Khamis, 3 Mei 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


PDRM rugi RM1.8j akibat rusuhan Bersih 3.0

Posted:

PDRM rugi RM1.8j akibat rusuhan Bersih 3.0

PDRM rugi RM1.8j akibat rusuhan Bersih 3.0

03/05/2012 8:14pm

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kerugian RM1.828 juta akibat kerosakan harta benda dan aset ketika rusuhan pada perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang, di sini Sabtu lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, selain mengalami kerugian fizikal, pihak polis juga terpaksa bersabar dengan maki hamun dan dicederakan oleh peserta perhimpunan tersebut.

"Kos kerugian ini sepatutnya boleh dielak dan digunakan untuk membiayai perkara-perkara yang lebih berfaedah sekiranya perhimpunan haram itu tidak berlaku," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka, sekali gus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.

Sehingga kini, polis telah menahan 513 peserta perhimpunan kerana merusuh pada perhimpunan itu dan memburu 49 lagi.

Mahmood berkata, seramai 14,331 anggota dan pegawai PDRM dari pelbagai jabatan telah bertugas sepanjang perhimpunan itu. – BERNAMA

Garis panduan keselamatan di sekolah dikaji semula

Posted:

Garis panduan keselamatan di sekolah dikaji semula

Garis panduan keselamatan di sekolah dikaji semula

03/05/2012 7:59pm

MUAR – Kementerian Pelajaran akan meneliti semula garis panduan keselamatan sekolah di negara ini dalam usaha memperkukuhkan aspek keselamatan pelajar bukan sahaja di dalam kawasan tetapi juga luar kawasan sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat pasca-Kabinet kementerian semalam dan memutuskan pekeliling keselamatan sedia ada ditambah baik untuk mempertingkat aspek keselamatan pelajar.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata, kes penculikan pelajar warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, pada 27 April ketika dalam perjalanan ke sekolah menyedarkan beliau dan kementerian mengenai aspek keselamatan pelajar bukan sahaja harus dititikberatkan di dalam kawasan sekolah tetapi juga di luar sekolah.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Bola Sepak Berjaya Corp Bhd, 7-Eleven dan Cosway Berhad di Sekolah Menengah Kebangsaan Junid di sini hari ini. – BERNAMA

Satu kematian kes denggi dilaporkan di Pahang

Posted:

Satu kematian kes denggi dilaporkan di Pahang

Satu kematian kes denggi dilaporkan di Pahang

03/05/2012 7:56pm

KUANTAN – Kes denggi di Pahang menurun bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun satu kematian akibat denggi dicatatkan bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang, Datuk Hoh Khai Mun.

"Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 325 kes denggi dicatatkan di seluruh pahang, menunjukkan jumlah berkurangan 26 peratus berbanding tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian edaran tong sisa mudah alih di balai raya Perumahan Murah Semambu, di sini, hari ini.

Khai Mun berkata, satu kematian akibat denggi dilaporkan dua minggu lepas melibatkan seorang wanita berusia 30-an di bandar Kuantan.

"Punca nyamuk aedes yang membawa penyakit demam denggi ini adalah daripada perbuatan pembuangan sampah secara haram, diharap menerusi pengedaran tong sisa mudah alih di kawasan perumahan ini akan dapat menangani masalah tersebut, sekali gus dapat membendung pembiakan nyamuk aedes," katanya. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan