan, seorang lagi kumpulan Datuk T yang membawa maksud Trio, iaitu Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim dikatakan akan memberi keterangan pagi esok (hari ini) di Bukit Aman.

Rahim ketika ditemui berkata, beliau sudah memberi keterangan penuh selama lima jam kepada polis serta menyerahkan semua bahan bukti dan berharap ia mampu membantu mempercepatkan siasatan polis.

"Apa yang penting, seluruh masyarakat akan tahu perkara sebenar siapakah aktor dalam video seks berkenaan. Segala bahan bukti termasuk rakaman video dan jam tangan milik Anwar sudah diserahkan dan tidak perlulah saya menceritakan dengan terperinci kerana boleh mengganggu siasatan polis," katanya.

Rahim juga berharap bahan bukti yang diserahkan itu disiasat secara forensik bagi memastikan video berkenaan betul atau sebaliknya.
"Walaupun ada pihak menafikan bahan bukti yang diserahkan bukan miliknya, namun saya yakin dengan kepakaran yang ada, ia mampu membuktikan kebenaran. Jangan terlalu banyak menafikan sesuatu perkara, sebaliknya perlu akur dengan kedaulatan," katanya yang enggan mengulas lokasi sebenar video itu dirakam.

Beliau turut dimaklumkan oleh pihak polis bahawa kenyataan yang diberikan itu sudah mencukupi, namun bersedia jika dipanggil lagi selepas ini.

Isnin lalu, satu kumpulan diketuai Datuk T menayangkan rakaman video seks didakwa membabitkan Anwar kepada media di Carcosa Sri Negara, di sini. Beberapa jam selepas ditayangkan, Anwar pada satu sidang media di ibu pejabat PKR menafikan lelaki yang dirakamkan dalam adegan seks itu adalah beliau.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

dato Imran

Setiap perbuatan mesti ada balasan.akan tetapi kenapa seseorang pemimpin dikaitan dengan pelbagai karenah bangsa sendiri..bagi menegakkan keadilan dalam perundangan ISLAM gunakan sepenuhnya.jangan rekacipta setiap perbuatan orang tetapi perbuatan sendiri mungkin lebih hina lagi...

Gill

apa yang sudah jadi dengan kita???????

ABDUL RAZAK

RAKYAT TIDAK AKAN MUDAH PERCAYA KEPADA SSEORANG YANG MELAKUKAN PERBUATAN SECARA BERTUBI TUBI SETELAH PENGALAMAN YANG LALU ,JANGAN JADIKAN POLITIK LUCAH,TUKARKAN KERAJAAN LEBIH BAIK.TQ

keris melayu

lapuran dah dibuat,bahan bukti dah ada,tunggu siasatan

Suntik Tuin

Pendedahan seperti ini jika untuk keadilan dan intergreti negara dan individu sepatutnya dibuat secara berhemah dan bermaruah dan bukannya disebarkan seperti ini. Imej negara kita sudah negara Islam sudah cukup tercemar di pwersada dunia dengan skandal seks melibatkan orang Islam seperti ini. Berapa banyak rakaman seperti ini dan kes seperti ini berlaku dinegara kita, kenapa kes ini dihebahkan gah seperti ini....?

Avenger Osiris

Tggu dah lihat... =D


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen