Khamis, 10 Mei 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Laporan akhbar Singapura tak tepat

Posted:

Laporan akhbar Singapura tak tepat

Laporan akhbar Singapura tak tepat

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

SULTAN IBRAHIM pada sidang akhbar di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah bahawa laporan yang disiarkan oleh akhbar Singapura mengenai insiden empat ekspatriat negara itu yang didakwa dibelasah di Pulau Rawa di perairan Mersing Sabtu lepas adalah tidak benar.

Menurut baginda, ekspatriat terbabit yang mabuk sebenarnya telah menceroboh bot peribadi baginda dan menyerang kru bot berkenaan.

"Saya marah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Mereka (ekspatriat) yang dalam keadaan mabuk mengganggu tetamu lain pada pukul tiga empat pagi dan turut menceroboh bot peribadi saya serta menyerang kru saya," titah baginda kepada wartawan di Istana Pasir Pelangi di sini semalam.

Titah Sultan Johor, ketika kejadian, baginda dan keluarga sedang mengadakan ekspedisi menyelam selama tiga hari di pulau peranginan terbabit.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tun Mahathir tokoh automotif

Posted:

Tun Mahathir tokoh automotif

Tun Mahathir tokoh automotif

KUANTAN - Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) yang menjadi tokoh penggerak industri permotoran Malaysia sehingga berjaya menghasilkan kereta nasional Proton sejak 1985 hingga kini akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Automotif daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Penganugerahan akan disempurnakan Canselor UMP, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada majlis Konvokesyen Khas UMP pada 17 Mei ini di UMP Kampus Gambang di sini.

Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, anugerah itu sebagai menghargai jasa Dr. Mahathir atas sumbangan dan usaha berterusan bekas perdana menteri itu dalam pembangunan industri automotif negara.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Restoran guna sos babi diserbu

Posted:

Restoran guna sos babi diserbu

Restoran guna sos babi diserbu

Oleh SOPI SAMAILE
berita@kosmo.com.my


SEORANG penguat kuasa JAIS melihat menu makanan yang dijual di sebuah restoran menggunakan logo halal swasta di Kuching semalam.


KUCHING – Sebuah premis makanan di pusat beli-belah The Hills di sini diserbu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana menggunakan logo halal tidak sah yang dikeluarkan pihak swasta.

Premis makanan itu juga didapati menggunakan sos tomato yang disahkan tidak halal selepas ujian oleh Jabatan Kimia sebelum ini mendapati ia mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Kuala Lumpur, Azizan Shaari berkata, pemeriksaan dilakukan selepas mendapat maklumat daripada orang awam yang meragui logo halal di premis terbabit.

"Justeru, kita telah memberi amaran kepada pengusaha restoran itu dan memberi peluang untuk mereka memohon logo halal yang sah dikeluarkan oleh Jakim atau JAIS.

"Jika pemeriksaan seterusnya mendapati mereka masih menggunakan logo yang sama, tindakan akan diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan denda RM200,000 bagi kesalahan pertama manakala RM500,000 untuk kesalahan kedua," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan