Harian Metro: Setempat |
| Posted: 03 May 2012 12:26 PM PDT KOTA BHARU: Seorang pembekal peralatan rawatan mata sebuah hospital sempat melaungkan 'Allahuakbar' ketika diserang ala mafia oleh dua lelaki menembak dan menetaknya di depan sebuah kedai runcit di Taman Perumahan Sentosa Jaya, Kampung Binjai Baru, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Mohd Nasrul Alimi Mohamad, 35, cedera parah di kedua-dua kaki akibat terkena tembakan selain cedera di kepala dan pergelangan tangan kiri akibat ditetak berulang kali menggunakan senjata tajam dipercayai kelewang. Kejadian berlaku di depan kedai runcit hanya kira-kira 300 meter dari rumah mangsa ketika dia baru selesai membeli kad tambah nilai prabayar telefon bimbitnya dan gula-gula. Pemilik kedai runcit itu, Azizah Yusof, 49, berkata sebaik saja Mohd Nasrul Alimi atau mesra dengan panggilan Yo keluar dari kedainya, dia terdengar bunyi letupan seperti mercun.
"Pada masa sama seorang lagi melepaskan satu das tembakan ke udara sebelum kedua-dua mereka melarikan diri dengan kereta jenis Perodua Kelisa," katanya. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
| Laluan keluar ke jalan utama jadi tempat parkir Posted: 03 May 2012 11:51 AM PDT PETALING JAYA: Tindakan pemandu yang meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya di sini, seolah-olah mencabar pihak berkuasa tempatan (PBT) walaupun menyedari bakal dikenakan tindakan. Amaran tunda oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak dihiraukan apabila pemilik meninggalkan kenderaan di situ tanpa memikirkan kesulitan pengguna lain.
Selain menghalang kelancaran lalu lintas, tindakan itu boleh mencetuskan kemalangan yang sepatutnya mempunyai dua lorong menjadi satu lorong gara-gara pemandu menggunakannya untuk meletakkan kenderaan mereka. Penunggang motosikal, Muhammad Hafizee Che Lah, 23, berkata, kehadiran kereta yang diparkir di tepi jalan terbabit menyebabkan ramai yang nyaris terlanggar bahagian belakang kenderaan itu kerana menyangkakan ia bergerak.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan