MukaDepan
Ketua Pembangkang akui lebih mempercayai Kit Siang, tak kisah dipergunakanIPOH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau rela menjadi kuda tunggangan DAP jika tindakan itu membolehkan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Katanya, beliau lebih mempercayai pemimpin DAP dan mendengar nasihat mereka berbanding mana-mana pemimpin dalam UMNO.
"Dalam Perhimpunan Agung UMNO, Najib (Perdana Menteri) kata Anwar ini bahaya kerana jika dia menjadi Perdana Menteri, dia akan dipergunakan oleh DAP, oleh orang Cina. "Ada saya kisah? Saya tidak kisah jika terima nasihat dan pandangan daripada Lim Kit Siang (Penasihat DAP) kerana saya lebih yakin dan percaya dengan beliau daripada UMNO... saya tidak bersikap apologetik (tidak akan menyesali mengenai perkara itu).
"You can quote me on this (Awak boleh petik kata-kata saya) dan jadikan ia sebagai headlines (berita utama) esok," katanya merujuk kepada pemberita yang hadir pada ceramah perdana sempena Konvensyen Pakatan Pembangkang Perak di sini, malam kelmarin.
Turut menyampaikan ceramah adalah Kit Siang, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming serta Setiausaha pakatan pembangkang Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik.
Kira-kira 3,000 penyokong pembangkang menghadiri majlis ceramah itu yang diadakan di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Perak dengan majoritinya terdiri daripada ahli PAS dan DAP.
Konvensyen sehari itu turut mengemukakan lima resolusi dan empat ketetapan yang antara lain menyatakan komitmen untuk merampas kembali Perak pada PRU-13.
Anwar juga mendakwa UMNO kini sudah tidak lagi memainkan sebarang isu, sebaliknya menggunakan taktik bagi menimbulkan kebencian rakyat terhadap pembangkang.
Katanya, beliau lebih banyak menumpukan serangan terhadap UMNO kerana mendakwa hanya parti itu yang masih ada kuasa dan sokongan berbanding parti komponen Barisan Nasional (BN) lain.
"Orang tanya kenapa tidak sebut MCA? Saya tidak menyebut MCA, MIC, GERAKAN, sebab parti itu sudah tidak relevan lagi," katanya.
Beliau juga memuji golongan muda yang terbabit dalam perhimpunan BERSIH 3.0 kerana tidak lagi takut terhadap pihak berkuasa, sebaliknya berani tampil untuk menuntut kebebasan dan hak bersuara.
"Kalau dulu bila ada orang ambil gambar peserta perhimpunan, masing-masing tunduk dan cepat-cepat tutup muka... tetapi anak muda sekarang lebih berani bila ada helikopter dan paraglider polis ambil gambar mereka... mereka tidak kisah pun," katanya.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai komen
mannerohardy
bangsa sendiri bergaduh dengan bangsa sendiri ...d akhir zaman mmg macam tu dan ini la salah satu tanda kiamat kecil ...
bercerai berai akan menjadikan kita hancur..
bersatu kita maju berpecah kita rebah lepas tu org luar akan masuk dan tindas kita semua....
salih
Subhanallah,org islam/melayu prlu brsatu utk kalahkn PR....
marag prapu
kesian dengan peniaga,mereka nak cari rezeki yang halal tapi terpaksa tutup kedai angkara BERSIH,betul-betul menyusahkan orang...
Ab.Razak Hasan
kepada anak-anak muda rakyat Malaysia, guna akal yang waras dalam membuat sesuatu tindakan. Jika tindakan kita boleh menimbulkan sesuatu yang tidak baik, hentikanlah. sayngi negara kita dengan sebaik mungkin. Kesilapan dalam membuat pertimbangan membolehkan negara kita dikuasai semula oleh negara-negara yang sememangnya anti kepada kemajuan negara kita. Sayangi nagara, bangsa bermaknna kita sayangi diri kita sendiri.
kuhilmy
Inilah bila manusia dah tamak kuasa... tapi yang lebih penting insan lain terutama orang Melayu sendiri yang tidak terbuka minda mereka untuk berfikir secara lebih rasional bukan sekadar jadi pak turut. Allah memberi kita akal untuk menentukan buruk baiknya... gunakannya sebaik yang mungkin. Masih ramai yang boleh dipercayai misalnya Dr Hassan Ali atau orang lain yang lebih berkecuali.. Fikirlah wahai umat Melayu.
shah
Terdesak sungguh Anwar ni...sanggup buat apa sahaja asalkan dia dapat jadi PM
adam
bersifat seperti lalang. kenapa perlu harapkan DAP untuk kepentingan sempit anda. bukankah rakyat yang ada kuasa menentukan sesebuah kerajaan. PKR pun tak relevan sebab anda mengharapkan parti lain dari parti sendiri. anda betul2 hanya lalang.
senyum
kecewa dengan bangsa sendiri sbb bangsa sendiri lebih percayakan bangsa lain..semoge Allah swt sentiasa melindungi kite semua dari manusia yang lupe akannya...
Ruslin62
Janganlah nanti orang melayu di malaysia akan jadi sperti orang melayu disingapura
aku ahmad
hanya dengan satu hati tumbangkan pr di selangor, kelantan, pulau pinang dan kedah mampu menyelamatkan malaysia...
HJ SHARI
Menang bersorak-sorak, semua yang lain sanggup tergadai?..Puashati...
Tibai dari nilai
Macam ni punya pemimpin, ranaplah bangsa, hancurlah negara, tercemarlah kesucian Islam. Mari Tolak Manusia berbinkan ibrahim ni.
uji
sapa kata tak tutup muka, penyerang BERSIH 3.0 yang mengganas meroboh kan pagar Dataran Merdeka menutup muka mereka dengan kain dan hanya mata yang kelihatan. Ramai lagi ahli BERSIH 3.0 Yg berbuat sedemikian. jgn tpu allah nampak
DINO
Pengakuan dan ketetapan telah dibuat oleh Pak Anuar Ibrahim maka umat Melayu Islam dan rakyat Malaysia harus diingat sampai bila bila.Jangan sekali menyokong dan mengundi Pembangkang dalam PRU ke 13 nanti.
ruslin busu
Janganlah jadi seperti singapura bagamana nasib orang melayu sekarang fikir2kanlah.
Faizal
hmmm... entahlah apa nak jadi...
mr sempoi
apabila orang melayu/Islam tidak bersatu, pihak lain akan tersenyum dan mengambil kesempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan