Selasa, 8 Mei 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Usaha gagal FVGH tak berhasil

Posted: 08 May 2012 04:25 PM PDT

Nasional

Pembangkang habis modal pengaruhi rakyat bantah penyenaraian: Najib

JERANTUT: Datuk Seri Najib Razak berkata, pembangkang kini sudah kehabisan modal selepas segala usaha untuk menggagalkan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) tidak berjaya.

Perdana Menteri berkata, bagi pembangkang segala usaha yang dilaksanakan kerajaan walaupun untuk manfaat rakyat semuanya tidak betul. "Pembangkang melihat semua yang baik kita mahu buat untuk kebaikan rakyat hendak dipolitikkan. Apa yang menguntungkan (kerajaan) diselewengkan kenyataan dan fakta supaya pemikiran rakyat bercelaru.

"Semua (yang berlaku) nak salahkan UMNO, hingga anak yang tidak pedulikan emak pun disalahkan UMNO. Hebat sangat UMNO ni sampai hal dalam kelambu pun ada pengaruh," katanya pada Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di FELDA Jengka 8 di sini, semalam.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Najib juga menempelak pembangkang dan peneroka yang terpengaruh menentang penyenaraian FGVH dan mencelarukan pemikiran rakyat.

"Jika mereka tidak boleh menang hati rakyat mereka kelirukan pemikiran kita... tidak usahlah nak cuba khianati apa yang kita buat lepas itu (dengan) muka tebal nak pula terima durian runtuh.

"Saya tidak rela dan reda mereka ini menerima (durian runtuh)... mereka ini jadikan penyenaraian ini sebagai satu isu kontroversi walaupun sebenarnya ia kebaikan untuk masyarakat FELDA dan rakyat.

"Jadi kita sudah buktikan bahawa apa dirancang sudah kita tepati dan berkongsi kekayaan FELDA ini dengan negara. Apa yang mereka dakwa tidak benar dan kerana mereka hanya mahu halang dan menafikan kemakmuran peneroka dan rakyat Malaysia," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Terharu hingga titis air mata

Posted: 08 May 2012 04:24 PM PDT

Nasional

PENEROKA FELDA Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam gembira ketika menyaksikan siaran langsung pengumuman pemberian durian runtuh oleh Perdana Menteri kepada warga FELDA dari FELDA Jengka 8, Pahang, semalam.

PENEROKA FELDA Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam gembira ketika menyaksikan siaran langsung pengumuman pemberian durian runtuh oleh Perdana Menteri kepada warga FELDA dari FELDA Jengka 8, Pahang, semalam.

Peneroka anggap 'durian runtuh' usaha kerajaan bawa FELDA lebih gemilang

JERANTUT: Rasa terharu hingga ada yang mengalirkan air mata!

Demikian suasana menyelubungi peneroka FELDA di sini, sejurus mendengar pengumuman mengenai ganjaran kewangan untuk mereka oleh Datuk Seri Najib Razak, semalam. Mereka menyifatkan 'durian runtuh' diumumkan Perdana Menteri adalah pengiktirafan dan usaha berterusan kerajaan membawa FELDA lebih gemilang di mata dunia.

Ketua Peneroka FELDA Jengka 16, Ismail Abdul Rahman, berkata dia tidak menyangka akan menerima imbuhan durian runtuh sebanyak itu yang memberikan manfaat bukan saja kepada peneroka malah isteri dan generasi kedua.

"Kami sangat menyanjungi usaha Perdana Menteri dalam memartabatkan FELDA untuk tidak hanya menjadi jaguh kampung tapi juara dunia.

"Pengagihan imbuhan juga sangat adil kerana tidak meminggirkan isteri dan anak peneroka yang turut berperanan secara langsung menjadikan FELDA sebagaimana dilihat hari ini," katanya.
Maznah Mahat, 51, pula berkata imbuhan yang turut diterima isteri peneroka, jelas menunjukkan kerajaan mengiktiraf peranan mereka yang berhempas pulas menjayakan tanah rancangan FELDA.

"Saya sangat berbesar hati dan berterima kasih atas pengiktirafan ini," katanya.

Sementara itu, generasi kedua FELDA Jengka Lapan, Syaidatul Noor Azirah Saidin, 22, pula menyifatkan agihan itu membolehkan setiap warga FELDA menikmati ganjaran daripada penyenaraian berkenaan.

"Kami terkejut dan tidak menyangka turut menerima tempias durian runtuh diumumkan Perdana Menteri.

"Apa pun saya harap generasi kedua dapat memanfaatkan sebaiknya imbuhan diberikan itu sebaik mungkin walaupun nilainya tidak sebanyak yang diterima isteri dan ketua keluarga," katanya.

Sementara itu, kakitangan FELDA Jengka 17, Zaini Jamsari, 49, berkata imbuhan dua setengah bulan gaji yang diterima adalah hadiah dan penghargaan kepada mereka yang berhempas pulas membangunkan FELDA.

Katanya, petugas sebelum ini hanya mendengar imbuhan yang bakal diterima peneroka, pengumuman yang dibuat semalam adalah kejutan cukup bermakna kepada kakitangan dan petugas FELDA.

Di KOTA TINGGI, peneroka FELDA Air Tawar 2, Md Zahir Salikin, 63, berkata peneroka harus berfikir secara rasional dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Peneroka, Hamzah Abd Mutalib, 69, berkata sepanjang 40 tahun menjadi peneroka di FELDA Air Tawar 1, ia adalah satu pemberian terbesar serta luar biasa yang diberikan kerajaan.

Generasi kedua FELDA, Mohammad Shaari, 48, berkata, beliau dan adik beradik sudah sepakat memberikan wang itu kepada ibu bapa kami kerana mereka lebih berhak menerimanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Tiada ulasan:

Catat Ulasan