Kosmo Online - Negara |
| Posted: Ramai wanita bakal bekerja
KUALA LUMPUR - Pelaksanaan kadar gaji minimum bagi sektor swasta mampu menarik pekerja tempatan terutama wanita untuk bekerja di subsektor perkhidmatan hotel dan restoran, persidangan Dewan Negara diberitahu semalam. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, kerajaan yakin usaha itu juga dapat mengimbangi jumlah pekerja tempatan dengan pekerja asing di subsektor tersebut. Berdasarkan Laporan Penyata Guna Tenaga Kebangsaan 2009, jumlah pekerja tempatan yang bekerja di hotel dan restoran di seluruh negara ialah 150,043 orang dan daripada jumlah itu 75,483 daripadanya ialah lelaki dan 74,560 merupakan pekerja wanita. "Pekerja asing di subsektor ini pula ialah 25,287 orang dengan 18,511 orang merupakan pekerja lelaki manakala 6,776 lagi pekerja wanita," katanya menjawab soalan Senator S. Bagiam Ayem Perumal. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
| Umur belia dihad kepada 30 tahun Posted: Umur belia dihad kepada 30 tahunOleh FAHAMI AHMAD ![]() LEBIH ramai golongan belia bawah umur 30 tahun akan berpeluang menerajui persatuan belia jika umur belia dihadkan kepada 30 tahun. - Gambar hiasan PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang untuk menetapkan had umur baharu bagi golongan belia di negara ini iaitu bermula dari 15 hingga 30 tahun berbanding 15 hingga 40 tahun sebelum ini. Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, had umur baharu tersebut dicadangkan supaya selaras dengan had umur belia di negara-negara Komanwel dan negara-negara jiran Malaysia. Menurut beliau, had umur 40 tahun untuk golongan belia yang diaplikasi di Malaysia ketika ini sudah tidak sesuai kerana mereka yang berumur 30 tahun ke atas sudah terlalu berusia untuk menerajui mana-mana persatuan belia. "Selain itu, tujuan kita awalkan had umur ini kepada 30 tahun adalah bagi membolehkan proses kematangan rakyat di negara ini akan menjadi lebih awal. "Kalau di negara lain, mereka yang berumur 40 tahun sudah menjadi pemimpin negara tetapi di negara kita, golongan itu baru hendak menjadi ketua persatuan belia," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
| Empat turbin Bakun telah berfungsi Posted: Empat turbin Bakun telah berfungsiOleh SOPI SAMAILE
KUCHING - Empat daripada lapan turbin empangan elektrik hidro Bakun kini telah berfungsi bagi memenuhi permintaan sektor perindustrian di wilayah pembangunan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (Score) selepas melepasi ujian kebolehupayaan fasa terakhir yang dijalankan. Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bagaimanapun berkata, penjanaan tenaga elektrik yang khusus bagi kegunaan industri berasaskan tenaga itu tidak akan memberi kesan kepada pengguna domestik di negeri ini. "Kita memberi jaminan bahawa tarif elektrik adalah bergantung pada rundingan pihak industri dengan Sarawak Energy Berhad dan ia tidak akan memberi kesan kepada pengguna domestik di negeri ini. "Tarif pembelian kuasa daripada empangan berkenaan lazimnya telah dibincangkan dengan pelabur-pelabur yang membuka operasi mereka di wilayah pembangunan perindustrian di Score," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
| You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan