Harian Metro: BeritaUtama |
| Posted: 03 May 2012 12:14 PM PDT POKOK SENA: "Mak cik, mak cik...adik dah tidur," jerit Sofina Zulaikha Mohd Azim, 3, tanpa mengetahui adiknya, Shamina Zulaikha, enam bulan, sebenarnya tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik di rumah mereka di Kampung Lanchut Tok Leed, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Shamina dikatakan merangkak sambil bermain-main di sekitar ruang tamu sebelum mencapai wayar penyambung di belakang almari lalu terkena renjatan elektrik yang menyebabkan kematiannya. Selepas mendengar jeritan Sofina Zulaikha, ibu saudaranya, Nor Aina Rosli, 14, yang ketika itu sibuk menyediakan sarapan di dapur, bergegas ke ruang tamu dan terkejut apabila melihat mangsa tertiarap dan tidak sedarkan diri sambil tangan kirinya menggenggam wayar. Seorang lagi ibu saudara mangsa, Siti Hajar Idris, 26, berkata, hanya tiga orang di rumah itu iaitu mangsa bersama kakaknya dan mereka dijaga Nor Aina. Menurutnya, datuk dan nenek mangsa tiada di rumah kerana keluar menoreh getah, manakala bapanya, Mohd Azim Akmal, 23, keluar bekerja sebagai pendawai elektrik. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
| ‘Saya tak dipukul’ Posted: 03 May 2012 12:10 PM PDT KUALA LUMPUR: "Dia tak banyak bercakap kerana masih lemah dan trauma, tapi dia beritahu saya yang dia tak dipukul dan diberi makan minum yang cukup sepanjang tempoh dia diculik." Itu kata Norzaini Zainol Abidin, 31, individu yang menemui kanak-kanak lelaki warga Belanda yang diculik, Nayati Shamelin Moodliar, 12, di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, jam 7.55 pagi semalam.
Norzaini yang juga pengurus sebuah kedai serbaneka berkata, dia menemui kanak-kanak itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Subang Jaya bersama suaminya, Muhammad Asif Abdullah, 31, selepas meluangkan masa bersama keluarga di Butterworth, Pulau Pinang selama seminggu.
"Sebaik melihatnya saya tahu dia kanak-kanak yang diculik kerana pernah melekat risalah mengenai penculikannya di kedai serbaneka tempat saya bekerja.
Norzaini berkata, ketika ditanya sama ada dia tahu punca dia diculik, Nayati menyatakan kerana wang dan dia menyatakan diculik dua lelaki tempatan dengan menggunakan kereta.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan