Khamis, 10 Mei 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Gangguan bekalan elektrik di Kuala Krai, Selasa depan

Posted: 10 May 2012 04:08 AM PDT

KOTA BAHARU: Penduduk di daerah Kuala Krai akan mengalami gangguan bekalan elektrik pada Selasa depan berikutan kerja penyelenggaraan pencawang masuk utama di Batu Jong, Kuala Krai.

Pengurus Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kawasan Tanah Merah, Arman Che Othman berkata kerja pembaikan itu yang bermula pukul 11 pagi hingga 6 petang, juga akan menyebabkan gangguan bekalan air berikutan Loji Rawatan Air Pahi dan Tualang di Kuala Krai, akan turut tergendala.

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan gangguan elektrik boleh menghubungi TNB di talian 09-9666020 atau menghubungi PINTAS bagi gangguan bekalan air di talian 1300-88-2572.




Beberapa laluan ditutup, dilencong di Jalan Tun Razak

Posted: 10 May 2012 03:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Beberapa laluan akan ditutup dan dilencongkan mulai hari ini sehingga 19 September depan berikutan pembinaan persimpangan bertingkat di persimpangan Jalan Tun Razak, Jalan Pudu, Jalan Cheras dan Jalan Chan Sow Lin di sini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam satu kenyataan di sini, berkata laluan yang terlibat ialah aliran trafik dari Jalan Chan Sow Lin ke Jalan Tun Razak dan Cheras akan dilencongkan ke Bulatan Yew; dua lorong sehala di Jalan Cheras dan Jalan Pudu dikurangkan kepada satu lorong sehala manakala lampu isyarat di persimpangan Jalan Tun Razak, Jalan Pudu, Jalan Cheras dan Jalan Chan Sow Lin akan diubah dari empat kepada tiga fasa.

Susulan itu, semua pengguna di laluan berkenaan diminta mematuhi peraturan lalu lintas dan papan tanda yang disediakan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. - Bernama




Tiada ulasan:

Catat Ulasan