Berita Harian: Nasional |
| Posted: 10 May 2012 01:54 PM PDT Nasional Program turun padang, tinjauan mesra seluruh negara amat berhargaKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan program turun padang dan tinjauan mesranya di seluruh negara amat berharga bagi membolehkan beliau memahami pelbagai masalah rakyat. Kisah sedih bekas pemandu teksi yang dibuang anak antara pengalaman menyentuh perasaan Perdana Menteri. Katanya, bekas pemandu teksi yang ditemuinya ketika tinjauan mesra terpaksa menyerahkan rumah dibeli hasil duit simpanan kepada anaknya, dan pada masa sama bantuan RM300 sebulan diberi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut ditarik balik."Anak dia mengambil tindakan untuk tendang dia keluar dari rumah.. awalnya warga tua ini menerima bantuan RM300 sebulan tetapi berdasarkan prinsip anak sudah bekerja, dia didapati tidak layak. "Tetapi apabila saya mendengar ceritanya, walaupun atas kertas anaknya bekerja dan sepatutnya membantu bapa mereka (sebaliknya) anak bertindak zalim... kita patut buat tinjauan lebih mendalam sama ada anak itu membantu atau tidak ibu bapa mereka. "Apabila saya balik ke kementerian sebab saya memangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat saya bawa kes ini kepada pegawai di kementerian, saya kata sekarang kita jangan potong namanya dulu, kita semak, kalau betul anak dia bantu ibu bapa itu tidak mengapa... kalau abaikan atau tidak peduli kita kena timbang bantuan," katanya ketika ditemubual deejay SINAR Pagi, Khairil Rashid, Salih Yaacob dan Raja Azura di sini, semalam.
Sehubungan itu, Perdana Menteri mahu jabatan dan agensi kerajaan membuat semakan terperinci menerusi tinjauan sebelum keputusan diambil terutama yang membabitkan kepentingan rakyat. Beliau berkata, keputusan tidak seharusnya berpaksikan kepada maklumat atau data di atas kertas, tetapi realiti. "Pengalaman saya dalam tinjauan mesra sangat bermakna sebab saya dapat melihat keadaan sebenar... apabila bersama dengan orang, mereka nampak sangat gembira, suka sangat menerima kedatangan pemimpin yang mereka tidak terfikir kita boleh masuk ke gerai, pasar dan boleh sembang dengan mereka," katanya menjawab soalan pemanggil. Menjawab soalan pemanggil dari Johor Bahru mengenai sebab Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Berhad disenaraikan dalam Bursa Malaysia dan manfaat yang diterima warga FELDA, Perdana Menteri menjelaskan tindakan itu berupaya menjana kekayaan secara lonjakan berganda. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenarahman Tindakan proaktif turun padang PM dan TPM amat dipuji terutama di negeri2 yg dikuasai pembangkang. Bangunlah wahai pemimpin-pemimpin UMNO/BN peringkat Bahagian & Cawangan jangan harap PM/TPM sahaja buat kerja. |
| PM janji tebus 'kerugian' di negeri pembangkang Posted: 10 May 2012 01:50 PM PDT Nasional NAJIB bersama penerima pelbagai anugerah dan dana pada Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana di Shah Alam, semalam. Perdana Menteri menegaskan, tiada pelabur berminat memulakan operasi di negeri yang gagal menyediakan infrastruktur penting seperti bekalan air bersih walaupun Kerajaan Persekutuan menyediakan pelbagai insentif bagi menggalakkan mereka melabur di negara ini. "Meskipun Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelabur asing, operasi mereka gagal direalisasikan berikutan keengganan kerajaan negeri dikuasai pembangkang seperti Selangor memberi kerjasama dalam projek bekalan air bersih.Tidak ada potensi perniagaan kalau tidak ada kerajaan yang boleh menjamin persekitaran kondusif dan kemudahan asas mencukupi. - Najib Razak, Perdana Menteri "Tidak akan ada potensi perniagaan kalau tidak ada kerajaan yang boleh menjamin persekitaran kondusif dan kemudahan asas mencukupi."Kerajaan Persekutuan menyediakan perkitaran mesra pelabur. Macam mana kita hebat dalam perniagaan pun, kalau tiada persekitaran perniagaan mesra pelabur, kita sukar berjaya," katanya. Najib berkata demikian berucap merasmikan Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana bertemakan 'Jom Niaga' anjuran MITI dan SME Corporation Malaysia (SME Corp) di pekarangan pejabat Kumpulan Karangkraf di sini, semalam. Program disertai 350 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) itu bertujuan membuka ruang untuk mereka memperluas pemasaran produk masing-masing. "Rizab air Selangor hanya tinggal 2.4 peratus. Ada 129 kilang dengan nilai pelaburan RM3.8 bilion yang kalau dibenarkan melabur, menyediakan 12,000 peluang pekerjaan. "Peniaga di Kompleks PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) juga mengadu apabila kerajaan negeri menaikkan sewa 100 peratus, sama ada Kerajaan Pusat boleh mengambil alih kompleks itu. Lebih mudah kalau kita dapat ambil balik Selangor pada pilihan raya ini," katanya. Najib turut mengumumkan peruntukan pinjaman RM500 juta mengikut Skim Pembiayaan Patuh Syariah yang disediakan SME Corp khusus untuk PKS yang menghasilkan produk atau perkhidmatan berinovasi. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan