Selasa, 29 Mac 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Arang kayu masih ada 'jasa'

Posted:

Arang kayu masih ada 'jasa'

Arang kayu masih ada 'jasa'

Oleh Malinda Abdul Malik
utusanpenang@utusan.com.my


Arang kayu yang diusahakan oleh Tan diperoleh dari hutan paya bakau di Taiping, Perak.


PULAU PINANG 28 Mac - Sebelum wujudnya dapur gas, arang digunakan bagi tujuan memasak dan berperanan sebagai bahan bakar paling asas dalam dunia masakan.

Di negara ini, ia masih banyak digunakan untuk membakar sate, memanggang ikan dan membuat kuih-muih seperti baulu.

Arang merujuk kepada kayu yang telah dibakar tetapi belum hangus sepenuhnya dan membentuk menjadi bahan bakar fosil.

Kelebihan arang adalah ia tidak mengeluarkan asap seperti kayu basah, justeru, itu amat sesuai digunakan untuk kerja-kerja memasak.

Bagaimanapun, perkembangan teknologi menjadikan gas sebagai bahan bakar menyebabkan arang semakin dilupakan.

Bahkan sejak akhir-akhir ini, permintaan arang di pasaran semakin menurun kerana kebanyakan pengguna sudah beralih kepada bahan bakar gas.

Namun, arang kini kembali mendapat tempat di kalangan pengguna setelah muncul beberapa penemuan baru yang menyatakan bahan bakar berkenaan banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia.

Antaranya serbuk arang boleh dijadikan agen penstabilan dan penyulingan dalam industri air mineral.

Selain itu, ia turut digunakan secara meluas sebagai bahan pembersih dalam kerja- kerja penyelenggaraan penghawa dingin.

Di negara ini, arang kayu diperbuat daripada pokok biasa atau pokok bakau.

Kayu bakau yang diperoleh dari kawasan paya air masin lebih sesuai untuk dijadikan arang yang bermutu tinggi berbanding kawasan lain.

Ini kerana bentuknya lebih lurus, saiz yang hampir sama dan murah.

Seorang pembekal arang kayu yang hanya mahu dikenali sebagai Tan memberitahu, di Pulau Pinang hanya terdapat dua lokasi untuk mendapatkan bekalan.

Dua kawasan berkenaan adalah Pengkalan Weld dan Bakau Street yang telah menjalankan perniagaan sejak 1940-an.

"Saya masih ingat pada awal 1980-an, beberapa pembekal di sini agak bimbang dengan industri pembuatan arang yang akan merosot teruk berikutan penggunaan dapur gas dan elektrik yang kian meluas digunakan pada masa itu.

"Namun, ternyata ramalan mereka meleset kerana sejak mengambil alih perniagaan daripada abang hampir tiga dekad lalu, permintaan sentiasa ada.

"Saya mendapat permintaan tinggi daripada para peniaga kecil yang mengusahakan perniagaan ikan bakar dan sate," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru- baru ini.

Tan berkata, dia memperoleh bekalan kayu dari Taiping, Perak untuk dijual bagi pasaran di sini.

Jelasnya, bekalan tersebut hanya diperoleh setiap tiga minggu berikutan Jabatan Perhutanan Perak menetapkan kuota kepada pengusaha di sana.

"Kalau nak diikutkan memang kadang- kadang bekalan yang saya dapat tidak cukup kerana saya terpaksa menampung permintaan yang banyak.

"Bagaimanapun, sebagai seorang pencinta alam sekitar, kita kena jaga persekitaran kita supaya tidak musnah," ujarnya.

Sejurus kawasan pokok bakau diteroka dan ditebang, pelesen dan pengusaha diwajibkan menanam semula anak pokok di situ.

Kawasan berkenaan tidak dibenarkan diganggu dan anak-anak pokok akan dibiarkan membesar secara semula jadi untuk tempoh tiga tahun.

Hanya pokok bakau berukuran lilit 0.2 meter ke atas daripada spesies minyak dan kurap digunakan untuk membuat arang.

Tan menghantar arang yang dipesan kepada para pelanggannya berdasarkan jumlah pesanan.

Penghantaran tersebut dibuat secara percuma meskipun nilai tempahannya kecil.

"Selalunya saya jual RM2.50 setiap kilogram tapi buat pelanggan tetap dan peniaga runcit, saya jual mengikut harga borong bagi menguntungkan kedua-dua belah pihak," jelasnya mengakhiri pertemuan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Persatuan pengguna perlu agresif

Posted:

Persatuan pengguna perlu agresif

Persatuan pengguna perlu agresif

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 28 Mac _ Persatuan-persatuan pengguna diminta lebih agresif dalam membela kepentingan masyarakat terutama penduduk di luar bandar yang kurang memahami hak mereka dalam sesuatu isu berkaitan kepenggunaan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, selain itu persatuan pengguna juga perlu berani bersikap 'menentang' ketika menangani kerenah sebilangan peniaga yang suka mengambil kesempatan terhadap orang ramai dengan tawaran mengelirukan dan menaikan harga barangan dengan sesuka hati.

Kata beliau, berdasarkan maklum balas yang diterimanya semasa melawat kawasan perkampungan, ada penduduk yang mengadu telah diperdaya termasuk membeli barangan tidak berkualiti, dikenakan harga tinggi melebihi yang ditetapkan kerajaan dan penipuan dari segi perkhidmatan syarikat tertentu.

"Apabila mengalami situasi sedemikian, penduduk kampung tidak tahu kepada siapa mereka hendak mengadu kerana kurang arif berhubung hak-hak mereka berkaitan dengan isu berkenaan.

"Perlu bagi persatuan-persatuan pengguna turun ke lapangan dengan memberi kursus kepada ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat tentang isu kepenggunaan supaya lebih ramai penduduk memahami hak mereka," katanya ketika berucap merasmikan Jamuan Makan Malam Persatuan Pelindung Pengguna Kedah di sini semalam.

Ahmad Bashhah turut menyatakan, kerisauannya apabila masih ada pengguna yang terpedaya dengan pelbagai skim seperti gores dan menang, cepat kaya dan pelaburan menerusi talian.

Kata beliau, amat menyedihkan apabila perkara seumpama itu tetap berlaku walaupun telah diminta oleh kerajaan supaya menjauhi skim-skim penipuan berkenaan.

"Saya kecewa kerana masih ada yang rugi beribu ringgit dengan pelbagai jenis skim menipu orang walaupun kes-kes seperti itu sering dilaporkan media massa.

"Saya berharap agar persatuan pengguna tampil mendedahkan syarikat-syarikat yang masih beroperasi dengan taktik penipuan itu supaya orang ramai terselamat daripada menjadi mangsa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rela terima bot, jaket bantu mangsa banjir

Posted:

Rela terima bot, jaket bantu mangsa banjir

Rela terima bot, jaket bantu mangsa banjir


MOHD. Asrul Effendi Ibrahim (depan tujuh dari kiri) bersama anggotanya melihat kelengkapan bot yang diterima bagi membantu mangsa banjir di SK Selama dekat Bandar Baharu, Kedah, semalam.


BANDAR BAHARU 28 Mac - Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Daerah Bandar Baharu hari ini menerima sebuah bot gentian kaca serta 15 jaket keselamatan bagi kegunaan operasi menyelamat mangsa banjir.

Pemangku Pegawai Rela Daerah, Mohd. Asrul Efendi Ibrahim berkata, kesemua peralatan berkenaan disumbangkan oleh Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir untuk membantu melicinkan kerja-kerja memindahkan mangsa banjir yang dikatakan kerap berlaku di kawasan itu sejak kebelakangan ini.

"Kedudukan daerah ini yang terletak berhampiran Sungai Kerian menyebabkan banyak kawasan rendah seperti Kampung Banggol Rashid di Selama Kedah dan Kampung Bagan Samak, Bandar Baharu sering dilanda banjir.

"Setiap kali banjir, Rela merupakan antara pasukan yang paling awal turun padang. Namun, operasi kami sebelum ini terbantut sedikit ekoran kekurangan kelengkapan," katanya pada majlis penerimaan sumbangan berkenaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Selama hari ini.

Menurut Mohd. Asrul Effendi, semua kelengkapan yang bernilai RM7,000 itu disimpan di pejabat Rela daerah dan digunakan untuk operasi menyelamat pada masa akan datang.

"Dengan adanya bot beserta enjin ini, operasi menyelamat akan dapat dilakukan dengan segera. Ini amat penting kerana kita boleh selamatkan nyawa malah harta benda sementara menunggu bantuan agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba," jelasnya.

Beliau berterima kasih kepada Abdul Aziz yang prihatin dengan keperluan pasukan berkenaan dan berharap sumbangan tersebut dapat digunakan sebaik mungkin oleh anggota Rela.

"Kemudahan ini disediakan untuk meningkatkan kecekapan dan kepantasan kerja-kerja menyelamat mangsa banjir. Bot ini boleh beroperasi pada bila-bila masa," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan