Rabu, 9 Mei 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Gigit leher

Posted: 08 May 2012 01:58 PM PDT

SUBANG JAYA: "Saya tumbuk anjing itu tiga kali, tapi ia tidak melepaskan gigitan di leher mangsa," kata lelaki dikenali sebagai Eddy yang juga saksi seorang warga emas mati akibat dibaham seekor anjing ketika berjoging di kawasan rumahnya di SS19/5B, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, mangsa, Yip Sin Hua, 74, mati di tempat kejadian selepas parah di leher manakala telinganya hancur akibat gigitan anjing jenis Miniature Bull Terrier Cross yang terlepas keluar melalui tempat membuang sampah rumah pemiliknya di kawasan perumahan sama.

Yip gemar berjoging di kawasan perumahan itu sejak lebih 20 tahun lalu dan semalam, ketika melalui jalan di tempat kejadian yang hampir dengan rumahnya di SS19/5E, dia diserang seekor anjing.

Eddy, 44, berkata, dia melalui jalan berkenaan dengan menaiki kereta dan terkejut apabila melihat seorang warga emas bergelut dengan seekor anjing.


"Saya memberhentikan kereta dan turun untuk membantu. Selepas usaha saya menumbuk haiwan itu tiga kali gagal, saya kembali ke kereta untuk mengambil kayu. Ketika itu datang seorang wanita dan dia memukul anjing itu beberapa kali dengan meja kayu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Buruh Bangladesh maut ditetak

Posted: 08 May 2012 01:58 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dua buruh warga Bangladesh maut selepas diserang dua lelaki dipercayai warga Indonesia yang bersenjatakan parang dan sabit dalam kejadian di hadapan sebuah hotel di Jalan Imbi di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, dua mangsa berusia lingkungan 30-an itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah berhampiran kawasan berkenaan bersama 18 lagi rakan senegara mereka apabila diserang dua suspek.

Seorang daripada mangsa yang mengalami kecederaan serius di bahagian leher maut di tempat kejadian manakala rakannya maut selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, kira-kira 20 minit kemudian.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, dia melihat mangsa rebah selepas ditetak berulang kali di bahagian leher seorang daripada suspek.


"Manakala, rakannya yang cedera di perut berjaya melarikan diri sejauh 50 meter dari tempat kejadian ke stesen minyak berhampiran kawasan berkenaan.


"Mangsa sempat meminta pertolongan daripada orang ramai sebelum rebah," katanya memberitahu 18 lagi rakan mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas diserang dua lelaki terbabit.

Menurutnya, pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian sebelum membawa mangsa yang tercedera ke hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi, mengesahkan kejadian dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Katanya, motif sebenar serangan itu masih disiasat namun pihaknya tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan masalah di tempat kerja.

Tambahnya, mayat mangsa di hantar ke HKL untuk bedah siasat dan siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan