Harian Metro: Setempat |
| Posted: 09 May 2012 03:32 PM PDT KLANG: Pakej snuker GRO. Itu tarikan istimewa sebuah premis berselindung di sebalik papan tanda kononnya beroperasi sebagai kafe di Bandar Botanic, di sini, yang menyediakan khidmat pelayan pelanggan (GRO) untuk hiburan pelanggan di samping bermain snuker. Tarikan itu menyebabkan premis berkenaan menjadi tumpuan pengunjung lelaki hidung belang untuk berhibur dengan wanita GRO yang kebanyakannya warga asing.
Ketua operasi, Inspektor Othman Mahat ketika ditemui di lokasi selepas serbuan itu berkata, 12 GRO warga asing ditahan.
"Kami sudah membuat intipan ke atas premis ini selama empat hari untuk mengenal pasti pekerja dan pelanggan kelab itu sebelum menyerbu premis terbabit," katanya.
"Dalam operasi itu juga, lebih 30 pelanggan berumur 22 hingga 55 tahun yang melanggan GRO dalam premis itu ditahan sementara untuk diambil keterangan.
|
| Pencuri motor lambai tangan langgar pasu bunga Posted: 09 May 2012 03:12 PM PDT ALOR GAJAH: Seorang pencuri motosikal sempat melambai tangan kepada pemilik motosikal yang cuba mengejarnya sebelum suspek diberkas dengan bantuan polis selepas merempuh pasu bunga dalam kejadian di Kuala Sungai Baru, dekat sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 8.25 malam, pemilik motosikal berkenaan, Lim Chuan Kai, 20, dari Kampung Lubok Redan, di sini, datang ke sebuah kedai runcit di sebuah taman perumahan untuk membaiki kereta rakannya yang rosak.
"Tiba-tiba saya dengar enjin motosikal dihidupkan dan seorang lelaki cuba melarikannya lalu saya mengejar suspek dengan menaiki kereta rakan.
"Lelaki terbabit berpatah balik dan membuat satu pusingan di hadapan kami tanpa memakai topi keledar sebelum memecut ke pekan sebelum kami mengejarnya," katanya.
"Melihatkan suspek terjatuh, saya bersama tiga rakan yang mengejarnya cuba mengepung, tetapi dia bertindak agresif sebelum seorang anggota polis menahannya dan dibawa ke Balai Polis Kuala Sungai Baru," katanya ketika di temui.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan