Berita Harian: Nasional |
| ‘DAP, Karpal tak perlu tamak kuasa’ Posted: 11 May 2012 04:31 PM PDT Nasional PAS tetap laksana undang-undang Islam tanpa rakan pakatan sedia adaKUALA LUMPUR: DAP dan Karpal Singh ditegur supaya tidak terlalu tamakkan kuasa dalam memutuskan sebarang isu membabitkan pakatan pembangkang, sebaliknya perlu menghormati pendirian PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini. Teguran dibuat Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib susulan kenyataan Pengerusi DAP itu bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tidak berhak bercakap mewakili pakatan pembangkang mengenai hukum hudud jika pembangkang memerintah negara. Harun berkata, selama ini, kerjasama PAS dengan DAP dalam pakatan pembangkang adalah atas nama parti, bukan Karpal Singh."Hadi adalah pemimpin tinggi PAS yang juga sebahagian pakatan pembangkang, jadi kenapa pula beliau tidak boleh bercakap bagi pihak pembangkang," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Akhbar sebelum ini melaporkan Hadi sebagai berkata: "Jika pakatan pembangkang memerintah negara, hukum hudud hanya akan dilaksanakan apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, serta penetapan gaji minimum dilaksanakan." Harun berkata, PAS akan tetap melaksanakan Islam sebagai addin kerana ia bukan saja meliputi aspek undang-undang, tetapi juga ekonomi, sosial dan pendidikan. "Jika cukup majoriti (penguasaan kerusi), jika PAS lebih kuat berbanding rakan lain nanti, kita akan laksanakan (hudud dan pinda Perlembagaan)," katanya. Harun berkata, secara umumnya, majoriti intelektual bukan Islam tidak takut pada hukum hudud, kecuali individu tidak bermoral yang pernah mencuri dan melakukan kesalahan lain. Sambil menganggap kenyataan Karpal tidak akan memberi kesan kepada PAS, beliau berkata parti yang memperjuangkan Islam itu tidak akan berganjak daripada pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud. EXCO PAS Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, berkata Karpal tidak perlu campur tangan dalam hal membabitkan hukum Islam kerana PAS sendiri tidak pernah campur tangan dalam hal agama orang lain. "Kalau orang Cina cakap pasal agama dia, kita tak pernah campur tangan dengan apa yang mereka nak buat, jadi bila kita cakap pasal Islam, hudud, mereka tidak patut ambil tahu, sebab ini hukum kita, agama kita dan kita mahu laksanakan," katanya. Pendakwah dan ahli PAS, Datuk Ismail Kamus menyifatkan Karpal seorang pemimpin yang keras hati dan sengaja bertindak seolah-olah tidak memahami konsep pelaksanaan hukum hudud. "Dia bukan tidak tahu hukum hudud memberi keadilan kepada semua pihak, tapi sengaja buat tidak faham. Begitu juga ada pemimpin PAS sendiri yang tidak senang dengan pelaksanaan ini," katanya. |
| Posted: 11 May 2012 04:29 PM PDT Nasional FERNANDEZ memasuki bangunan SPRM jam 9.30 pagi ditemani peguam Fadiah Nadwa Fikri berkaitan laporan dalam Jakarta Post, semalam. PUTRAJAYA: Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez semalam memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kenyataannya dalam satu temu ramah dengan sebuah akhbar Indonesia, Isnin lalu. Fernandez, 66, yang berkerusi roda, memasuki Bangunan SPRM kira-kira jam 9.30 pagi ditemani peguam Fadiah Nadwa Fikri dan beberapa individu lain serta dilihat keluar pada jam 12 tengah hari. Ketika ditemui, Fernandez berkata, beliau hadir selepas menerima sepucuk surat daripada SPRM, kelmarin yang meminta berbuat demikian."Tujuan saya ke sini sangat jelas, iaitu memberi maklumat dan menjelaskan mengenai temu bual dengan akhbar Jakarta Post, baru-baru ini. "Bagaimanapun, apabila saya datang, mereka (SPRM) kata ada tiga peringkat iaitu sesi temu bual, membuat laporan dan menyoal saya, tetapi saya maklumkan kepada pegawai berkenaan, saya datang hanya untuk memberikan maklumat dan ditemu bual SPRM serta dan saya tidak mahu membuat laporan atau disoal siasat. "Selepas merujuk kepada pihak atasan, pegawai berkenaan kemudian bersetuju untuk hanya menemubual saya dan saya memberikan maklumat yang ada," katanya.
Dalam temu bual berbentuk soal jawab disiarkan The Jakarta Post, Isnin lalu, beliau turut mendakwa Kerajaan Malaysia tidak mempunyai rangka kerja mahupun undang-undang khusus untuk melindungi pekerja asing, malah turut mengamalkan diskriminasi terhadap pembantu rumah dan pekerja ladang kerana kedua-duanya tidak termasuk di bawah dasar kadar gaji minimum sektor swasta. Bagaimanapun, Fernandez menafikan beberapa bahagian laporan disiarkan The Jakarta Post dan mendakwa beliau sudah mengarahkan akhbar itu untuk membetulkannya. Berikutan kenyataannya itu, pelbagai pihak seperti Persatuan Majikan Amah Malaysia, Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA), Biro Pengaduan Awam MCA dan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan