Rabu, 2 Mac 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Pelajar Mesir dihantar pulang 20 Mac

Posted:

Pelajar Mesir dihantar pulang 20 Mac

Pelajar Mesir dihantar pulang 20 Mac

Oleh Farabi Sheikh Said al Jabri
utusan N9@utusan.com.my


Mohamad Hasan bersalaman dengan para pelajar Negeri Sembilan di Mesir di Seremban, kelmarin.


SEREMBAN 1 Mac - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memperuntukkan lebih RM500,000 bagi menghantar pulang semua pelajar tajaannya ke Mesir pada 20 Mac ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perbelanjaan itu ditanggung sepenuhnya oleh pihaknya bagi membolehkan semua pelajar dapat menyambung semula pengajian mereka di beberapa universiti di negara berkenaan.

Katanya, jumlah tersebut meliputi perbelanjaan tiket penerbangan pulang ke negara bergolak berkenaan kepada 290 pelajar tajaan MAINS selain pelajar persendirian.

"Perbelanjaan ini merupakan usaha pihak MAINS dalam memastikan kesemua pelajar dapat menyambung kembali pengajian mereka di sana berikutan kecelaruan politik bulan lalu.

"Malah kita juga akan memberikan duit poket kepada mereka sebanyak RM500 setiap seorang bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan di sana," katanya.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Pelajar negeri ini di Mesir di sini, semalam.

Beliau juga menjelaskan, keputusan untuk menghantar semula mereka pada 20 Mac ini dengan penerbangan Qatar Airways itu tertakluk kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sama ada langkah berkenaan boleh dilaksanakan ataupun tidak.

Katanya, pihaknya tidak mahu sebarang keputusan itu dilakukan secara terburu-buru kerana dalam pergolakan politik di negara itu apa sahaja boleh berlaku.

"Kita tidak mahu nanti apabila keadaan sudah kembali reda namun beberapa ketika negara berkenaan kembali bergolak semula dan ini akan menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa.

"Kita berharap keadaan di sana kembali tenang supaya anak-anak negeri ini dapat menyambung sesi pembelajaran di sana setelah tergendala sejak sebulan lalu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kediaman mampu milik Taman 1Malaysia dibina

Posted:

Kediaman mampu milik Taman 1Malaysia dibina

Kediaman mampu milik Taman 1Malaysia dibina

JASIN 1 Mac - Sebuah kawasan perumahan kos sederhana dikenali Taman 1Malaysia akan dibina di Air Merbau, di sini dalam usaha kerajaan menyediakan kediaman mampu milik kepada rakyat di negeri ini.

Projek dilaksanakan melalui agensi kerajaan negeri, Yayasan Melaka yang dijangka siap dua tahun lagi itu ditawarkan kepada semua kaum berpendapatan rendah, sekali gus mewujudkan satu komuniti penduduk pelbagai bangsa.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pembangunan Taman 1 Malaysia membabitkan kawasan seluas 40.4 hektar yang mengandungi 1,560 unit rumah kluster.

"Setiap unit rumah berkeluasan 66.9 meter persegi ini yang mempunyai dua bilik tidur, dua bilik mandi, ruang tamu dan dapur akan dijual pada harga antara RM60,000 dan RM72,000.

"Taman ini akan turut mengandungi sebuah masjid, kuil, balai raya, tadika dan kawasan lapang untuk tujuan riadah dan projek dijangka siap dalam tempoh 24 bulan," katanya.

Mohd. Ali yang juga Pengerusi Yayasan Melaka berkata demikian pada Majlis Pelancaran dan Pecah Tanah Taman 1 Malaysia di Air Merbau, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka, Datuk Tahir Hasan dan Pengurus Besar Yayasan Melaka, Sharabuddin Kudus.

Menurut Mohd. Ali, sebanyak 114 unit rumah teres kos sederhana rendah berkeluasan 6 x 18 meter akan turut dibina dan dijual pada harga RM90,000 sebuah.

Turut dibina, menurut beliau ialah 19 unit kedai satu tingkat bersaiz 6 x 19 meter dan setiap sebuah dijual pada harga RM145,000.

"Antara kemudahan lain yang disediakan di Taman 1 Malaysia adalah sebuah sekolah rendah kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.

"Matlamat utama projek ini adalah memberi peluang kepada semua kaum khasnya di kawasan Air Merbau memiliki sebuah rumah yang sempurna dan lengkap dengan pelbagai kemudahan asas," katanya.

Tambahnya, usaha itu juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk merapatkan jurang kemajuan antara masyarakat bandar dengan luar bandar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar gagal tajaan MAINS di Mesir bakal dikena tindakan

Posted:

Pelajar gagal tajaan MAINS di Mesir bakal dikena tindakan

Pelajar gagal tajaan MAINS di Mesir bakal dikena tindakan

SEREMBAN 1 Mac - Pelajar tajaan Majlis Agama Islam negeri (MAINS) di Mesir yang tidak menunjukkan prestasi cemerlang termasuk gagal dalam dua kali peperiksaan akan ditarik balik wang zakat mereka.

Pengerusi MAINS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau kecewa dengan prestasi ditunjukkan oleh pelajar terutamanya dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, walaupun keputusan pelajar di sana antara yang terbaik di seluruh negara dengan mencatatkan lebih 70 peratus, bagaimanapun ia gagal mencapai matlamat disasarkan sebanyak 90 peratus.

''Kita dah mula buat (wang zakat). Kita potong zakat kita bagi pinjaman kepada mereka. Kita mahu lihat mengapa perkara ini boleh berlaku kerana mereka yang dihantar ke sana semuanya cemerlang dalam peperiksaan.

''Sebelum 'penyakit' ini merebak, kita perlu lakukan sesuatu bagi memastikan masalah dihadapi dapat diatasi dan ditangani sebaik mungkin," katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Pelajar negeri ini yang menuntut di Mesir, semalam.

Tambahnya, satu post mortem akan dilakukan bagi mengkaji punca sebenar kegagalan pelajar dalam kedua-dua bidang berkenaan melalui laporan yang akan disediakan oleh pegawai pelajar di sana dan juga pihak MAINS.

''Kita nak lihat apa punca utama mengapa para pelajar ini gagal dalam kedua-dua bidang pengajian sama ada kurang dari segi latihan dan sebagainya dan kita akan dapatkan laporannya nanti.

''Kita tidak mahu perkara ini berterusan kerana kita mahu supaya pelajar yang dihantar ke sana belajar dan bukannya untuk berseronok. Jika perkara itu berlaku ia amat mendukacitakan sekali," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan