Khamis, 10 Mei 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Rakaman penyeksaan

Posted: 09 May 2012 03:48 PM PDT

LIMBANG: Siasatan polis berhubung kes seorang warga emas terlantar sakit yang didera isteri dan anak lelakinya di Kampung Tanggung Unggar, di sini, membawa kepada penemuan mengejutkan apabila dua beranak itu didapati turut merakam perbuatan zalim mereka menggunakan kamera telefon bimbit.

Tindakan wanita dan anak lelakinya yang berusia 15 tahun itu terbongkar selepas polis menemui tiga rakaman video memaparkan perbuatan keji mereka dalam komputer riba 1Malaysia milik pelajar berkenaan di rumah mereka, semalam.

Lebih mengejutkan, rakaman video itu memaparkan wanita berkenaan yang berusia 50 tahun memukul suaminya dengan rotan manakala anak lelakinya 'tumpang sekaki' mendera bapanya, termasuk menarik alat sulit lelaki berusia 64 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, jiran keluarga terbabit menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Khamis lalu, melaporkan perbuatan kejam dua beranak itu.


"Keesokannya, pegawai JKM bersama polis pergi ke rumah mereka yang mengambil masa sejam perjalanan dengan bot dari sini," katanya ketika dihubungi, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Dalang utama lari ke Eropah

Posted: 09 May 2012 03:48 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dua lagi dalang kes culik kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, diburu polis termasuk seorang daripadanya sudah melarikan diri ke luar negara dipercayai bersama sebahagian wang tebusan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin, berkata dua lelaki terbabit berusia 24 tahun dan berasal dari Cheras, di sini, dikehendaki susulan maklumat daripada enam lagi penculik termasuk seorang wanita berusia antara 19 dan 40 tahun yang ditahan pada Ahad lalu dan kelmarin.

Menurutnya, suspek masing-masing tiga lelaki dan seorang wanita ditahan di Ipoh, Perak, manakala dua lagi lelaki ditahan di Lembah Klang.

"Siasatan mendapati seorang daripada suspek lelaki dikehendaki terbabit adalah perancang utama kes penculikan ini dan dia juga sudah melarikan diri ke Eropah.


"Oleh itu, polis akan meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan suspek terbabit di luar negara dan merayu kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat mengenai seorang lagi suspek supaya tampil membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan