Jumaat, 11 Mei 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Karpal bidas Hadi

Posted: 10 May 2012 12:15 PM PDT

MukaDepan

DAP anggap PAS tiada hak cakap bagi pihak pakatan pembangkang isu hudud

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tidak berhak bercakap bagi pihak pakatan pembangkang dengan menyatakan pembangkang akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah negara.

Pengerusi DAP, Karpal Singh juga berkata, Hadi memang selalu berdolak-dalik dengan membuat kenyataan retorik tanpa sebarang justifikasi.

Saya berharap Hadi berhenti daripada membuat kenyataan yang akan menjejaskan prospek pakatan untuk membentuk kerajaan dan memenangi lebih daripada lima negeri yang dimenangi pada pilihan raya lalu. - Karpal Singh, Pengerusi DAP

"Adalah dikesali, Hadi kebelakangan ini membuat kenyataan yang kemudian ditarik balik. Baru-baru ini, beliau berkata Perlembagaan Persekutuan akan dipinda untuk menggantikan Islam sebagai agama rasmi dengan Addin, walaupun Perlembagaan secara khusus memasukkan Islam sebagai agama rasmi.

"Kemudian beliau menyatakan tidak membuat cadangan sedemikian. Saya berharap Hadi berhenti daripada membuat kenyataan yang akan menjejaskan prospek pakatan untuk membentuk kerajaan dan memenangi lebih daripada lima negeri yang dimenangi pada pilihan raya lalu," katanya dalam kenyataan akhbar, semalam.

Karpal juga mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Akhbar semalam melaporkan Hadi sebagai berkata jika pakatan pembangkang memerintah negara, hukum hudud hanya akan dilaksanakan apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, serta penetapan gaji minimum dilaksanakan.
Beliau juga mendakwa ia sudah dibincangkan dengan DAP dan PAS tetap akan melaksanakannya walaupun tidak dipersetujui oleh sekutunya itu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika diminta mengulas, berkata Karpal tidak perlu campur tangan dan bimbang kerana undang-undang hudud tidak membabitkan bukan Islam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang tidak bersetuju dengan kenyataan Hadi mengenai masalah pengangguran dan kemiskinan di Malaysia.

Beliau berkata, masalah pengangguran dan kemiskinan tidak ada kaitan untuk menangguhkan hukum hudud kerana rakyat tidak menghadapi kebuluran sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencuri untuk hidup kerana sumber rezeki amat luas di Malaysia.

Katanya, kebanyakan kes mencuri di Malaysia berlaku atas keinginan pelaku untuk hidup mewah dan mengikut nafsu, manakala kebanyakan masalah pengangguran berpunca daripada sikap malas berusaha dan memilih kerja.

"Tidak ada halangan untuk PAS melaksanakan hukum hudud. Dalam soal ini, tidak perlu berdolak-dalih, seolah-olah sengaja hendak meraih undi," katanya.

Seorang lagi pengamal undang-undang syariah, Mohamad Isa Abd Ralip, menyifatkan kenyataan Hadi tidak berasas sama sekali kerana Malaysia negara yang makmur sehingga dijadikan lubuk emas oleh ramai pendatang asing.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

qistina

adus.. camne nak memerintah malaysia ni.. blom pape lg dah kacau bilau parti pembangkang ni..

shahz

ni la masalah org2 yg mementingkan diri sendri....ckp nk popular...baik buruk no 10...janji org sokong...

hassan kling

apa nak jadi dengan parti pembangkang. tak habis-habis dengan isu yang mereka tonjolkan sendiri. macam tu nak jadi parti memerintah kerajaan.

snon

shawal, mmg semua yg atas tu berilmu..tpi yg undi ni dibawah x semuanya berilmu. fikir-fikirkanlah.

ariff

Ayer dan minyak tak akan bercampor, fikir2 kan lah...

roslan abdul rashid

kenyataan tak masuk akal..

almalkepot

hukum hudud ni berdiri dengan sendirinya dalam diri org2 mukmin bila iman tlh sempurna ( yakin yg betul kpd allah mengikut cara yg dikehendaki oleh nabi saw dan ttlh dibuktikan oleh para sahabat raanhum.apabila takwa ( takut hanya pd allah) dengan sendirinya manusia tak akan langgar perintah allah oleh sebab itu manusia tak perlu susah2kan kepala untuk create undang dan peraturan sebab allah telah sempurnakan undang dan peraturan keseluruhan hamba dia manusia,jin,haiwan,malaikat untuk di ikuti,balasn akan ditentukan dimahkamah allah kelak.

sya

betul tu..belum memerintah dh huru hara. klu memerintah..terus porak peranda negara

Ali Taib

Jangan syok sendiri berangan-angan untuk membuat itu dan ini, masa dapat kuasa di Terengganu dulu tiada apa pembaharuan yang dapat dibuat dalam tempoh pemerintahan. tunjukkan satu contoh (model) di Kelantan yang telah dikuasai sekian lama, itulah lokasi paling baik dan tempat untuk pas buktikan bahawa hukum hudud itu releven.

mat

Fikir dan terus berfikir. Sepatutnya melayu kena bersatu kerana permikiran kita sama semuanya sama 1bangsa 1agama.

akid Syahmi

ntah la labuuuuuuuuuu......

Marcello De Ju

Dengan kenyataan sebegini maka ternyata lah bahawa Parti Pembangkang tidak boleh di percayai langsung...Maka seluruh rakyat Malaysia Bangun dan Sedarlah bahawa tidak ada lain Parti yang mampu Menerajui Malaysia yang benar-benar tulus serta ikhlas dalam membawa Negara ini ke mercu tanda kejayaan sebagai sebuah negara yang gemilang

cactus

aku lebih suka kalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat...biar PAS berdiri dengan sendiri...

aiman.adnan

habis pilihnraya hilang perkataan hudud..bila nak dekat pilihan raya dengar balik hudud..memang bangsa jual agama..nak buat hudud buat aja la..jihad..

tarmimiz

bile nak dilaksanakan? jgn ikut Karpal tuh.. ikut dewan ulama dan majlis syura PAS..! ingat janji PAS 10 tahun lepas.. utk laksanakan HUKUM HUDUD.. Aku masih ingat sampai sekarang!!!

Anak Kapal

Wahai Rakyat Malaysia, terutama penyokong PAKATAN RAKYAT. Dah ternyata dihadapan mata mu tingkah laku pemimpin yg kamu sokong. Maseh buta kah pandangan mu? Maseh kah kamu dibuai mimpi2 indah mereka? Benar kata2 annacomel.Shawaluddin, itu lah tujuan mereka utk kompius kan rakyat agar senang di"jajah"....Ish.. tak sanggop ku melihat anak2 dan keturunan ku di jajah oleh mereka2 yg membelakangkan dan mempermainkan agama ku ISLAM....smileyzzzzz.

aween

btol tu....dh cm menggunakan agama untuk menang n memerintah...tp x btol gak... hmmm

meeziara@yahoo.com

hai camno le pembangkang ni takde kata sepakat lansung, baruje hj.hadi nak wat kenyataan sikit dah disanggah dek karpal

azzam

ntah le blh ka pr bkerjasama klu mcm ni cara mrk

Nazri

Setiap orang ada sudut pandangan masing-masing. Meja bulat adalah lebih sesuai dari masing-masing memberi pendapat

ayob ahmad

tak perlu berangan2 lagi...buat lah kat negeri yg diperintah olih pas 100% kelantan dan kedah.

Ini lah jadinya jika hukum hudud dijadikan modal politik, sedangkan PAS tahu DAP tidak akan bersetuju dengan cadangan mereka.

Pejuang Islam

Hudud bukan keutamaan semasa umat Islam & sepatutnya tak jadi isu yg merosakkan perpaduan umat Islam.

annacomel

belum memerintah lagi dah tak sependapat...itu belum lagi pendapat dari PKR...TERBUKTI pembangkang tidak boleh memerintah negara... hancurrr...

Yangretibase

Saya merayu TG Haji Hadi yang sangat saya hormati supaya muhasah diri banyak-banyak.
Cukup-cukuplah mengeluarkan kenyataan yang kluk-klek. Kalau pendirian tak tegas, lebih baik diam. Kita ni nak menang. Janganlah kerana sikap kita yang lemah itu, kita akan kalah.
Sebenarnya, Haji Hadi tidak perlu rasa tersalah cakap untuk meminda Perlembagaan untuk menjadikan Malaysia negara Islam yang sempurna, kerana Perlembagaan wajib dipinda. Kalau tidak, masih kekal sekularlah Malaysia.
Pohon maaf.

shawaluddin saidon

ntah la...aku pun kompius...yg berckp tu semuanya org yg berilmu....


Sultan Johor murka

Posted: 10 May 2012 12:11 PM PDT

MukaDepan

Sultan Ibrahim Iskandar

Sultan Ibrahim Iskandar

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar murka dengan kejadian pergaduhan empat warga asing yang bekerja di Singapura dengan pengawal peribadi rombongan Diraja Johor di Pulau Rawa, dekat Mersing, malam Jumaat lalu.

Baginda juga kesal dengan laporan akhbar The Straits Times di Singapura yang membesar-besarkan kejadian itu dengan menyiarkan laporan tidak tepat.

"Saya marah... sepatutnya insiden ini tak berlaku. Mereka dalam keadaan mabuk dan membuat kacau mengganggu pengunjung lain di pulau itu.

Saya maafkan mereka dan lupakan perkara ini. Saya mengalu-alukan mereka bercuti dan menikmati keindahan pulau di negeri ini, tetapi jaga perlakuan. - Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor

"Saya minta semua pihak tidak memperbesarkan cerita ini. Jika diambil kira, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang pada hari kejadian, tetapi saya nasihatkan supaya mereka pulang.

"Apa yang dilaporkan media asing itu tidak benar, sebaliknya mereka yang mabuk pada hari itu melakukan kekacauan terhadap pelancong lain, termasuk menceroboh bot peribadi saya dan berkelakuan biadab terhadap pengawal peribadi adalah punca sebenar," titah baginda dalam pertemuan dengan media, di Istana Pelangi, di sini, semalam.

Baginda bertitah demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam mengenai kejadian yang membabitkan warga British, Perancis dan Jerman itu. Sebelum itu, The Straits Times melaporkan mereka mendakwa cedera selepas bergelut dengan pengawal peribadi kerabat diraja Johor.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda difahamkan mereka tiba di pusat peranginan itu kira-kira jam 11 malam sebelum mabuk dan mengganggu tetamu diraja yang mengadakan majlis dan menginap di pusat peranginan bersebelahan.
Ada antara pelancong terbabit bersikap biadap dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada keluarga dan tetamu diraja sehingga mencetuskan ketegangan dan terjadi pergaduhan.

Bagaimanapun, Sultan Ibrahim bertitah, baginda memaafkan serta mengalu-alukan kedatangan mereka bercuti serta melancong di Johor pada masa depan.

"Saya maafkan mereka dan lupakan perkara ini. Saya mengalu-alukan mereka bercuti dan menikmati keindahan pulau di negeri ini, tetapi jaga perlakuan. Di Johor, banyak pulau yang cantik dan indah serta terkenal di kalangan pelancong. Saya alu-alukan pelancong asing menikmati keindahan di sini, tetapi dengan menjaga tingkah laku dan menghormati undang-undang negara.

"Jangan dengan insiden yang berlaku hanya disebabkan satu dua pelancong asing yang tidak menjaga perangai, negeri ini digambarkan tidak selamat. Pada hari kejadian, doktor peribadi istana turut memberi pertolongan membantu seorang daripada mereka yang tercedera akibat terpijak terumbu karang," titah baginda.

Sultan Ibrahim juga bertitah, ketika kejadian, baginda sudah meninggalkan pulau itu selepas menyertai program menyelam selama tiga hari di situ. Selain itu, kapten bot peribadi baginda dititah membuat laporan dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata polis menerima sembilan laporan berkaitan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 452 Kanun Keseksaan.

"Satu pasukan khas ditubuhkan untuk menjalankan siasatan. Kita belum menerima laporan lain, termasuk daripada mangsa atau pihak berkaitan. Sembilan saksi sudah dirakam percakapan mereka bagi membantu siasatan," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan