Selasa, 15 Mac 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


'Kami perlu lampu isyarat'

Posted:

'Kami perlu lampu isyarat'

'Kami perlu lampu isyarat'

Oleh RASMI ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


Kesesakan teruk di Bulatan Taman Sentosa, Klang memerlukan sistem lampu isyarat dipasang di situ.


KLANG 14 Mac - Pengguna kenderaan sekitar bandar ini mendesak pihak berkenaan memasang lampu isyarat di Bulatan Sentosa bagi menyelesaikan masalah kesesakan luar biasa yang sering berlaku di situ, terutamanya pada waktu puncak.

Kesesakan di situ begitu kritikal, apatah lagi sikap kebanyakan pengguna yang mementingkan diri sendiri dengan tidak mematuhi peraturan jalan raya selain masalah jalan sempit dan mempunyai lima simpang.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati pemandu berasak-asak untuk memasuki bulatan itu hingga mengakibatkan aliran trafik di situ menjadi haru biru dan sesak teruk.

Lebih memburukkan keadaan apabila kenderaan berat dilihat seperti bermaharajalela hingga menyebabkan pengguna kenderaan kecil seperti motosikal menjadi mangsa.

Seorang pengguna, Mohammad Borhan Mohammad Ali, 37, berkata, lampu isyarat amat diperlukan di situ kerana masalah kesesakan lalu lintas di bulatan itu semakin teruk.

Beliau berkata, setiap hari dia terpaksa menghabiskan masa kira-kira 30 minit untuk melepasi bulatan berkenaan untuk pergi ke tempat kerja di Shah Alam.

"Bayangkan jarak rumah saya dengan tempat kerja kira-kira 30 kilometer sahaja tetapi saya terpaksa mengambil masa satu jam untuk tiba di pejabat.

"Saya terpaksa membuang masa mengharungi kesesakan di bulatan ini, saya rasa jika ada lampu isyarat mungkin masalah itu dapat diselesaikan," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Noraini Abdul Razak, 28, pula berkata, penyediaan lampu isyarat di bulatan itu perlu untuk keselesaan pengguna selain mengelakkan kenderaan berat daripada terus bermaharajalela dan mengurangkan risiko kemalangan.

"Mereka (pemandu kenderaan berat) dengan sengaja memandu melulu tanpa memikirkan siapa sepatutnya diberi keutamaan terlebih dahulu melalui laluan ini.

"Disebabkan kenderaan berat lebih besar, maka kenderaan kecil terpaksa beralah kerana mahu mengelak daripada berlaku kemalangan," katanya.

Normala Hamizan, 34, pula menyifatkan sikap tidak sabar pemandu di situ juga menjadi salah satu punca kesesakan di bulatan tersebut.

"Jika masing-masing mematuhi peraturan jalan raya dan bertimbang rasa pastinya keadaan di bulatan itu tidak mengalami kesesakan terlalu teruk," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidak puas hati gerai diroboh

Posted:

Tidak puas hati gerai diroboh

Tidak puas hati gerai diroboh

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


PENJAJA-PENJAJA di Flat 700, Pandan Perdana menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap MPAJ dan ADUN Teratai, Janice Lee dari DAP di Ampang baru-baru ini.


AMPANG JAYA 14 Mac – Setelah hampir enam bulan gerai mereka dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), 21 penjaja di Flat 700 Unit, Jalan Pandan Perdana 9/10 dekat sini membuat laporan polis baru-baru ini terhadap pihak berkuasa tempatan itu.

Laporan polis serupa dibuat terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Janice Lee berhubung rasa tidak puas hati dengan tindakan yang dianggap kejam dan telah menutup periuk nasi mereka.

Mereka mendakwa tindakan itu bukan sahaja menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian semasa kerja-kerja meroboh dijalankan, malah sejak kejadian itu mereka tiada lagi sumber pendapatan bagi menyara keluarga.

Laporan yang dibuat di Balai Polis Pandan Perdana itu diketuai oleh Pengerusi Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia, (Ikhlas), Mohd, Riduan Abdullah.

Mereka juga mendakwa, lokasi baru yang disediakan untuk mereka berniaga juga tidak sesuai kerana selain lokasinya terletak berhampiran loji najis yang berbau busuk, paling mengecewakan mereka juga dikenakan sewa tapak sebanyak RM450 sebulan.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Moory, 28, berkata sebelum ini pengerusi penjaja di kawasan itu telah mengemukakan surat rayuan kepada pihak MPAJ agar menangguhkan tindakan sehingga perbincangan dijalankan, namun kerja-kerja meroboh tetap dilakukan.

Katanya, sejak gerai dirobohkan mereka sudah hilang mata pencarian untuk menanggung keluarga.

"Saya sendiri tidak faham dengan pihak berkenaan, mereka bertindak seolah-olah kami pesalah tanpa ada sebarang peluang untuk berbincang secara adil," ujarnya.

Bagi Ali Husin, 67, yang berniaga minuman dan makanan di situ sejak 14 tahun lalu cukup kecewa dengan tindakan itu yang dianggap telah menggelapkan masa depan golongan yang rata-rata berpendapatan rendah.

Dia berkata, jika kesalahan mereka disabitkan berniaga tanpa lesen ia sesuatu yang tidak adil.

Ini kerana katanya, selama ini sudah banyak kali dia dan penjaja lain berulang-alik ke pejabat MPAJ untuk membuat permohonan lesen tetapi sehingga sekarang tidak diluluskan.

"Jika ini berlaku, jelas membayangkan kerajaan pakatan tidak akan bertahan lama," ujarnya.

Perasaan sama turut dikongsi, Kok Kim Yoon, 42. Dia yang berniaga mee sejak 14 tahun di situ juga turut berasa tertekan kerana ia telah menutup periuk nasi mereka.

Katanya, bagi menampung kehidupan dia dan penjaja lain terpaksa berniaga secara 'curi-curi' pada hari cuti terutama pada hujung minggu.

Sementara itu, Mohd. Riduan berkata, tindakan melaporkan kepada pihak polis mengenai perkara itu dibuat hanya selepas lima bulan kejadian kerana ia baru sahaja sampai kepada pengetahuannya.

Katanya, sejak awal gerai mereka dirobohkan, penjaja telah melakukan bermacam usaha bagi memastikan nasib mereka terbela tetapi sehingga ke hari ini tiada pihak yang ambil peduli.

Katanya, laporan itu dibuat bukan sahaja untuk tujuan keselamatan tetapi menuntut pihak bertanggungjawab agar memberi ganti rugi kepada penjaja, termasuk tempoh selama hampir enam bulan mereka tidak dapat berniaga.

"Sekiranya pekara ini gagal diselesaikan, saya akan mengumpulkan kesemua penjaja di kawasan ini dan mengadakan bantahan terhadap pihak bertanggungjawab.

"Pekara ini juga akan dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kadar sewa yang dikenakan kepada penjaja yang menimbulkan sedikit kesangsian sama ada wujud unsur-unsur rasuah di situ," ujarnya.

Katanya juga, perkara sama juga akan dipanjangkan kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat agar dapat diselesaikan segera.

Sebelum ini Pegawai Perhubungan Awan MPAJ, Norhayati Ahmad pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan meroboh premis perniagaan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin bilangan 10/2010.

Katanya, tindakan ini dilakukan terhadap peniaga tanpa lesen yang ingkar dengan notis dikeluarkan supaya memberhentikan perniagaan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sistem dalam talian DBKL kini lebih pantas

Posted:

Sistem dalam talian DBKL kini lebih pantas

Sistem dalam talian DBKL kini lebih pantas


AHMAD Fuad Ismail (kiri) dan Khairul Annuar Mohamed Zam Zam melancarkan DBKL*Net (Metro-E VPN) di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR 14 Mac - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini melancarkan DBKL*Net (Metro-E VPN) bagi meningkatkan keupayaan infrastruktur rangkaian sedia ada untuk memberikan capaian yang lebih cepat, pantas dan selamat, terutama kepada sistem-sistem secara dalam talian seperti KUL Submission, Sistem Semakan Pembayaran, E-Lesen dan lain-lain.

Dilaksanakan sejak Januari lalu, projek dengan usahasama Telekom Malaysia Berhad (TM Berhad) itu mengintegrasikan rangkaian di 33 lokasi sedia ada di antara pejabat cawangan DBKL, perpustakaan cawangan, pejabat perumahan, jabatan dan pejabat kecil kepada satu rangkaian yang luas, sistematik dan cekap.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata, RM10 juta telah diperuntukan di bawah projek tiga tahun itu bagi membolehkan setiap pengguna mengakses sistem aplikasi DBKL menggunakan teknologi Metro Ethernet Vitual Private Network (Metro-E VPN).

Ujarnya, sejak pelaksanaan DBKL*Net (Metro-E VPN) akses menjadi laju dan stabil kerana keupayaan rangkaian DBKL telah ditingkatkan bagi menampung pertambahan penggunaan dan juga sistem-sistem aplikasi untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun akan datang.

"Adalah menjadi harapan DBKL agar inisiatif perlaksanaan DBKL*Net ini akan meningkatkan imej pihak berkuasa tempatan ini dengan memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan terurus kepada warga kota," katanya selepas melancarkan projek itu dalam majlis di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden Eksekutif (Segmen Kerajaan), TM Berhad, Datuk Khairul Annuar Mohamed Zam Zam dan Timbalan Ketua Pengarah Pentabdiran DBKL, Datuk Normah Malik.

Ahmad Fuad berkata, melaluinya juga semua sistem aplikasi boleh diakses dengan hanya satu komputer berbanding menggunakan beberapa komputer sebelum ini untuk mengakses aplikasi yang berbeza-beza, sekali gus membolehkan DBKL melaksanakan sistem pemantauan berpusat terhadap seluruh rangkaiannya.

"Apa yang diharapkan usaha ini ia juga akan meningkatkan prestasi warga kerja DBKL sendiri dalam memberi perkhidmatan yang lebih cekap kepada warga kota," ujarnya.

Tambahnya, perlaksanaan projek ini juga selari dengan wawasan dan matlamat Kuala Lumpur seperti yang terkandung dalam Pelan Sktruktur Kuala Lumpur 2020 untuk menyediakan urus tadbir bandar raya bertaraf dunia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen