Harian Metro: Mutakhir |
| Perlawanan antara Kelantan dan Johor FC ditunda ke 26 Mei Posted: 09 May 2012 05:22 AM PDT KOTA BAHARU: Perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Johor FC yang dijadual pada 15 Mei ditunda ke 26 Mei, kata pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim. Katanya, penundaan perlawanan itu diluluskan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) mengemukakan rayuan.
Beliau berkata pihaknya membuat rayuan tersebut bagi memberi masa kepada pemain untuk bersama peminat skuad 'The Red Warriors' menjelang perlawanan akhir Piala FA pada 19 Mei ini. "Kita berterima kasih kepada FAM yang memberi pertimbangan dan meluluskan permohonan kita untuk menunda perlawanan tersebut.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya kini berada dalam keadaan tertekan untuk membayar bonus kepada pemain berikutan kehadiran peminat ke stadium semakin berkurangan berbanding tahun lepas. - Bernama |
| Ibu dalam video dera sudah dipenjara Posted: 09 May 2012 03:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai berhubung penyebaran video penderaan bayi melalui Facebook hari ini, mengesahkan wanita berkenaan sudah ditangkap pada tahun lalu dan sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan. Video yang tersebar luas sejak awal pagi ini, mencetuskan kegemparan di kalangan pengguna Facebook yang bersimpati dengan bayi terbabit dan menuntut supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas diambil terhadap wanita berkenaan.
Rakaman selama empat minit lapan saat itu menunjukkan wanita berkenaan memukul bayi yang juga anak kandungnya itu menggunakan bantal dan peralatan dipercayai telefon bimbit berulang kali menyebabkan mangsa menangis tanpa henti. Wanita terbabit tidak menunjukkan belas kasihan walaupun bayi yang menangis itu cuba menghampirinya, sebaliknya ibu muda itu terus memukulnya tanpa henti.
Menurut kenyataan PDRM melalui laman Facebooknya kira-kira jam 5 petang tadi, kes berkenaan dilaporkan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan sudah dibuat pada hari yang sama ke atas pelaku yang juga ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera itu. Katanya, wanita berusia dalam lingkungan 20-an berkenaan sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan bermula tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001. |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan