Selasa, 15 Mac 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Misi Smart ke Jepun ditangguh

Posted:

Misi Smart ke Jepun ditangguh

Misi Smart ke Jepun ditangguh


ANGGOTA pasukan Smart memunggah barangan dan peralatan untuk misi menyelamat di Jepun ke dalam pesawat Hercules C-130 di Subang semalam.


SUBANG - Misi mencari dan menyelamat mangsa gempa dan tsunami di Sendai, Jepun yang sepatutnya berlepas semalam terpaksa ditangguhkan kerana dua pesawat yang akan menerbangkan mereka ke negara itu belum mendapat kebenaran mendarat.

Serentak dengan itu, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md. Saad berkata, kesemua 56 pegawai dan anggota yang menyertai misi itu diarah kembali ke pangkalan masing-masing.

Antaranya adalah 17 pegawai dari Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart), pegawai dari Unit Bahan-bahan Berbahaya (Hazmat), Unit Pengesan dan Unit Struktur Runtuh Jabatan Bomba dan Penyelamat (15), Kementerian Kesihatan (7), Persatuan Bulan Sabit Merah (4), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta pegawai MKN masing-masing tiga orang.

Rodzi berkata, pihaknya setakat ini belum menerima surat kebenaran dua pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk mendarat di Jepun.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan percaya SMS kesan radiasi nuklear

Posted:

Jangan percaya SMS kesan radiasi nuklear

Jangan percaya SMS kesan radiasi nuklear

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Malaysia juga terdedah kepada bahaya kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima Daiichi di Jepun.

Menyifatkan penyebaran SMS itu sebagai tidak bertanggungjawab, Muhyiddin berkata, Malaysia selamat daripada sebarang ancaman dengan agensi terbabit sentiasa memantau perkembangan di Jepun dan di negara ini.

Justeru beliau meminta orang ramai supaya tidak terpedaya atau panik sebelum meneliti kesahihan maklumat tersebut.

"SMS itu dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan kita mudah menerima apa sahaja yang dilaporkan itu dengan tidak menyemak.

"Jangan kita timbulkan kebimbangan yang agak luar biasa, walaupun berlaku di Jepun tetapi sehingga orang ramai rasa takut untuk mengurus atau buat kerja seperti biasa,'' katanya kepada pemberita selepas majlis Perasmian Penutupan Program Keluarga 1Malaysia, anjuran Kementerian Pelajaran, di sini semalam.

"Semua negara di dunia memantau dan meneliti perkembangan di Jepun. Yang penting ialah soal keselamatan negara dan rakyat. Jadi dalam soal ini kita ada agensi yang bertanggungjawab. Mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik," katanya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui kelmarin dilaporkan berkata, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) akan memberi penjelasan dalam tempoh terdekat mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji di Jepun itu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Duta Jepun sayu kenangkan bencana alam di negaranya

Posted:

Duta Jepun sayu kenangkan bencana alam di negaranya

Duta Jepun sayu kenangkan bencana alam di negaranya


Horie sedih sambil menyapu air mata di atas kejadian gempa bumi dan tsunami di negaranya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Mungkin itu beban emosi yang dirasai oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie ekoran bencana alam yang meragut ribuan nyawa rakyat di negaranya baru-baru ini.

Masahiko pada sidang akhbarnya di sini semalam tidak dapat menahan kesedihan sehingga menitiskan air mata di hadapan kira-kira 20 wartawan Malaysia di Pejabat Kedutaan Besar Jepun.

Dia beberapa kali terdiam dan terpaksa mengambil masa beberapa minit sebelum dapat menjawab soalan wartawan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen