Ahad, 27 Mac 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Tubuh koperasi kariah masjid

Posted:

Tubuh koperasi kariah masjid

Tubuh koperasi kariah masjid

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 26 Mac - Kerajaan negeri bercadang menubuhkan koperasi kariah masjid di kesemua 480 buah rumah ibadat itu di negeri itu bagi membantu menjana ekonomi masyarakat setempat.

Sekiranya menjadi kenyataan kelak, ia menjadikan Terengganu negeri ketiga selepas Selangor dan Pahang yang mempunyai koperasi kariah masjidnya sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera (gambar) berkata, jika segalanya berjalan lancar, penubuhannya dijangka bermula pertengahan tahun ini.

Beliau memberitahu, usaha itu dibuat memberi manfaat kepada masyarakat setempat bagi menjana pendapatan mereka melalui peluang perniagaan yang boleh diceburi.

Selain menyediakan aktiviti ekonomi, usaha itu juga dapat mengembangkan lagi aspek kebajikan yang digerakkan bersama di kalangan masyarakat.

"Kita sudah berbincang dengan Angkasa (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad), SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sebelum bersetuju melaksanakannya," katanya selepas mengadakan perbincangan itu di Hotel Permai Inn, di sini semalam.

Turut hadir, Presiden Angkasa, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum; Pengerusi Angkasa negeri, Mohamed Jais Hassan serta wakil SKM dan JHEAT.

Mohamed berkata, sehubungan itu, satu seminar mengenai langkah serta kaedah bagaimana koperasi kariah masjid itu ditubuhkan akan diadakan di Taman Tamadun Islam pada 28 April depan.

Selain itu, katanya, penubuhan koperasi seumpama itu seiring dengan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan satu kampung satu koperasi dengan setiap koperasi dibantu kerajaan negeri menerusi peruntukan RM10,000 mengikut syarat tertentu.

"Antara syaratnya ialah setiap koperasi perlu mempunyai projek yang hendak dilaksanakan, baru kita boleh beri bantuan RM10,000," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Buta, miskin tidak halang cemerlang SPM

Posted:

Buta, miskin tidak halang cemerlang SPM

Buta, miskin tidak halang cemerlang SPM


Nor Izati Mohamad (kiri) berkongsi kegembiraannya bersama Zulaina Hussin di rumahnya di Kampung Pauh Lima, Pasir Puteh, Kelantan, baru-baru ini.


PASIR PUTEH 26 Mac - Buta mata tidak bererti buta hati. Itulah yang dibuktikan Nor Izati Mohamad, 18, apabila membuktikan kekurangan itu bukan halangan untuknya memperoleh keputusan cemerlang 6A dan 3B dalam Sijil Pelajaran Malaysia SPM yang diumumkan baru-baru ini.

Malah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Ismail, Gong Kedak itu juga menjadikan kemiskinan keluarganya sebagai pembakar semangat untuk berjaya dan mencapai cita-cita menjadi seorang pensyarah.

Justeru, anak tunggal kepada ibu tunggal, Zulaina Hussin, 41, ingin menghadiahkan kejayaan tersebut kepada ibunya yang hanya bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah rendah dengan pendapatan RM15 sehari.

"Bagi saya, kemiskinan bukanlah penghalang untuk menempa kejayaan, asalkan kita gigih dan sentiasa bekerja keras setiap masa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Lima, dekat sini.

Nor Izati mendapat A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik, dan Kimia, manakala B bagi Matematik Tambahan, Biologi serta Kimia.

Dia sebelum ini pernah dianugerahkan pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah bagi kategori pelajar cacat peringkat negeri Kelantan pada 2010 setelah memperoleh 7A.

Menurutnya, tanpa sokongan ibunya, dia pasti tidak menjadi seseorang yang berjaya kerana setiap hari ibunya perlu berulang-alik menghantar dan mengambilnya dengan berjalan kaki dari sekolah yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumah mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ditahan selepas 3jam samun

Posted:

Ditahan selepas 3jam samun

Ditahan selepas 3jam samun

KOTA BHARU 26 Mac - Kepantasan polis bertindak sejurus menerima laporan berjaya menahan seorang daripada empat suspek hanya tiga jam selepas menyamun seorang peguam di Kampung Peringat, Melor di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 4.20 pagi itu, kumpulan suspek berkenaan berjaya melarikan sejumlah barang kemas serta wang tunai dianggarkan berjumlah RM105,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Idris Abd. Rafar berkata, suspek yang berusia 31 tahun itu ditahan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, kira-kira pukul 7 pagi.

"Polis turut menemui sebuah telefon bimbit milik mangsa, namun barang kemas dan wang tunai dilarikan masih belum ditemui," katanya di sini hari ini.

Katanya, kumpulan suspek yang memakai topeng menceroboh rumah tersebut dengan mengumpil pintu depan ketika mangsa berusia 40 tahun dan ahli keluarganya sedang tidur.

"Suspek kemudian ikat tangan mangsa menggunakan wayar sebelum arahkannya buka peti besi di rumah itu. Kesemua barang kemas berjumlah RM80,000 dan wang tunai RM25,000 dilarikan suspek," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan