Berita Harian: Mutakhir |
| 12 mayat mangsa nahas pesawat Sukhoi ditemui Posted: 11 May 2012 02:53 AM PDT Mutakhir JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menemui 12 mayat penumpang pesawat awam buatan Rusia, Sukhoi Superjet 100 yang terhempas di Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat.Ketua Badan SAR Nasional (Basarnas), Marshal Madya Daryatmo, berkata mayat itu belum dikenal pasti dan usaha sedang dijalankan untuk mengeluarkannya dari tempat nahas. "Keadaan cuaca buruk dan tempat pendaratan helikopter yang belum boleh digunakan menghalang usaha mengeluarkan mayat dengan lebih cepat," katanya di Jakarta, hari ini. Pasukan penyelamat juga berdepan kesulitan dalam operasi mencari dan menyelamat kerana tempat nahas adalah sebuah tebing curam dengan kecerunan 85 darjah manakala kabut tebal pula menghadkan jarak penglihatan.Pesawat itu, yang membawa 45 penumpang dalam penerbangan demonstrasi berlepas dari Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma, Jakarta pada 2.12 petang Rabu lalu dan dilaporkan hilang sekitar 2.50 petang apabila ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara. Sejurus sebelum ia hilang dari radar, juruterbang meminta izin dari menara kawalan udara untuk menurunkan pesawat itu daripada ketinggian 10,000 kaki kepada 6,000 kaki, namun belum ada penjelasan mengapa beliau bertindak demikian. Lapan warga Rusia dari syarikat Sukhoi antara penumpang pesawat itu, selain warga Indonesia termasuk beberapa wartawan.
Namun, ada antara mereka masih berharap orang kesayangan yang menjadi penumpang pesawat malang itu dapat ditemui dalam keadaan selamat. - BERNAMA |
| Golongan muda mahu pemimpin lebih kerap turun padang Posted: 11 May 2012 02:38 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Turun padang dan beri penjelasan berhubung isu semasa secara bersemuka, itu antara permintaan golongan muda terhadap pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih.Golongan muda yang ditemui ketika menghadiri sambutan Ulang Tahun UMNO ke-66 di perkarangan Kompleks Sukan Bukit Jalil di sini hari ini, melontar pandangan mereka secara jujur kerana berpendapat ia mampu memberi kebaikan sekiranya diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Fatihah, 23, berkata golongan seusianya dahagakan penjelasan mengenai isu semasa daripada pemimpin atau wakil rakyat yang dipilih. "Kami memang mengikuti perkembangan media dan elektronik tapi penjelasan dari akar umbi juga penting... contohnya mengenai pelan ekonomi kerajaan, usaha mengatasi pengangguran dan apa peranan yang boleh kami hulurkan bagi mengatasi masalah sosial," katanya.Beliau yang menyertai rombongan perwakilan Puteri UMNO dari Pokok Sena, Kedah itu turut mahukan UMNO secara khususnya menganjurkan lebih banyak program untuk golongan muda dalam usaha mendekati bakal pemimpin negara itu serta membolehkan mereka memahami politik negara dengan jelas. - BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan