Isnin, 7 Mei 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Haram sertai demonstrasi

Posted: 06 May 2012 04:55 PM PDT

MukaDepan

SEPANG: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Muzakarah ke-99 jawatankuasa majlis itu yang diadakan di sini semalam turut membincangkan gejala lesbian, gay, biseksual, transgender dan transeksual (LGBT) dan meminta umat Islam mengelak menyokong atau menunjukkan simpati kepada gerakan seks songsang.

Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin, berkata majlis memandang serius tindakan sebahagian masyarakat khususnya umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti dalam BERSIH 3.0 yang menyebabkan kerosakan, kemudaratan, pergaduhan dan kacau bilau. Sehubungan itu, katanya, mereka yang terbabit dalam demonstrasi sedemikian, khususnya umat Islam, perlu sedar dan insaf bahawa tindakan mereka itu bercanggah dengan ajaran Islam.

"Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak secara tidak hak dengan mengancam nyawa sesama manusia, menimbulkan huru-hara dan merosakkan negara demi hanya untuk mencapai sesuatu agenda.

"Tindakan merusuh, membawa kacau-bilau dan merosakkan harta benda awam adalah perbuatan yang ditegah oleh Islam dan menderhaka kepada Ulil Amri.

"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah.
"Lebih-lebih lagi, jika terselit tujuan untuk menjatuhkan sebuah pemerintahan (kerajaan) yang sahih dan sah, adalah ditegah sama sekali oleh Islam ter-utama pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan muzakarah itu.

Turut hadir, Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapha.

Dr Abd Shukor berkata, banyak saluran perbincangan yang bermanfaat boleh digunakan tanpa perlu menggadai keamanan.

"Islam membenarkan kita mencari keadilan, tetapi dalam mencari keadilan itu perlu menerusi adab dan cara yang betul," katanya.

Pada sidang media sama, beliau berkata, muzakarah yang diadakan semalam turut mengharamkan umat Islam menyokong atau menunjukkan simpati kepada gerakan seks songsang yang hebat dipromosi beberapa pihak di negara ini.

Sehubungan itu, muzakarah juga menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan menyekat aktiviti LGBT dan umat Islam dinasihatkan supaya kembali kepada ajaran Islam.

"Isu LGBT jelas diharamkan Islam dan tidak memerlukan sebarang fatwa dikeluarkan, malah menyokong mahupun bersimpati dengan isu ini juga adalah haram kerana ia bersubahat bersama dalam perkara itu.

"Umat Islam dinasihati menjauhkan diri daripada perlakuan seks songsang, terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan apa-apa gerakan, sokongan atau kempen mengenainya kerana ia jelas menyimpang daripada ajaran Islam dan membawa kehancuran kepada negara serta umat Islam seluruhnya.

"Muzakarah juga menasihatkan pemimpin, mana-mana individu dan media supaya menghentikan sikap suka mendedahkan mana-mana pihak secara terbuka kerana perbuatan mendedahkan keaiban orang lain lebih-lebih lagi berkait dengan hubungan seksual amat ditegah oleh Islam," katanya.

"Jika bertujuan untuk menghapuskan kemungkaran, serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Pejuang Islam

Tunjuk perasaan jalanan ini budaya kuning dari Barat. Islam ditegakkan dgn dakwah & kasih sayang bukan demonstrasi yg merosakkan. Kerajaan perlu tegas cegah sebelum parah.

HJ SHARI

Diharap umat islam terkawal akidahnya.Majlis Fatwa mesti bertindak aktif menangani isu semasa. Keadaan sekarang semakin membimbangkan pengaruh politik kepartian menjadi candu kepada pengikutnya sehingga pengikutnya bolih sesuatu mengikut selera parti mereka dan menghalalkan cara banyak isu.

Abdullah

Akhir zaman pelbagai ujian dr Allah.sukar nk bezakan baik dan buruk bila kedua2nya bercampur gaul tanpa batasan.moga Allah memelihara insan yg benar2 beriman dan menunjuki jalan yg benar pada yg tersilap.. Ameen

mantoya

harapnya majlis fatwa kebangsaan bersidang lebih kerap kerana banyak lagi perkara-perkara lain yg perlu diberikan fatwa jangan hanya bermusim saja...fikir2 dan renung2kan..


Peninju negara cedera dipukul di restoran

Posted: 06 May 2012 04:49 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]JOHOR BAHRU: Peninju negara, Muhamad Farkhan Mohd Haron, 24, yang pernah meraih pingat emas Sukan SEA di Laos pada 2009, cedera dibelasah sekumpulan lelaki berdekatan Taman Daya di sini, awal pagi semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan