Ahad, 27 Mac 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


Komponen BN diminta henti berbalah isu calon, kerusi

Posted: 27 Mar 2011 12:56 AM PDT

BATU GAJAH, 27 Mac — Ketua Penerangan Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Hamidah Osman meminta semua pemimpin parti komponen BN supaya menghentikan "perbalahan" mengenai isu calon dan pengagihan kuota kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya umum.

Beliau berkata persoalan mengenai calon dan pengagihan kerusi adalah perkara yang akan ditentukan oleh pucuk pimpinan, keutamaan yang perlu diberikan oleh semua peringkat parti kini adalah untuk memastikan persediaan menghadapi pilihan raya.

"Tiada guna bertelagah mengenai calon atau pengagihan kerusi jika tiada persediaan dibuat untuk memenangi pilihan raya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Hamidah berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengenai perlunya parti-parti komponen bersedia memberi ruang kepada calon popular bukan daripada anggota BN untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Nazri yang juga Ketua Umno Bahagian Padang Rengas semalam berkata calon daripada NGO dan penyokong BN yang dikenal pasti "popular dan boleh menang" wajar diberi peluang jika calon daripada parti komponen tidak mempunyai harapan untuk menang.

Hamidah berkata perkara itu perlu difikirkan secara rasional oleh semua parti komponen kerana ia sejajar dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa BN akan meletak syarat calon boleh menang sebagai kriteri pemilihan calon pada pilihan raya akan datang.

"Sekiranya semua parti komponen betul-betul berjuang untuk parti dan BN, kita hendaklah melupakan soal individu dan tidak membesar-besarkan apa-apa kenyataan yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ahli komponen.

Apa yang penting, kita hendaklah berfikiran rasional dan terbuka serta mencari formula bagaimana untuk terus kekal memerintah di negeri dan pusat," katanya.

Hamidah berkata semua pihak hendaklah bekerja keras bagi memastikan kerusi yang ditandingi menang dan menawan balik kawasan yang tewas dalam pilihan raya umum ke-12 sebelum ini. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUN Sarawak: Isu kerusi Pakatan hampir selesai, kata Guan Eng

Posted: 27 Mar 2011 12:05 AM PDT

GEORGE TOWN, 27 Mac — Perbincangan mengenai pengagihan kerusi antara pakatan pembangkang pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-10 dijangka selesai dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata keputusan mengenai pengagihan kerusi itu akan diumumkan oleh pemimpin tertinggi parti terlibat tidak lama lagi.

"(Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa perbincangan mengenai kerusi PKR dan PAS sudah siap. PKR dan DAP akan siap. Hanya tunggu pengumuman rasmi sahaja," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang kepada pemberita di sini, hari ini.

Pakatan DAP-PKR-PAS-SNAP dilaporkan gagal bersetuju dengan pengagihan kerusi yang mahu ditandingi pada pilihan raya negeri itu, yang hari penamaan calon ditetapkan pada 6 April dan pengundian 16 April.

Daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang akan dipertandingkan, PKR bertegas mahu bertanding di 52 kerusi, SNAP menuntut 40 manakala DAP dan PAS masing-masing 18 dan enam. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan