Rabu, 2 Mac 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Pesara guru ditemui selepas hilang seminggu

Posted: 02 Mar 2011 03:13 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Seorang pesara guru yang menghidap alzhiemer dan dilapor hilang kira-kira seminggu lalu, ditemui di Jinjang Khamis lalu, kira-kira 30 kilometer dari rumahnya di Bandar Mahkota Cheras.

Ooi Ho Chuah, 63, berkata beliau hanya ingat keluar dari rumah dan selepas itu tidak dapat mencari jalan pulang.

Menceritakan pengalamannya kepada pemberita di Biro Pengaduan MCA di sini hari ini, Ooi berkata beliau bernasib baik kerana ada yang bersimpati dan memberinya makanan. "Saya tidur di merata-rata tempat seperti hentian bas. Saya berterima kasih kepada dua anggota polis yang menemui saya dan memberitahu keluarga saya.

"Saya kemudian dibawa ke hospital dan menerima empat jahitan di kepala," katanya yang tidak ingat bagaimana beliau mendapat kecederaan itu.

Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, menasihatkan mereka yang mempunyai anggota keluarga yang menghidap alzhiemer supaya memakaikan tag di tangan pesakit bagi membolehkan mereka dikenali dan dibantu. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan Pahang tidak bankrap: Adnan

Posted: 02 Mar 2011 03:08 AM PST

Mutakhir

TEMERLOH: Kerajaan negeri Pahang tidak bankrap walaupun mempunyai jumlah pinjaman yang tinggi daripada kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata, perkara itu tidak perlu dirisaukan kerana setiap hasil dan pembelanjaan sudah dinilai untuk kepentingan rakyat.

"Kita semua kena faham ini semua untuk orang ramai...kita bina rumah kos rendah, gaji pegawai kerajaan kita bayar. "Nanti orang kata bolehlah bayar minta (duit) kerajaan persekutuan, apa? kerajaan persekutuan itu kerajaan lain? kerajaan pusat itu kerajaan kita (Barisan Nasional)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan negeri Pahang di sini, hari ini.

Setakat ini, katanya, pinjaman terbabit berjumlah RM2.2 bilion.

Adnan berkata, dakwaan bahawa kerajaan Pahang gagal mentadbir negeri dengan cekap hanya satu tohmahan pembangkang yang sudah ketandusan isu untuk dibangkitkan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Katanya, sejak beliau memegang jawatan Menteri Besar pada 1999, kerajaan negeri hanya mengalami bajet defisit sebanyak dua kali berbanding enam lebihan dan tiga seimbang.
Ditanya sama ada isu berkenaan memberi kesan terhadap BN, beliau berkata, rakyat setakat ini tidak terpengaruh dengan dakyah itu, namun jika masih terdapat pihak yang cuba memutar belitkan perkara tersebut, ia dikhuatiri akan mengelirukan masyarakat.

Katanya, penduduk Kerdau lebih berminat memilih wakil rakyat yang mampu menggalas tanggungjawab membela nasib mereka.

Mengenai perjalanan kempen BN yang memasuki hari kelima, Adnan berkata, ia berjalan dengan lancar, namun kemenangan parti itu terletak pada pengundi. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen