Khamis, 3 Mei 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Malaysia alami kekalahan keempat dalam pusingan kelayakan Olimpik

Posted: 03 May 2012 05:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita negara mengalami kekalahan berterusan pada pusingan kelayakan Olimpik apabila tunduk 2-3 kepada Austria pada perlawanan 'round-robin' akhir di Kakamigahara, Jepun, hari ini.

Austria membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi pukulan sudut penalti oleh Alexandra Sandner sebelum Malaysia menyamakan kedudukan menerusi jaringan Norbaini Hashim pada minit ke-20.

Siti Rahmah Othman meletakan Malaysia 2-1 pada separuh masa menerusi jaringan pada minit ke-27.

Austria bangkit semula pada babak kedua perlawanan dengan menyamakan kedudukan pada minit ke-53 menerusi Larta Maginja sebelum Sandner muncul wira dengan gol kemenangan pada minit ke-67.


Kejayaan tipis itu merupakan kemenangan pertama bagi Austria selepas lima perlawanan dan menduduki tangga kelima dalam saingan enam pasukan dengan mengumpul tiga mata.


Malaysia, yang gagal layak ke Sukan Olimpik London, Julai ini, tercorot dalam senarai pasukan dengan mengutip satu mata, hasil keputusan seri 2-2 dengan Belarus sebelum ini.

Bagaimanapun, Malaysia mempunyai peluang untuk menebus kekecewaan dengan Austria apabila kedua-dua pasukan itu bertemu sekali lagi pada perlawanan menentukan tempat kelima, Sabtu ini.

Dalam saingan kelayakan Olimpik, Malaysia mengalami kekalahan di tangan pasukan Azerbaijan 0-4, Jepun (0-8), Chile (1-2) dan 2-3 kepada Austria. - BERNAMA


Polis buru penculik Nayati: Mohmad

Posted: 03 May 2012 03:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis kini memburu penculik Nayati Shamelin Moodliar selepas kanak-kanak warga Belanda itu selamat ditemui di Sungai Buloh hari ini, seminggu selepas diculik semasa perjalanan ke sekolahnya di Mont Kiara di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata sehingga kini belum ada tangkapan dibuat.

"Jika sabit kesalahan (mengikut seksyen 3 Akta Culik) boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nayati, 12, ditemui selamat di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan (Plus), di sini pada pukul 7.55 pagi ini setelah dilapor hilang Jumaat lepas.


Nayati, yang dilapor dilarikan dua lelaki berhampiran Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara ketika berjalan berseorangan ke sekolahnya Jumaat lepas, kini berada di pangkuan ibu bapanya.


Mohmad berkata wang tebusan telah dibayar kepada sekumpulan penculik pada tengah hari semalam di Cheras sebelum keluarga Nayati menerima panggilan daripada satu nombor telefon bimbit untuk mengambil anak mereka di Sungai Buloh, hari ini. - BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan