Khamis, 3 Mei 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Bayi maut kena renjatan elektrik

Posted:

Bayi maut kena renjatan elektrik

Bayi maut kena renjatan elektrik

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my

SEORANG ahli keluarga mangsa menunjukkan soket penyambung elektrik yang dipegang Syahmina di Pokok Sena, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Seorang bayi berusia enam bulan maut akibat terkena renjatan elektrik selepas memegang wayar soket penyambung elektrik yang diletakkan di lantai ruang tamu rumah neneknya di Kampung Lancor Tok Leed, Pokok Sena di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa, Syahmina Zulaika Mohamad Hazim Akmal yang baru pandai meniarap dikatakan memegang wayar tersebut sebelum tidak sedarkan diri.

Difahamkan terdapat bahagian wayar dalam terdedah selepas bahagian penebatnya terbuka.

Ketika kejadian, Syahmina berada di ruang tamu bersama kakaknya, Sofina Zulaika, 3, sementara ibu saudaranya, Noraina Rosli, 14, sedang memasak di dapur.

Ibu saudara mangsa, Siti Hajar Idris, 26, memberitahu, mangsa dan kakaknya ketika kejadian dijaga oleh Noraina kerana datuk dan nenek mangsa, Rosli Ahmad, 43, dan Rohani Napiah, 43, keluar menoreh getah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dibebaskan selepas 6 hari diculik

Posted:

Dibebaskan selepas 6 hari diculik

Dibebaskan selepas 6 hari diculik

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
dan NASRUL FAIZ ABU AZAL
berita@kosmo.com.my

Saffiya berpelukan dengan Nayati sebaik sahaja mereka bersatu semula semalam.


RAWANG – Pelukan dan ciuman yang diiringi tangisan kegembiraan menyelubungi kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini semalam apabila Nayati Shamelin Moodliar yang hilang diculik sejak seminggu lalu bersatu semula dengan keluarganya.

Nayati, 12, yang diculik pada 27 April lalu ketika dalam perjalanan ke sekolahnya di Mont Kiara International School di sini ditemui dibebaskan di tempat letak kenderaan berat R&R Rawang pada pukul 7.55 pagi.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa oleh seorang wanita yang menemui mangsa di R&R Rawang ke R&R Sungai Buloh bagi menemui keluarganya.

Jarak lokasi mangsa diculik dan lokasi ditemui semula kira-kira 58 kilometer.

Nayati, anak sulung daripada dua beradik itu ditemui semula selepas keluarga mangsa menerima panggilan telefon dipercayai daripada penculik mengatakan anak mereka ditinggalkan di R&R Rawang.

Tidak lama selepas ditinggalkan penculik, seorang wanita menemui mangsa dan menghubungi keluarganya sebelum membawa mangsa ke R&R Sungai Buloh bagi mempertemukan dia dengan keluarganya.

Berikutan itu, keluarga Nayati bersama pegawai Kedutaan Belanda menaiki sebuah kereta Mercedes Benz dan diiringi pasukan polis bergegas ke R&R Sungai Buloh.

Sebaik menemui Nayati pada pukul 8.30 pagi, bapa mangsa, Sham Moodliar, 41, dan ibunya, Janice Smith, 40, terus memeluk Nayati dengan tangisan kegembiraan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Azmin patut saman - Dr. Mahathir

Posted:

Azmin patut saman - Dr. Mahathir

Azmin patut saman - Dr. Mahathir


DR. MAHATHIR beramah mesra dengan orang ramai yang menghadiri program Bicara Negarawan Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali digesa mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman pihak yang memalukannya berhubung penyebaran gambar yang mengaitkan beliau dengan aksi panas bersama seorang wanita baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan saman oleh Azmin adalah langkah sewajarnya diambil untuk membersihkan namanya setelah dipalit kontroversi berkenaan.

"Dia boleh nafi itu bukan dia. Saya harap dia bawa orang itu ke mahkamahlah. Kena saman malu, RM100 juta ke RM500 juta ke, buat macam itu (penyebaran gambar) hendak bagi malu Azmin sahaja, jadi dia patut bawa ke mahkamah," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan