Kosmo Online |
- Jelajah Malaysia: Beberapa jalan di ibu negara ditutup
- Hukuman mati lelaki bunuh kekasih dikekalkan
- Tiga sekeluarga dibawa arus deras, anak hilang
| Jelajah Malaysia: Beberapa jalan di ibu negara ditutup Posted: Jelajah Malaysia: Beberapa jalan di ibu negara ditutup04/05/2012 8:17pm KUALA LUMPUR — Beberapa jalan di ibu negara akan ditutup kepada lalu lintas secara berperingkat pada Selasa dan Ahad depan bagi memberi laluan kepada perlumbaan basikal Jelajah Malaysia. Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd. Noor berkata, peringkat pertama perlumbaan ialah pada Selasa (8 Mei) bermula dari Stadium Merdeka hingga Bulatan Batu Caves. Beliau berkata, Jalan Stadium, Jalan Maharajalela, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching dan Jalan Ipoh hingga Bulatan Batu Caves akan ditutup kepada lalu lintas secara berperingkat antara pukul 9.30 pagi hingga 12 tengah hari. Peringkat kedua perlumbaan ialah pada Ahad (13 Mei) bermula dari Bulatan Batu Caves hingga Dataran Merdeka, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Rusli berkata, peringkat kedua itu akan melibatkan penutupan Jalan Ipoh dari Bulatan Batu Caves, Bulatan Kepong menuju Jalan Ipoh dan Jalan Tuanku Abdul Rahman hingga ke Dataran Merdeka secara berperingkat bermula pukul 12 tengah hari hingga 2 petang. "Penutupan jalan akan dilakukan mengikut pergerakan pelumba dan dibuka semula setelah semua pelumba melalui jalan berkenaan," katanya.— BERNAMA |
| Hukuman mati lelaki bunuh kekasih dikekalkan Posted: Hukuman mati lelaki bunuh kekasih dikekalkan04/05/2012 7:54pm PUTRAJAYA — Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap seorang ejen perkapalan, yang mencekik teman wanitanya dan membakarnya dalam sebuah bilik hotel 10 tahun lepas, setelah wanita itu memintanya supaya menceraikan isterinya. Rusman Sulaiman, 45, kini mempunyai jalan keluar terakhir untuk merayu keampunan daripada Lembaga Pengampunan supaya menukarkan hukuman mati terhadapnya kepada penjara memandangkan rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman mati ditolak sebulat suara oleh panel lima anggota Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria. Bapa dua anak itu didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 Januari 2009 kerana membunuh kekasihnya Sheeren Liao Ee Chian, 36, seorang pegawai perkapalan, di Bilik 321 Hotel Panmour Villa di Leboh Turi, Klang antara 10 pagi dan 11 pada 3 Februari 2002. Dia gagal dalam rayuannya kepada Mahkamah Rayuan. Penghakiman 21 muka surat itu disampaikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Suriyadi Halim Omar yang memutuskan bahawa selepas memberi penilaian yang menyeluruh terhadap keterangan kes, terdapat keterangan ikut keadaan yang sangat besar yang menunjukkan bahawa Rusman melakukan jenayah itu.— BERNAMA |
| Tiga sekeluarga dibawa arus deras, anak hilang Posted: Tiga sekeluarga dibawa arus deras, anak hilang04/05/2012 7:49pm IPOH — Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun hilang manakala ibu bapanya terselamat selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di kawasan perkelahan Sungai Larah, Bukit Berapit dekat Taiping hari ini. Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd. Diah berkata, kanak-kanak yang hilang itu ialah Alif Aiman Zamzuri berasal dari Kampung Teloi Kanan, Kuala Ketil, Kedah. Keluarga berkenaan yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Baling, Kedah dikatakan berhenti di tepi jalan berhampiran kawasan perkelahan itu untuk berehat dan mandi pada pukul 4.15 petang. "Semasa mereka mandi di sungai itu tiba-tiba satu kepala air kuat turun dari arah hulu sungai dan menghanyutkan mereka bertiga," katanya ketika dihubungi hari ini. Yusof berkata, pasangan suami isteri itu berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada sebatang pokok di tepi kawasan perkelahan itu, manakala anak mereka hilang dibawa arus deras. Sehingga petang ini, kanak-kanak itu belum ditemui dan gerakan mencari dan menyelamat dijalankan oleh polis dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.— BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan