Berita Harian: MukaDepan |
| Posted: 09 May 2012 04:05 PM PDT MukaDepan Datuk Seri Hadi Awang KUALA BERANG: PAS terus berdalih mengenai isu hukum hudud apabila membuat ketetapan tidak akan melaksanakan dasar itu jika pakatan pembangkang memerintah negara. Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang, sebaliknya berkata hukum hudud hanya akan dilaksanakan apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, manakala penetapan gaji minimum dilaksanakan. Beliau berkata, keutamaan diberi terhadap penyelesaian tiga isu yang dianggap lebih penting sebelum hukum hudud boleh dilaksanakan."Kita selesai masalah membasmi kemiskinan, pengangguran. Hukum hudud tak boleh dilaksanakan kalau gaji minimum tidak dilaksanakan, itu syarat dia. Kalau dia mencuri kerana tak cukup gaji, kita tak boleh laksanakan hudud kerana tak cukup syaratnya. "Masalah pengangguran terlebih dulu diselesaikan, baru hudud akan dilaksanakan," katanya selepas ceramah Pra-pembubaran Parlimen di Taman Sungai Bajar, di sini, malam kelmarin. Ketika ditanya sama ada DAP akan bersetuju dengan PAS untuk melaksanakan hukum hudud, Abdul Hadi berkata, perkara itu sudah dibincangkan dan PAS tetap akan melaksanakannya walaupun tidak dipersetujui oleh DAP. |
| DAP tak sambung khidmat senator Tunku Aziz Posted: 09 May 2012 04:01 PM PDT MukaDepan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim Ahli Dewan Negara itu berkata, dalam pertemuannya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, baru-baru ini beliau bersetuju menyambung semula perkhidmatan itu, tetapi bertukar sebaliknya selepas kenyataan itu. Tunku Abdul Aziz berkata, beliau tidak akan menarik balik kenyataan berkenaan atau memohon maaf dan tetap dengan pendiriannya. "Saya bukan menolak perhimpunan itu, tetapi tidak bersetuju jika kita melanggar undang-undang.Selepas kenyataan itu, DAP berasakan saya buat salah dan memalukan parti. "Justeru, saya memberi mereka pilihan sama untuk melantik saya atau tidak dan jika mereka was-was, saya akan berundur. Saya tidak mahu jika orang tidak mahu saya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam. Tempoh Tunku Abdul Aziz sebagai Ahli Dewan Negara akan berakhir pada 30 Mei ini selepas dilantik pada 2009. Beliau menyertai DAP pada Ogos 2008.
Diminta mengulas hubungannya dengan pemimpin DAP, Tunku Abdul Aziz berkata, beliau masih bersama parti tetapi menegaskan semua pihak perlu meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan. "Saya belum sampai mahu keluar parti. Setiap kita pasti memiliki pandangan yang berbeza dan saya seorang yang terbuka. Walaupun saya bersama parti, jika saya tidak bersetuju dengan sesuatu perkara, saya tidak mahu berdiam. Saya ada pandangan sendiri," katanya. Tunku Abdul Aziz juga berkata, walaupun tidak dilantik sebagai Senator, beliau tetap akan berkhidmat untuk rakyat dan matlamat utamanya adalah untuk mengintegrasikan rakyat pelbagai kaum di negara ini. "Negara ini berbeza dengan negara lain. Kita negara berbilang bangsa dan budaya. Kita harus mencari jalan untuk menyatukan semua bangsa dan berharap DAP juga melakukan perkara yang sama,"' katanya. Di GEORGETOWN, Guan Eng mengusulkan bekas Presiden Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Dr Ariffin SM Omar sebagai Senator menggantikan Tunku Abdul Aziz pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa kehadiran ADUN pembangkang yang memulau persidangan sejak kelmarin. Ariffin yang juga pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyertai DAP tahun lalu. Beliau adalah pakar sejarah Melayu dan pernah menghasilkan beberapa buku kajian mengenai bangsa Melayu. Guan Eng juga mengusulkan untuk melantik bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mahamud sebagai Ahli Dewan Negara. Syed Shahir, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggantikan Senator Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff, yang tamat perkhidmatan akhir bulan ini. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komennatal Pandangan atau pendirian sendiri tanpa dihasut atau dipengaruhi oleh orang adalah lebih baik. Kepentingan rakyat adalah lebih utama berbanding kepentingan parti. Sokong! Damai Dah sistem di msia begitu.. Wakil parti kena ikut dasar parti.. Klu dh x sebulu x pyh la bising2.. Org dh x nak redha la, itupun sbb tindakan sdri jgk kan.. HJ SHARI Dimana ada ketelusanya, cakap sikit kena tindakan disiplin. Senario parti politik sekarang tak boleh beri pendapat bercanggah dengan hajat parti. Itulah mainan politik yang perlu disedari oleh rakyat jelata. Yangretibase Beri peluang kepada orang lainlah pula. Orang lain pun nak berkhidmat juga. sufi Demokrasi ke ni? Pada sume wakil rakyat..dari mane2 parti pun..jgn lar asyik nak keluar dewan jer..dari korg keluar dewan baik korg letak jawatan je lar..rakyat bg undi kat korg suruh korg sampaikan masalah rakyat & berbahas dgn baik dlm dewan pasal hal ehwal rakayt..klu asyik2 keluar dewan jer mcmne masalah rakyat nak selesai? Pembangkang ke...kerajaan ker...jd lar wakil rakyat yg berhemah n mementingkan masalah RAKYAT bukan mementingkan parti anda. shukri Baguslah tak sambung. Mungkin sekarang ini barulah Tunku Abdul Aziz memahami dan mempercayai amalan perlunya menjadi "Pak Turut" yang diselubungi oleh dasar retorik kononnya parti tersebut mengamalkan dasar ketelusan, keadilan dan kebaikan DAP. yushail Lantikan untuk boneka semata-mata.... |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan