Kosmo Online - Negara |
- Perompak ditinggal rakan dicekup
- Air kencing Saiful Apek, tiga rakan ada kandungan dadah
- Perhimpunan UMNO pamer kekuatan
| Perompak ditinggal rakan dicekup Posted: Perompak ditinggal rakan dicekupOleh ROSLI HASSAN
ALOR GAJAH – Tiga penjenayah bukan saja tersilap sasaran memilih rumah untuk dirompak malah terpaksa lari bertempiran apabila ditembak tuan rumah sebelum sempat menggeledah rumah tersebut. Lebih malang, dua daripada mereka cedera ditembak pemilik rumah itu dengan seorang daripada mereka berjaya diberkas. Suspek itu diberkas ketika mengerang kesakitan di kawasan lapang tidak jauh dari rumah mangsa selepas ditinggal rakan-rakannya. Sebelum itu, tiga penjenayah Indonesia itu menceroboh rumah seorang petani, Mohd. Shamir Fauzi, 28, di Pantai Belimbing, Durian Tunggal di sini. Sebelum kejadian pukul 4 pagi, Shamir berkata, dia bersama isterinya, Azarita Abd. Rahim, 28, serta anak mereka, Mohamad Reza Fauzi, 4, berada di dalam bilik. Turut berada di rumah itu, ibu Shamir, Nory Md. Noor, 58, yang tidur di bilik lain. "Isteri saya ketika itu tidak tidur kerana Reza meragam. "Saya yang tidur kemudian dikejutkan Azarita apabila dia terdengar bunyi tombol pintu yang dikunci cuba dipusing selain nampak bayang-bayang melalui bawah pintu bilik," cerita Shamir ketika ditemui di rumahnya itu. Kata petani itu yang telah mendiami rumah tersebut sejak 21 tahun lalu, dia kemudian mengambil senapang patah dalam bilik tidurnya lalu mengisi dua butir peluru sebelum membuka pintu bilik tersebut. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
| Air kencing Saiful Apek, tiga rakan ada kandungan dadah Posted: Air kencing Saiful Apek, tiga rakan ada kandungan dadah
PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini diberitahu bahawa bacaan ujian pengesanan kanabis terhadap air kencing pelakon komedi Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek dan tiga rakannya adalah melebihi takat pengesanan dadah. Rozita Abdullah, 41, pegawai Sains Jabatan Patologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang berkata, keputusan bacaan ujian itu diketahui selepas ujian pengesanan kanabis dibuat terhadap sampel air kencing empat tertuduh itu pada 22 Jun 2010. "Begitu juga dengan ujian saringan dadah yang dilakukan ke atas kesemua tertuduh, keputusan kesemua bacaan air kencing melebihi takat yang diperlukan," kata beliau ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad semasa pemeriksaan utama. Pada 1 November 2011, Saiful Apek, 42, dan tiga rakannya iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24; dan Noremy Mohamad, 28, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah kanabis ke dalam badan mereka. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
| Perhimpunan UMNO pamer kekuatan Posted: Perhimpunan UMNO pamer kekuatanOleh JUNHAIRI ALYASA ![]() BERSATU... Najib, Muhyiddin dan Dr. Mahathir bersama para pemimpin UMNO mengibarkan bendera Sang Saka Bangsa di Kuala Lumpur malam tadi. KUALA LUMPUR - Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi dilanda 'gelombang merah' yang menyaksikan lebih 100,000 anggota UMNO berpakaian merah berhimpun bagi meraikan sambutan ulang tahun UMNO ke-66. Ketibaan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut meriah oleh hadirin sambil diiringi Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Turut hadir, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, semua naib presiden, ahli majlis tertinggi dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN). Acara yang bertemakan Pembela Rakyat itu turut diserikan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali. Najib dalam ucapannya pada perhimpunan itu menggariskan tujuh perkara penting bagi rakyat membuat pemilihan antara BN dan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Perkara pertama adalah jasa dan pengorbanan UMNO kepada bangsa dan negara sehingga berjaya menunaikan segala janji yang dibuat. "Antara BN dan pembangkang, mana satu yang boleh dipercayai dan mampu menunaikan janji-janji, siapa beri BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), baucar untuk siswa, bantuan untuk pelajar sekolah, bantuan peneroka Felda, siapa beri KR1M (Kedai Rakyat 1Malaysia), Klinik 1Malaysia. "Pembangkang pula, siapa yang buat janji di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, siapa gagal urus air dan siapa gagal tunai segala janji mereka," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
| You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan