Selasa, 8 Mei 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Johor yakin mampu tarik 5j pelancong

Posted:

Johor yakin mampu tarik 5j pelancong

Johor yakin mampu tarik 5j pelancong

08/05/2012 10:09pm

NUSAJAYA — Johor yakin mampu menarik kemasukan lima juta pelancong dalam tempoh tiga tahun ini, sekaligus menyaingi Pulau Pinang dengan pembukaan taman tema Legoland September depan dan beberapa pembangunan di Desaru.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Hoo Seong Chang berkata, ia semakin menyaingi Pulau Pinang apabila sejumlah 3.78 juta pelancong direkodkan menginap di negeri ini sepanjang tahun lepas.

"Kuala Lumpur masih merekodkan jumlah penginap tertinggi dengan 12 juta pelancong, diikuti Pahang sebanyak lapan juta dan Pulau Pinang sebanyak lima juta," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelancongan Johor hari ini.

Beliau berkata, rekod ketibaan pelawat asing melalui pintu masuk di negeri ini menunjukkan peningkatan tahun lepas dengan sejumlah 16.72 juta berbanding 16.58 juta pada 2010.

Seong Chang berkata, tempoh Januari hingga Mac tahun ini turut menunjukkan peningkatan iaitu 6.19 juta orang berbanding 3.98 juta pada tahun lepas.

Beliau berkata ketibaan pelancong dijangka terus meningkat apabila produk pelancongan baru siap sepenuhnya tahun depan, termasuk taman tema keluarga di Puteri Harbour, Studio Pinewood Iskandar Malaysia, Lifestyle Mall dan Senai Hi Tech Park. — BERNAMA

P. Pinang tarik minat pengarah filem Taiwan

Posted:

P. Pinang tarik minat pengarah filem Taiwan

P. Pinang tarik minat pengarah filem Taiwan

08/05/2012 10:06pm

GEORGE TOWN — Pengarah filem Taiwan, Feng Kai yang kagum dengan keunikan Pulau Pinang, berharap untuk membuat penggambaran filem akan datangnya di sini, kerana ramai rakyat negara itu berminat dengan keindahan yang belum diterokai di Malaysia.

Beliau berkata, Pulau Pinang mempunyai pelbagai ciri yang sesuai untuk melakukan penggambaran filem seperti pantai, masyarakat, warisan dan tempat-tempat kebudayaannya.

"Saya berharap untuk membuat penggambaran filem di Pulau Pinang kerana ia mempunyai banyak pemandangan yang bagus, pantainya yang cantik serta cuaca yang baik," katanya kepada pemberita selepas tayangan pertama filemnya berjudul Din Tao: Leader of the Parade di sini hari ini. — BERNAMA

Malaysia jadi contoh di CWC

Posted:

Malaysia jadi contoh di CWC

Malaysia jadi contoh di CWC

08/05/2012 9:53pm

PUTRAJAYA - Komitmen kukuh Malaysia terhadap Konvensyen Senjata Kimia (CWC) menjadi contoh kepada Negara-negara peserta lain, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Pengharaman Senjata Kimia (OPCW), Ahmet Üzümcü hari ini.

Beliau berkata, Malaysia, menerusi Lembaga Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (LKKSK) yang menyokong usaha OPCW, telah menyumbang kepada keselamtan rantau ini dan di peringkat global.

Langkah ini memupuk keamanan dan keselamatan global, kata beliau.

"Saya galakkan Malaysia memperkongsi pengalamannya dengan negara-negara peserta lain supaya mereka mengambil langkah-langkah serupa.

"Malaysia membuktikan dirinya sebagai anggota aktif dengan menganjurkan Konvensyen Senjata Kimia dan Seminar Pengurusun Keselamatan dan Sekuriti Kimia, yang berlangsung empat hari bermula hari ini. Usaha ini amat dihargai. Kami harap ia akan berterusan pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem di Wisma Putra di sini. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan