Rabu, 9 Mei 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


BERSIH: Enam ahli panel penasihat bebas dilantik

Posted: 09 May 2012 03:05 AM PDT

Mutakhir

PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan enam ahli panel penasihat bebas yang diketuai bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar untuk menyiasat dan melaporkan kejadian sebenar ketika perhimpunan BERSIH 3.0 baru-baru ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Katanya, ahli-ahli lain ialah bekas Ketua Hakim Borneo, Tan Sri Steve Sim; Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian, Datuk Husammuddin Yaacub; Penasihat Undang-undang Akhbar Sin Chew, Liew Peng Chuan; Pengurus Besar Kanan Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah dan pakar psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Ruszmi Ismail.

Hishammuddin berkata demikian selepas mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini, sebentar tadi.

BERSIH: Ahli Jawatankuasa Majlis Peguam didakwa

Posted: 09 May 2012 02:22 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Peguam kanan, G Rajesh Kumar, 44, menjadi individu kedua dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini membabitkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan