Berita Harian: Mutakhir |
| 5 NGO gesa tindakan undang-undang terhadap pemimpin, peserta perhimpunan Posted: 08 May 2012 03:37 AM PDT Mutakhir ALOR SETAR: Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kedah hari ini membuat laporan polis meminta supaya tindakan undang-undang dikenakan terhadap peserta dan pemimpin perhimpunan di Dataran Merdeka, di ibu negara pada 28 April lalu.Laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada jam 10 pagi itu dibuat oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (PEKIDA) Kota Setar, Badan Generasi Prihatin (BGP), Persatuan Peniaga Kecil Kedah, Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) dan Persatuan Penduduk Jalan Lumpur, Alor Setar. Pengerusi PEKIDA Kota Setar, Mursyid Ariffin, berkata perhimpunan itu merosakkan harta awam dan menyebabkan pergaduhan serta kecederaan dan turut menggangu masyarakat setempat. Beliau berkata, perhimpunan itu bukan saja mencabar kewibawaan polis malah turut meremehkan arahan mahkamah, undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan."Perhimpunan BERSIH dilihat satu cubaan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan cubaan untuk menggulingkan kerajaan dengan cara itu adalah tidak bertamadun," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA |
| Ibu dipenjara sehari, denda RM2,000 kerana mencuri Posted: 08 May 2012 02:28 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri pakaian dan barangan kanak-kanak berjenama bernilai lebih RM1,000 di sebuah pasaraya, seorang ibu dipenjara sehari dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.Majistret Azmil Muntapha Abas turut memerintahkan tertuduh Norlela Osman, 29, dipenjara empat bulan sekiranya dia gagal membayar denda tersebut. Azmil Muntapha ketika membuat keputusan itu berkata, faktor kepentingan awam perlu diambil kira dan rayuan pihak pembelaan termasuk latar belakang tertuduh turut dipertimbangkan sebelum mahkamah menjatuhi hukuman. "Kecurian di pasaraya adalah perkara yang sering berlaku di Kuala Lumpur dan hukuman yang diberikan bukan saja memberi pengajaran kepada tertuduh sebaliknya kepada masyarakat. Alasan tertuduh melakukan kesalahan itu disebabkan kesempitan wang bukan alasan yang munasabah," katanya.Norlela didakwa mencuri 19 helai pakaian kanak-kanak berjenama, tiga botol susu dan barang kanak-kanak yang lain kepunyaan AEON Jusco Wangsa Maju bernilai RM1,017.80 di pasaraya itu di sini antara jam 8.30 malam hingga 9.30 malam pada Sabtu lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda. Peguam Mohammad Arifin Abdul Wahab yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan kerana tertuduh yang tidak bekerja mempunyai tiga anak berusia antara lapan bulan dan lapan tahun dan seorang daripadanya menghidap ketumbuhan di belakang kepala manakala suaminya bekerja sebagai pemandu lori. - BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan