Berita Harian: Nasional |
| ‘Durian runtuh’ luar biasa Posted: 07 May 2012 04:47 PM PDT Nasional PENDUDUK FELDA Jengka 8 menggantung kain rentang 'Terima Kasih Perdana Menteri Dengan Pemberian Durian Runtuh' sempena Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri, di FELDA Jengka 8, Jerantut, hari ini. KUALA LUMPUR: Durian runtuh yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini disifatkan oleh masyarakat FELDA sebagai luar biasa serta pemberian terbesar yang mereka peroleh sejak ditubuhkan pada 1956. Timbalan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF), Datuk Abdullah Abu Bakar, berkata pengumuman berkenaan sangat bermakna kepada 112,636 peneroka di 317 tanah rancangan FELDA serta generasi kedua mereka yang selama ini tidak pernah hilang keistimewaan pada mata kerajaan. "Menerusi siri jelajah kita di lebih 40 tanah rancangan, ramai yang tidak sabar menunggu pengumuman ini dan saya percaya mereka akan berpuas hati kerana inilah pemberian paling besar yang pernah kita dapat, selain bonus tahunan dan duit raya FELDA."Masyarakat FELDA menerima perhatian yang amat istimewa, justeru mereka harus bersyukur dan menggunakan imbuhan yang diberi untuk tujuan kebaikan terutama bagi pendidikan anak," katanya yang juga Pengerusi Bersama Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) kepada Berita Harian, semalam. Hari ini, Perdana Menteri akan mengumumkan jumlah durian runtuh yang bakal diterima peneroka FELDA berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia. Pengumuman itu dibuat beliau pada Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di FELDA Jengka 8, di Jerantut, Pahang. Sementara itu, Presiden Persatuan Peneroka FELDA, Saad Latib, berkata durian runtuh berkenaan adalah tanda penghargaan FELDA kepada masyarakat peneroka yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Presiden Dewan Perniagaan Generasi FELDA, Mohd Rosidi Hassan, berkata pengumuman Perdana Menteri akan memberi nafas baru kepada masyarakat FELDA, termasuk generasi kedua yang selama ini mendapat manfaat. "Justeru, saya berharap durian runtuh yang diberikan ini bukan hanya dilihat sebagai wang ringgit, tetapi pendorong untuk generasi muda FELDA supaya sentiasa sabar, bersatu dan memberi kepercayaan kepada kerajaan," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenApindi Aziz Alhamdulillah. tahniah buat warga felda..seluruh malaysia..dn terima kasih buat perdana menteri kita Azrul Rezeki abah & emak di Felda Tenggaroh 6. Hasil susah payah dahulu, kini kehidupan jauh lebih baik. Syukur Alhamdulillah. Ruslin62 keprihatinan kerajaan yang ada sekarang amatlah dihargai bagi memajukan felda dimasa akan datang. azmi Saya sebagai anak FELDA generasi ke-2. amat berterima kasih. pada orang2 yg. berkenaan atas berita ini... sesungguhnya air mata aku meleleh bila membaca berita ini...terkenangkan arwah Bapa dan Ibu aku ketika menanggung cangkul dan sabit keluar pagi2 mengushakan tanah yg. Felda. (ketika itu semua penoroka usha sendiri menebang/menebas tanah masing2, sampai magrib baru pulang..sekarang baru nampak habuannya..... kuta69 sebagai golongan generasi ke2 felda, turut menghargai apa yang telah diberikan (durian runtuh) Inilah lah jawapan kepada penat lelah, susah payah dan kesabaran ibubapa kami selama ini...Alhamdulillah.. Ayu Syukur..sebagai anak Peneroka selama 13 tahun hidup depan kebun sawit, inilah rezeki utk ibu bapa yg pernah bersusah payah dahulu..Terima Kasih FELDA atas penghargaan anda. zahari bin salleh walaupun berada luar dari kawasan FELDA, sebagai anak kepada peneroka saya amat berbangga dengan apa yang akan berlaku . tanda penghargaan terhadap usaha dan penat lelah mereka selama ini. alhamdulillah. |
| Peguam ditahan bantu siasatan perhimpunan Posted: 07 May 2012 04:43 PM PDT Nasional Polis edar 25 lagi gambar individu dikehendakiKUALA LUMPUR: Seorang lagi individu tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini semalam bagi membantu siasatan kekacauan dan huru hara di sekitar ibu negara ketika berlangsungnya perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata lelaki berusia 44 tahun itu, yang juga seorang peguam menyerah diri kira-kira jam 2.45 petang susulan penyiaran gambarnya dalam beberapa media tempatan sebelum ini. "Sebaik menyerah diri, peguam terbabit kemudian ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Kuala Lumpur bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan tempoh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan."Berikutan penahanan itu, empat individu sudah ditahan untuk soal siasat setakat ini, khusus bagi membantu polis mengenalpasti siapa dalang utama insiden kekacauan yang berlaku dalam perhimpunan itu hingga menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam," katanya ketika dihubungi semalam. Tanpa mendedahkan identiti peguam itu, Chin Wah mengesahkan individu terbabit menyerah diri dengan ditemani peguamnya. Sementara itu, polis mengedarkan gambar 25 lagi individu dikehendaki selepas disyaki terbabit dalam insiden kekacauan ketika berlangsungnya perhimpunan berkenaan, termasuk bertindak ganas dengan merosakkan harta benda awam dan menyerang anggota polis bertugas.
"Semua individu yang gambarnya sudah disiarkan (termasuk hari ini) perlu tampil segera (di IPK Kuala Lumpur) bagi membantu siasatan. Sekiranya enggan menyerah diri, polis akan mengesan mereka berdasarkan alamat yang sudah dikenal pasti. "Kita juga meminta kerjasama orang ramai yang mengenali individu disiarkan tampil menyalurkan maklumat kepada mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam satu kenyataan media, petang semalam. Mohmad berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Azmi Aziz melalui talian 019-2602344 dan
Penyiaran gambar terbaru itu menjadikan keseluruhannya 116 individu sedang diburu polis bagi membantu siasatan berhubung insiden kekacauan berkenaan. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan