Harian Metro: Mutakhir |
| Remaja maut dipanah petir ketika memancing di Pantai Teluk Ketapang Posted: 04 May 2012 06:42 AM PDT KUALA TERENGGANU: Seorang remaja maut manakala dua lagi cedera setelah dipanah petir ketika memancing di pantai Teluk Ketapang di sini petang tadi. Mohd Ismuazam Mohd Jaafar, 18, maut di tempat kejadian pukul 5 petang itu sementara Mohd Fairul Azahana Ngah, 26, dan Mohd Erwan Abd Rahman, 18, dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.
Mohd Faiza, 27, abang kepada Mohd Fairul Azahana ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan berkata adiknya keluar rumah kira-kira jam 3 petang untuk memancing di pantai tersebut bersama lima rakannya, bagaimanapun hanya mereka bertiga yang memancing manakala dua lagi rakannya berada di dalam kereta. "Fairul memang biasa memancing tapi kebiasaannya di sekitar pantai Kuala Ibai dekat dengan rumah kami. Ismuazam tidak pernah memancing namun setelah tiba musim memancing dia berminat pula untuk memancing," katanya yang turut merupakan sepupu kepada Ismuazam.
Menurutnya hujan lebat diikuti petir telah menyambar Mohd Ismuazam sebelum terkena dua lagi rakannya menyebabkan Mohd Ismuazam terpelanting dan terus rebah. Mangsa dikejarkan ke hospital oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian. - BERNAMA |
| Polis tahan tiga anggota Geng Bumper Posted: 04 May 2012 01:44 AM PDT KAJANG: Polis menahan tiga anggota 'Geng Bumper' yang dipercayai aktif dalam kegiatan samun dan mencuri kereta mewah sekitar Kajang dan beberapa daerah lain sejak awal tahun lepas. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata kumpulan terbabit dipercayai menggunakan modus operandi dengan melanggar belakang kereta (bumper) sebelum bertindak menyamun dan melarikan kereta mangsa.
Beliau berkata penahanan pertama dilakukan terhadap seorang lelaki tempatan di hadapan kedai Speedmart 99 di Taman Seri Timah, Balakong di sini, kira-kira pukul 3.10 petang semalam. "Polis kemudian merampas sebuah beg sandang, serangkai anak kunci kereta Toyota, Isuzu, Proton serta kereta Honda Civic yang dipandu suspek," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kajang hari ini.
Dengan penahanan tiga lelaki yang berumur antara 20 dan 25 tahun itu, katanya polis percaya dapat menyelesaikan lima kes curi kereta mewah di kawasan Kajang. Beliau berkata polis sedang mengesan saki-baki anggota kumpulan terbabit. Katanya kesemua suspek ditahan reman sehingga Jumaat depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan