Berita Harian: MukaDepan |
| Posted: 05 May 2012 03:16 PM PDT MukaDepan 3 bekas KPN mahu dalang komplot guling kerajaan ditahanKUALA LUMPUR: Tiga bekas Ketua Polis Negara meminta polis bertindak tegas dengan menahan dalang rusuhan perhimpunan BERSIH 3.0 yang cuba 'menawan' Dataran Merdeka pada 28 April lalu dan mengguling kerajaan menerusi keganasan. Tan Sri Rahim Noor, Tan Sri Musa Hassan dan Tun Haniff Omar berpendapat ia perlu bagi memastikan negara selamat daripada cubaan menukar kerajaan tanpa berlandaskan kedaulatan undang-udang dan Perlembagaan. Mereka yang mempunyai pengalaman menangani pelbagai ancaman terhadap keselamatan negara, memandang serius komplot itu dan khuatir anasir berkenaan berkembang serta merebak sehingga mencetuskan anarki (huru-hara) dan membawa negara ke arah suasana darurat. Mereka mengulas pendedahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin mengenai kumpulan tertentu yang merancang menawan Dataran Merdeka untuk mewujudkan huru-hara dan mengguling kerajaan yang dipilih secara sah menerusi pilihan raya.Najib berkata, kumpulan itu merancang menawan Dataran Merdeka sekurang-kurangnya empat hari sehingga cuti umum Hari Pekerja pada 1 Mei untuk menunjukkan kepada dunia luar kononnya kerajaan menindas mereka. Rahim berkata, berdasarkan keadaan perhimpunan, komplot mengguling kerajaan yang dipilih rakyat memang boleh berlaku, bahkan ada kemungkinan lebih buruk lagi. "Dalam gerakan massa, masing-masing ada agenda. Apabila sudah bersemarak, ditambah ucapan berapi, perasaan golongan muda akan mudah dibakar. Inilah mob psychology (boleh mempengaruhi keadaan)," katanya. "Dalam sejarah negara sejak Perang Dunia Kedua, polis memang banyak pengalaman dalam hal sebegini tetapi Ambiga tiada langsung. Dia hanya belajar undang-undang. Ambiga dan pihak lain terbabit bersekongkol untuk tujuan masing-masing, tetapi umpama tidur sebantal mimpi lain-lain," katanya. Musa pula berkata, komplot menggulingkan kerajaan amat berbahaya dan polis perlu mengambil tindakan serius membendung dan menanganinya dengan segera. Beliau berkata, komplot berkenaan menjadi `trend' yang melanda beberapa negara, tetapi kejadian dalam perhimpunan lalu jelas melencong daripada tujuan sebenar. "Saya yakin pendedahan Perdana Menteri memang ada asasnya berdasarkan cara perhimpunan itu. Laungan mensasarkan kepada kerajaan dan rusuhan berlaku menjadi bukti. Sekiranya ia berlaku (penggulingan kerajaan), huru-hara akan tercetus dan boleh membawa kepada darurat," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata, tindakan tegas harus diambil terhadap penganjur dan dalang rusuhan supaya kedaulatan undang-undang negara dihormati. "Dalam keadaan perhimpunan yang ganas dengan seseorang yang menjerit suatu, peserta akan ikut kerana ketika itu mereka sudah menggunakan emosi dan bukan lagi fikiran," katanya. Musa juga menyifatkan cemuhan terhadap polis dengan panggilan 'anjing' adalah penghinaan berbentuk provokasi dan mencabar pasukan keselamatan. Sementara itu, Haniff berkata, Najib pasti membuat pendedahan itu selepas mendapat input daripada organisasi risikan kerajaan, terutama polis Cawangan Khas. "Sudah tentu ia berasas kerana Perdana Menteri tidak bercakap begitu saja. Ia memang boleh berlaku. Orang yang menunggu peluang melakukan sesuatu demi kepentingan diri memang ada setiap masa. "Sebagai orang lama, saya tengok memang ada orang yang pernah terbabit mewujudkan huru-hara menerusi kekerasan menyertai perhimpunan. Rakyat perlu bangkit memberi pandangan untuk menasihati semua pihak mengikut undang-undang dan dengan itu semua akan selamat dan ada ruang bergerak," katanya. Sementara itu, Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Kamarudin Md Ali, ketika menceritakan pengalamannya menghadapi gerakan reformasi di ibu kota antara 1998 hingga 2001, mengaku ada kumpulan yang memang mengambil kesempatan mencetuskan huru-hara. "Ada sekumpulan kecil yang mengambil kesempatan mengeruhkan keadaan untuk tujuan tertentu. Mereka mencontohi Indonesia yang berjaya menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan. . "Ketika reformasi, polis menjumpai bom api di kawasan tumpuan demonstrasi, seperti di Kampung Baru dan Kampung Kerinchi. Ada juga membawa senjata seperti pisau dan cuba menyerang polis. "Polis tahu kehadiran orang berkenaan dan mengambil langkah supaya tidak dapat menjayakan matlamat mereka," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenInsan cintakan malaysia Saya sokong sepenuhnya.. Hj Abdasa bin Hj Labuyu Ucapan Syabas dan Tahniah untuk mu PDRM. Tegakkan dan martabatkan undang2 kepolisan. Egis Hj.Abdul Adis Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada pihak polis kerana berjaya mengawal keadaan rusuhan pada masa itu.Perhimpunan secara aman dan mematuhi peraturan kita boleh terima.Tetapi apa yang berlaku pada 28 April itu sesuatu yang kita tidak boleh terima sama sekali.Kalau pun kita tidak bersetuju dengan beberapa dasar kerajaan kita sepatutnya menyuarakan bantahan kita melalui saluran yang betul.Sekiranya suara kita tidak diendahkan,medan pilihanraya adalah jalan yang terbaik untuk kita buat keputusan.Janganlah kita membuat hura-hara di negara kita sendiri sebab Malaysia adalah satu-satunya negara kita yang tercinta.Biarlah kita mempunyai ideologi yang berbeza-beza namun khianat kepada negara sendiri jangan sekali.
Syaful Saya setuju dgn mantan-mantan KPN. POLIS kena tegas dan jangan ikut telunjuk mereka dan campur tangan pihak luar!! Aswanzul Peranan Polis dalam menyekat Perhimpunan Bersih 3.0 daripada menakluki Dataran Merdeka tempoh hari disanjung tinggi. Betapa mereka berkerja secara profesional dan berhemah demi mempertahankan keamanan negara dari porak peranda. Rakyat Malaysia cintakan kedamaian dan keamanan. Mereka ini tak ingat sejarah rusuhan 13 Mei. Jangan sampai keadaan itu berulang. Jangan sampai negara ini diistiharkan DARURAT, arahan perintah berkurung. Rakyat atau orang awam terkorban, harta benda awam dibakar, dirompak. Semua ini adalah rentetan peristiwa dimana semua Rakyat MALAYSIA harus jauhkan atau hindarkan. Orang Luar memang suka kita menderita supaya mereka dapat menjajah kita kembali. Ingat kembali Prinsip Rukun Negara. Kepada Pihak Polis Diraja Malaysia.. Jalankan tugas dengan penuh berhemah dan profesional. Tahan mereka yang ingin menghancurkan negara. mohd sharif bin ahmad sy sebagai pencinta keamanan menyokong ketiga mantan ketua polis supaya segera bertindak menghapuskan ketua pendemo jalanan dan juga di kenakan tindakan undang2 Pejuang Islam Majlis fatwa juga perlu bertindak (bukan membisu) terhadap arahan yg kata wajib pergi bersih. |
| Ibu harap Azmin pulang ke pangkal jalan Posted: 05 May 2012 03:06 PM PDT [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama berdiam diri dan memendam rasa, Che Tom Yahaya, ibu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali akhirnya meluahkan rasa kecewa dengan sikap anak keempatnya itu yang sudah sembilan bulan tidak menjenguknya. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan